salam

Sabtu, 12 Disember 2015

Dr. Fathul Bari : Kesan Fitnah dan Perpaduan


Rakaman Dr Fathul Bari mewakili Pergerakan Pemuda UMNO berucap di Persidangan Agung UMNO 2015 sebagai penyokong Usul Ucapan Dasar Presiden Parti. Barakallahufikum. #PAU2015

Pembetulan: Minit ke-19:06, Aisyah bukan dibunuh. Maafkan saya di atas keterlanjuran. Semoga Allah mengampunkan dosa saya di atas keterlajuran semasa berucap. Barakallahufikum.

Join DFB di Telegram! https://telegram.me/drfathulbari



BILA SI JAHIL JADI PENGERUSI TETAP TAK TAHU BEZAKAN ANTARA PENCERAHAN DAN MEMBURUKKAN PERIBADI AISYAH!!!


Dr Fathul Bari Dipaksa Berhenti Berucap Di ‪#‎PAU2015‬

Akibat tidak boleh menerima nasihat, seorang veteran UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz memaksa Dr Fathul Bari memberhentikan ucapannya sesegera mungkin dengan memberi helah DFB menghina keluarga Rasulullah.

Akibat dari tindakan veteran UMNO itu, mood DFB dan mood hadirin terus bertukar menjadi hambar.

Persoalannya siapa yang lebih faham tentang ucapan yang sedang disampaikan? DFB atau veteran UMNO tersebut?

Kenapa sehingga memaksa menghentikan ucapan sebelum meminta pencerahan? Kan korang berdepan je tu. Bukan jauh pun nak mintak pencerahan.

DFB menyatakan beliau bersangka baik yang veteran UMNO tersebut mungkin tersilap faham.

Ye lah, DFB memang suka bersangka baik sahaja orangnya, tapi orang terencat akal lihat pun boleh tahu veteran UMNO tersebut memang sengaja mahu DFB memberhentikan ucapannya dengan segera.

Helah veteran UMNO yang digunakan juga agak memalukan kerana menunjukkan beliau agak jahil dalam agama. Agak tidak logik menggunakan alasan, kisah Aisyah difitnah berzina jangan diceritakan kerana ianya aib. Padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah di surah An Nur ayat 11 hingga 26 dan juga dicertikan oleh Rasulnya di dalam hadis-hadis sahih. Adakah Allah dan Rasul mengaibkan Aisya?

Adakah setiap kali membaca Al-Quran, kita perlu skip apabila tiba surah An Nur ayat 11 hingga 26 kerana jika kita membacanya maka kita akan mengaibkan Aisya? Kebodohan apakah ini?

Tema ucapan yang dibawa DFB adalah kesan fitnah dan perpaduan tetapi jika sudah sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar nasihat, penjelasan dari Al-Quran dan Hadis Nabi berkaitan tema ini pun dia tolak tanpa alasan yang munasabah.

DFB mengajak semua ahli UMNO jauhi fitnah dan bersatu tetapi malangnya veteran UMNO lebih suka menolak ajakan tersebut. Bertambah malang lagi beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

Lebih menghairankan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memaksa penyokong kepada usul dasar Presiden UMNO berhenti berucap dengan segera. Apa sebenarnya yang berlaku?
Kredit video: Media UMNO MalaysiaSuara.TV

Jumaat, 11 Disember 2015

Mengambil dan Berpegang Teguh pada Pandangan Khulafa ar Rasyidin



 
Pastikan kalian mengambil dan berpegang teguh pada pandangan Khulafa ar Rasyidin dan menjadikan Ahlulbaiyt itu sbg penerang bagi SANAD ILMU...dan jangan jadi seperti pencari itirah Ahlulbaiyt hanye ntuk mgikut pandangan seperti fhmn Rafidhah atau Imammiyyah...islam itu terbentuk bukan disuruh untuk menjadi pengikut2...tetapi disuruh ntuk mengambil SANAD ILMU dan memperakui menjadi sorang hamba kpd Nya yang akur dan patuh 

Perbezaan MUSLIM dan MUKMIN....
Istilah muslim dan mukmin amat berkait rapat dengan pengertian dan pelaksanaan rukun Islam dan Rukun Iman itu sendiri manakala rukun Iman ialah percaya kepada Allah SWT, para malaikat, kitab yakni al-qur'an, para rasul, hari kiamat dan qada’ dan qadar Allah.Rukun Islam pula ialah penyerahan diri kepada Allah SWT dengan mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan sembahyang lima waktu, mengeluarkan zakat, menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji jika berkemampuan.
Rukun Iman dan rukun Islam tidak boleh dipisahkan. Ini adalah disebabkan dengan pelaksanaan kedua-duanya sekali barulah seseorang itu digelar seorang muslim dan mukmin sebenar atau pun disebut seorang muslim yang mukmin.

istilah Mukmin itu merujuk kepada orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Inilah yang disebut 'setiap Mukmin itu Muslim, tetapi tidak setiap Muslim itu Mukmin. Oleh itu perkataan mukmin itu khusus dan muslim itu umum.'

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 Allah SWT menjelaskan persoalan ini : Ertinya :
Orang-orang Arab Badawi itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah SWT dan Rasulnya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Wallahualam......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...