Rakaman
Dr Fathul Bari mewakili Pergerakan Pemuda UMNO berucap di Persidangan
Agung UMNO 2015 sebagai penyokong Usul Ucapan Dasar Presiden Parti.
Barakallahufikum. #PAU2015
Pembetulan: Minit ke-19:06, Aisyah bukan dibunuh. