Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan Standard
Chartered Bank dan Coutts & Co Ltd serta cawangan mereka di republik
itu didenda S$5.2 juta dan S$2.4 kerana melanggar peraturan anti
pengubahan wang haram (AML).
Pencabulan itu berlaku dalam konteks dana berkaitan 1MDB disalurkan
melalui bank-bank ini, kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua cawangan Singapura bank itu, Cawangan Singapura (SCB) dan
Cawangan Singapura (Coutts), juga dinamakan dalam kejadian berkenaan.
Coutts didenda sebahagiannya kerana kekurangan langkah-langkah usaha
yang sewajar bagi orang yang terdedah politik (PEP), dedah MAS.
MAS juga mencadangkan supaya Tim Leissner, bekas pengarah dan wakil
Goldman Sachs (Singapore) Pte (GS S'pore) dilarang daripada mengambil
bahagian dalam pengurusan pasaran modal di republik itu selama 10 tahun.
MAS mendakwa Leissner membuat kenyataan palsu mengenai jutawan
kelahiran Pulau Pinang Jho Low bagi pihak Goldman Sachs (Asia) LLC,
tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
"Leissner bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hubungan dengan
1MDB apabila Goldman Sachs diminta oleh 1MDB untuk mengatur tiga
terbitan bon daripada 2012 hingga 2013," kata MAS.
MAHASISWA TIDAK BERADAB.... KENAPA MAHASISWA TIDAK BERADAB... ADAKAH KERANA KEPIMPINAN NEGARA MEMANG TIDAK BERADAB...
Beberapa pelajar di sesi jelajah kampus bersama presiden 1MDB, Arul
Kanda Kandasamy di Universiti Malaya (UM) malam tadi bangun menuntut
jawapan mengenai skandal 1MDB.
Ketika sesi itu hampir selesai sekitar jam 11.15 malam, empat pelajar
bangun serentak, sambil memegang sepanduk mereka. Juga kedengaran
laungan 'Tangkap MO1'.
Sepanduk tersebut berbunyi 'Mahasiswa Mahukan Jawapan', '1MDB Jangan Spin' dan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat'.
Bagaimanapun, pelajar berkenaan didatangi beberapa lelaki yang
mengoyakkan sepanduk dari mereka, dan mereka turut ditegur oleh hos
majlis tersebut, Tun Faisal Ismail Aziz.
Sambil menyifatkan pelakuan itu sebagai tidak bertamadun, Tun Faizal
berharap ia tidak akan berlaku pada sesi jelajah kampus pada masa depan.
Acara tertutup itu adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus'
anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Komunikasi dan
Multimedia.
ULASAN Zulkifli
berkata, akta berkenaan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam dan
akta yang sedia wujud itu hanya akan dipinda dan diberi penambahbaikan.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan
ULASAN Zulkifli berkata, akta berkenaan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam dan akta yang sedia wujud itu hanya akan dipinda dan diberi penambahbaikan.
Semoga Malaysia negara yang kita cintai ini, yang baru sahaja
menyambut Hari Kemerdekaan untuk kali ke 59 akan menatijahkan keutuhan
perpaduan, kesepakatan idea, toleransi yang unggul, menghormati sesama
masyarakat, serta mengecapi kedamaian dan keamanan yang menatijahkan Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur. Amin.
Akhir kalam, sekali lagi kami tegaskan bahawa melihat kepada maslahat
untuk membina sebuah negara yang maju dan berdaya saing adalah menjadi
tuntutan utama kepada kita semua menyokong pindaan Akta 355. Kami
mengakhirinya dengan berdoa
Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai
kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan
tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami
jalan untuk menjauhinya.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan
Adalah penting bagi umat Islam untuk mengetahui
akan sejarah terbilang Iskandar Zulkarnain serta persoalan bila dan
dimanakah munculnya 'makhluk perosak' Yakjuj dan Makjuj ini. Oleh itu, sumber yang saya perolehi agak panjang, jadi saya ringkaskan menjadi dua bahagian.
