salam

Ahad, 22 September 2013

MENGAPA ABU CHIN PENG TIDAK BOLEH MASUK KE MALAYSIA (TANAH MELAYU)??

DOSA CHIN PENG & PERJANJIAN HAADYAI 1989 YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA !! 

Di bawah adalah kenyataan Anwar yang mahu mayat Chin Peng dibenarkan di bawa ke Malaysia :
Kerajaan Persekutuan tetap bertegas agar mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia, namun ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza.
Mengulas mengenai pendirian kerajan itu, Anwar sewaktu bercakap kepada kira-kira 300 orang di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam berkata: "Yang sudah itu, sudahlah."
"Adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak. Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak. Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak," katanya.

"Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju.

"Kenapa mereka (kerajaan BN) ini dengan apa-apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN) setuju tandatangan perjanjian?

"Ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," kata Anwar.
Anwar berkata beliau adalah menteri semasa pembentangan perjanjian damai Haadyai tahun 1989. Malangnya, kenyataan beliau itu seolah-olah beliau tidak tahu isi kandungan perjanjian tersebut.

Kerajaan ketika itu  (dan Anwar salah seorang Menterinya) bersetuju dengan perjanjian tersebut di atas sebab Parti Komunis Malaya (PKM) berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka, PKM dibubarkan, ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia dan beberapa lagi persetujuan yang lain.

Perjanjian damai itu adalah satu tawaran one-off sahaja untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan PKM yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat. Di antara klausnya :
a. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani. sumber
Jika merujuk klaus di atas, ahli-ahli PKM diberi tempoh hanya setahun sahaja (sehingga Disember 1990) jika mahu kembali ke Malaysia.

Dan sehingga ke hari ini, kepimpinan DAP dan pembangkang terus mencetuskan persoalan kenapa Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Jawapan kepada suara-suara sumbang itu :

1. Chin Peng enggan kembali ke Malaysia ketika itu sehingga tamat tempoh setahun perjanjian itu (1989 - 1990). Sebaliknya, beliau memilih untuk menetap di sebuah perkampungan di Yala, Thailand.

2. Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.

3. Tawaran pengampunan semasa perjanjian damai Haadyai 1989 adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunisme mereka.

4. Tetapi Chin Peng dilihat tidak mengaku bersalah di atas kematian ribuan perajurit dan orang awam di Malaysia ini apabila menulis ".....Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil." sumber

Satu lagi fakta sejarah hitam Chin Peng ialah beliau pernah menyaman dan mengheret kerajaan Malaysia ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan pada tahun 2009.

Bagaimana pun, pada 27 Julai 2009, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak tuntutan bekas pemimpin komunis itu.  

Apa yang dapat dilihat daripada fakta kes mahkamah, penolakannya disebabkan ketiadaan dokumen untuk menyokong permohonan Chin Peng bahawa beliau adalah rakyat Malaysia.
Sebenarnya Chin Peng dan juga Kerajaan Malaysia adalah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui bersama di Hadyai itu. Perjanjian itu antara lainnya menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk kembali ke Malaysia oleh ahli PKM adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebenarnya, Chin Peng menunggu hingga ke saat akhir untuk mengemukakan permohonanya untuk kembali ke Malaysia. Hanya beliau yang tahu kenapa tindakan sedemikian dilakukan. 
Selaras dengan persetujuan dalam Perjanjian Damai, permohonan Chin Peng terpaksa melalui prosesnya, dan ia adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Dari segi kuat kuasa perjanjian itu, Kerajaan Malaysia adalah betul dan pihak-pihak yang terbabit tentunya mengetahui kedudukan ini. seterusnya
SUMBER

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...