salam

Isnin, 2 September 2013

Tarif Letrik Naik, Minyak Naik ... sebagai satu hadiah sempena menyambut kemerdekaan dari Barisan Nasional buat rakyat Malaysia...

Kalau tak silap aku, awal petang tadi utusan online ada mengeluarkan berita yang mana harga minyak tidak akan di naikkan, 
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia (Pesamp), Alang Zahry Ishak, 

"berkata, setakat ini tiada sebarang pengumuman dilakukan kerajaan dan pihaknya berharap pengguna waras dalam menilai setiap khabar angin yang diperolehi mereka.

"Dakwaan tersebut hanya khabar angin. Pihak kami tidak tahu menahu berhubung sebarang kenaikan harga petrol pada ketika ini," katanya.
Terkini dalam utusan online juga, telah melaporkan yang najib bersetuju untuk menaikan harga petrol ron 95 dan diesel...
Anggaplah ini sebagai satu hadiah sempena menyambut kemerdekaan dari Barisan Nasional buat rakyat Malaysia...

Ini laporan dari Malaysiakini..

Diesel, RON95 naik 20 sen  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.  
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi. Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,  
Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.  
Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.
Hemmm.... macam mana perkara penting macam nie boleh jadi flip-flop...
Atau mungkin harga minyak di stesen petron sahaja yang tak naik...???
Mampukah kerajaan membendung kenaikan harga barang selepas kenaikan harga petrol dan diesel selepas ini...?? mampu ke hasan malik, menteri kpdnkk memantau kenaikan harga barang?
Baru je bulan lepas tarif elektrik naik, bulan nie petrol pulak naik, bulan depan apa pulak yang nak naik...???


Hari ini minyak naik.. esok barang asas dan juga keperluan hidup pasti akan turut naik, kerana diesel dinaikkan harga.

Oleh itu pengusaha akan memindahkan kos tambahan yang mereka tanggung disebabkan Diesel dinaikkan harga oleh Presiden UMNO itu kepada pengguna..

Ada Najib peduli semua itu??.. Ada pemimpin-pemimpin UMNO yang bantah tindakan Najib itu?

Mereka tak akan peduli semua itu sebabnya biarpun harga minyak meningkat kepada RM100 bagi satu liter sekalipun.. mereka tak merasakan keperitannya sebabnya.. kita rakyat yang menanggung segala perbelanjaan mereka itu..

Sikit hari lagi GST pula akan menghimpit kehidupan rakyat.. sila baca di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...