SIAPAKAH SEBENARNYA ZULKARNAIN?
Sebenarnya pendapat popular bahawa Zulkarnain
adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) telah dinafikan oleh
ramai sarjana Islam kerana setelah di kaji latar belakang Iskandar
Zulkarnain, ternyata bahawa beliau bukanlah seorang yang berperibadi
mulia sebagaimana Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-Qur'an. Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain
adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu
Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin
Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin Yusyiab bin
Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin
Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana
baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi
perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan
kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama
dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain.
Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha'ab
Zulkarnain mangkat.
Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh
Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri
Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan
menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh
orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai
Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan
bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan
menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia.
Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga
raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat
panjanglah artikel ini. Memadailah untuk saya catat di sini pendapat
Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci
mengenai raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih
baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai
Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita
menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu
sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya
sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama
berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi
mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari
nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang
dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.
YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER
Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam
Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa
perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa
Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab.
Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj
berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing.
Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.
Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan
Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama
termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan
anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is
bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan
Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis
dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa
Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah
ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith
iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa
Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu
arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal
dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.
Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak
pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama.
Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti
dan telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para pengkaji percaya
bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian
rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan
Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan
kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab
bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan
tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj.
Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat
Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini
para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah
manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul
Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan
Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan
dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan
dan membentuk kerajaan.
Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim
dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya,
bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari
kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan
perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar
berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor
perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta
rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa
mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga
peralatan-peralatan.
Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa
jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan
Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan
mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa
ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga
diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah
bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di
belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan
meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu
Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar:
"Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan
Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai
umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan
mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.
Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj
dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan
kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti
binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala
dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke
bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang
hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan
sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh."
Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan
merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.
Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan
Makjuj adalah orang Mongol. Syed Qutub seorang pengkaji Islam yang
masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah
orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta
membuat kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa
Tartar adalah nama bagi bangsa yang berlainan petunjuk dengan sebab
berlainan masa, tapi Thomson berpendapat bahawa Tartar merupakan nama
yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau satu puak daripada mereka,
dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa orang-orang
Turki telah keluar dari Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat
mereka diganti oleh orang-orang Mongol. Setengah dari kaum Tartar telah
berpakat dengan puak Turki ketika keluar dari Mongolia dan berpindah
bersama dari Asia Tengah menuju ke arah barat. Ibnu Al-Athir
menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan mereka
ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang
asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah Tartar.
Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan.
Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan
Tartar.
Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat
perhatian dan dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam.
Secara ringkasnya, ada yang berpendapat bahawa kaum ini adalah bangsa
Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah menyerang dan
menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang telah
mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun
ke 12. Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan
merosakkan apa yang mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa
ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China,
dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian. Ada mungkin
telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini
adalah antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.
Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka
hanyalah merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj
dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol.." Ada pendapat yang
menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi
atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan
timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang
berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel
R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah
dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan
Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi
Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa
tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya
bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa
silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan
bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke
Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran
Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya
sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang
berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian
melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang
Caucasus.
Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah
berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada
mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina.
Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel
boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya
ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk
mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan
mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain.
Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan
kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar
di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu
telah "dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas
bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di
dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak,
kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa
lain seperti binatang ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang
telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.
Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj
dan Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata:
"Mereka tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara
sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar
Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj
dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan."
Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam risalah-risalah terdahulu yang
dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan
Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China.
Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah.
Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya
(lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."
Persoalan ini pun telah mendapat
perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan
terperinci. Malah ada ekspedisi-ekspedisi silam yang telah dilakukan
untuk mencari di mana letaknya tembok tersebut. Untuk mengelakkan dari
menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di sini bahawa setakat ini
seolah-olah terdapat satu persetujuan bahawa lokasi Tembok Zulkarnain
sudah ditemui. Saya telah melakukan carian demi carian untuk mendapatkan
foto Tembok Zulkarnain tetapi masih gagal. Namun begitu, dalam artikel
ini saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain untuk kita sama-sama
renungkan.
Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok
Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran
Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di
kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau
Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter
dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat
satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja
dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal
sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam,
Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang
Caucasia, atau Gerbang Iberia.
Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu.
Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok
yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian
Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial
(Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut
Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200
kilometer. Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih
teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang
tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia
adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di
situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya.
Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses
penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak
menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang
kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh
hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu
untuk melubanginya mahupun mendakinya.
Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana
"geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut
geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya
kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara
menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian
(Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina
untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).
Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai
"Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh
penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain
(Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari
melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini,
lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah
sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).
Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di
sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya
juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu
berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan
kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain)
berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800').
Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak
meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap
ianya gunung berapi yang sudah mati.
Saya telah membuat beberapa siri carian di
Internet, dan telah terjumpa antara bukti-bukti bahawa penduduk silam di
kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi. Di kawasan Caucasia ini
banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths) yang dipercayai
merupakan kepuk kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi
(high-precision) dan di batu tengahnya telah ditebuk satu lubang bulat.
Kehalusan ukiran pada batu adalah amat tinggi, dianggap sehalus
kemahiran pengukir permata (jeweller).
KESIMPULAN
Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini
mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang
telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya
hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada
Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat
yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan
Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di
bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain.
Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan
ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para
sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa
seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.
Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana
berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini
keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah
ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu
atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit.
Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar
dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari
kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok
Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya.
Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah
mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba
tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan
Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.
Kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain wajib
dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub
dalam Al-Qur'an. Kerana itu jugalah ulama Islam bukan saja telah
meneliti berbagai sumber hadis, malah telah menghujahkan pendapat mereka
dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang telah dilakukan
sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan teliti
sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan
Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim
zaman ini dan seterusnya zaman berzaman. Walaupun identiti Zulkarnain
dan juga Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya
usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah
menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini
telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya,
kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur'an adalah salah satu
dari mukjizat Al-Qur'an itu sendiri. Ianya satu berita misteri besar
yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian,
secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum
ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk
menjadi umat yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan
lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang Maha Bijaksana. Sekian.
dlm
al quran, terdpat nma2 spt nabi uzair dan nabi sys
alaihumassalam, siapakah beliau, hdp zaman apa dan apa keutamaan
beliau? dlm alquran disebut juga bhwa kaum bani israel adlh kaum yg
paling unggul d muka bumi ini, siapakah bani israel itu, ap keistimewaan
yg mmbuat mereka unggul dan dimanakah keturunan mereka sekarang ?
JAWABAN :
> Mas Hamzah
Wa alaykumusalaam..
NABI SYITS ALAIHIS SALAAM
Beliau adalah putra Nabi Adam alaihis salaam, ketika nabi adam sakit
selama 11 hari, beliau memberikan wasiyat kpd sang putra yaitu syits yg
telah diberikan ilmu secara khusus oleh nabi adam dan memerintahkan
kpdnya agar menyembunyikan ilmunya dari qobil dan anak2nya, karena qobil
telah membunuh habil sebab iri darinya, maka jadililah qobil dan
anak2nya tdk mempunyai ilmu yg bisa diambil manfaatnya.Nabi Syits selalu
mukim di makkah, melakukan haji dan umroh sampai beliau wafat,beliau
mengumpulkan semua suhuf yg diturunkan kepadanya dan juga yg diturunkan
kepada ayahnya adam dan beliau mengamalkan semua isinya.beliau juga
membangun ka'bah dengan batu dan tanah.ketikan nabi syits sakit, beliau
memberikan wasiyatnya kepada sang putra yaitu anuasy, beliau meninggal
dan dikuburkan bersama dengan kedua ortunya di gua abu qubais, Nabi
syits lahir setelah umur nabi adam lewat 235 tahun dan Nabi syits ketika
wafat berumur 912 tahun.
