salam

Selasa, 28 Januari 2014

PENYOKONG PAS TIDAK MAHU BERTERUSAN DILEMBUKAN OLEH ANWAR DAN PKR.

PENYOKONG PAS TIDAK MAHU BERTERUSAN DILEMBUKAN OLEH ANWAR DAN PKR... RAKYAT SELANGOR KINI BAGAI LEMBU DICUCUK HIDUNG.

DUN dan Jawatan MB Selangor Ni "Bapak" PKR Yang Punya Ke? 

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor membidas tindakan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah sebaliknya hanya ingin  memberi  laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerusi tersebut.
Justeru,   dilihat sebagai  satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Selangor serta rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) Selangor sedangkan negeri itu ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP.

Menurut Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, pihaknya kesal dan kecewa dengan tindakan tersebut yang menurutnya dilihat membelakangkan rakan daripada PR dalam membuat keputusan.

"Melihat situasi yang berlaku, peletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk  Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.

 "...oleh itu Pemuda Pas Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP,...sepatutnya persetujuan bersama amatlah diperlukan.

"...ini kerana tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara PR dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jumaat, 24 Januari 2014

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada jam 12.17 awal pagi ini.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas ruh beliau, dan tempatkan bersama-sama para anbia,  para solihin dan syuhada ... amiin ya robbal aalamiin ..
KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada
jam 12.17 awal pagi ini.

Menurut Pengarah HSNZ Tengku Ramlah Tengku Senik, Allahyarham meninggal akibat sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ (MODS).

"Allahyarham meninggal jam 12.17 pagi ini akibat kegagalan fungsi organ dalaman (MODS)," katanya di sini.

Allahyarham pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir selama empat penggal bermula 1982 (Pilihan Raya Umum ke-6) sehingga 2004 pada PRU-11 dan sepanjang tempoh itu hanya sekali kalah pada PRU-7.

Allayarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham dikebumikan pagi ini di Markaz Tarbiah Kubang Lembik, Manir di sini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin Pas yang hadir. - Bernama

Satu kejayaan Allahyarham Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir Allahyarham semalam. Dalam hayat Allahyarham, Allahyarham tetap bertegas menentang penggunaan Kalimah Allah yang dituntut pihak Kristian didalam Bible atau cetakan versi bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God.

Semoga roh Allahyarham di rahmati Allah S.W.T dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Ayuh marilah Umat Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan Kalimah Allah dari diguna pakai pihak Kristian untuk diterjemahkan mengantikan perkataan God dalam versi bahasa Melayu.

Agama 3 tuhan mahu guna kalimah Allah ia MENGARUT - Tuan Guru Nik Aziz

"Jangan guna kalimah ALLAH ganti God'......
ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH SWT YANG MAHA ESA.
TUAN GURU NIK AZIZ SUDAH MENEGASKAN KALIMAH ALLAH KHAS UNTUK UMAT ISLAM.
AGAMA LAIN TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE

Photo: Satu tamparan hebat kepada pihak dalam PAS yang menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh pihak Kristian apabila individu yang paling berpengaruh dalam PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada Januari tahun lepas yang TIDAK membenarkan Kalimah Allah diterjemahkan kepada bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God didalam Bible atau sebarang cetakan versi bahasa Melayu.

Mungkin ini satu kejayaan Allahyarham Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir Allahyarham semalam. Dalam hayat Allahyarham, Allahyarham tetap bertegas menentang penggunaan Kalimah Allah yang dituntut pihak Kristian didalam Bible atau cetakan versi bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God.

Semoga roh Allahyarham di rahmati Allah S.W.T dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Ayuh marilah Umat Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan Kalimah Allah dari diguna pakai pihak Kristian untuk diterjemahkan mengantikan perkataan God dalam versi bahasa Melayu.

KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.

Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. SH

Satu tamparan hebat kepada pihak dalam PAS yang menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh pihak Kristian apabila individu yang paling berpengaruh dalam PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada Januari tahun lepas yang TIDAK membenarkan Kalimah Allah diterjemahkan kepada bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God didalam Bible atau sebarang cetakan versi bahasa Melayu.

Mungkin ini satu kejayaan Allahyarham Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir Allahyarham semalam. Dalam hayat Allahyarham, Allahyarham tetap bertegas menentang penggunaan Kalimah Allah yang dituntut pihak Kristian didalam Bible atau cetakan versi bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God.

Semoga roh Allahyarham di rahmati Allah S.W.T dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Ayuh marilah Umat Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan Kalimah Allah dari diguna pakai pihak Kristian untuk diterjemahkan mengantikan perkataan God dalam versi bahasa Melayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...