KISAH UZAIR
Dalam surat at taubah ayat 30 Allah berfirman :
" dan orang2 yahudi berkata bahwa uzair adalah putra Allah "
uzair adalah nama salah seorang pendeta yahudi yg agung, beliau
sebelumnya adalah seorang tawanan negara babil.nama beliau dalam bahasa
ibroni adalah izro bin saroya, keturunan bani laway.uzair hafal kitab
taurat dan raja persia kurosy menghormatinya, raja tersebut
membebaskannya dari tawanan beserta twanan bani isrel lainnya yg berada
di babil, dan mengizinkan mereka kembali kepada kaumnya di arsalim dan
membangun peraturan mereka disana, itu terjadi pada tahun 451 SM.uzair
adalah pemimpin para pendetanya kaum yahudi yg kembali dengan kaumnya ke
arsalim dan memperbaharui peraturan serta mengembalikan syari'at kitab
taurat dari hafalan beliau,orang2 yahudi sangat mengagungkan uzair
bahkan sampai batasan pengakuan orang2 awam mereka bahwa uzair adalah
putranya Allah.itu adalah pujian yg berlebihan dari mereka kepada uzair,
dan yg mensifati uzair spt itu adalah segolongan pendeta yahudi yg ada
di madinah dan mereka diikuti orang banyak dari kalangan awam mereka.
penyebab uzair dianggap sebagai putra Allah adalah, saat itu kaum
'amaliqoh mengalah kan bani israel , mereka membunuh ulama'2nya bani
israel dan memboyong pembesar2nya, uzair menangis sedih sebab kekalahan
bani isrel dan sebab hilangnya ilmu dari mereka.suatu hari uzair bertemu
dengan seorang perempuan yg sedang menangis didekat kuburan dan berkata
: " aduhai, siapakah yg memberiku makan, siapakah yg memberiku baju
"uzair bertanya : " memangnya siapa sebelumnya yg memberimu makan dan
pakaian ?"perempuan : " Allah "uzair : " sesungguhnya Allah maha hidup,
Allah tidak mati "perempuan : " wahai uzair, siapakah dulu yg
mengajarkan ilmu kepada para ulama' sebelum bani isrel ?"uzair : " Allah
"perempuan : " lalu mengapa engkau menangisi mereka ?"maka tahulah
uzair bahwa dia sedang mendapatkan pelajaran.
kemudian dikatakan kpd uzair :" pergilah kesungai ini dan mandilah
disana, sholatlah dua rokaat maka engkau akan bertemu dengan orang tua,
jika dia memberimu makan maka makanlah. "lalu uzair pergi menuju
kesungai yg telah ditunjukkan, dia melakukan semua yg diperintahkan,
tiba2 dia ditemui seorang yg sudah tua dan berkata kpd uzair :" bukalah
mulutmu "uzair membukan mulutnya, kemudian orang tsb memasukkan sesuatu
seperti batu yg besar sebanyak tiga kali .kemudian kembalilah uzair dan
dia sudah menjadi orang yg paling tahu tentang kitab taurat.uzair
berkata kpd bani israel :" wahai bani israel, aku telah datang kepd
kalian dengan membawa taurat "bani israel : " wahai uzair, engkau
bukanlah seorang pembohong "kemudian uzair menuliskan kitab taurat
semuanya dengan pena.ketika orang2 telah kembali dari musuh2 mereka dan
para ulama' juga telah kembali, bani israel menceritakan kisah uzair
kepada mereka.kemudian mereka mengeluarkan naskah kitab taurat yg
disimpan di gunung dan membandingknnya dengan catatan uzair, ternyata
keduanya sama .
kemudian sebagian orang yg bodoh dari mereka berkata :" sesungguhnya
uzair bisa berbuat seperti ini hanyalah karena dia putra Allah "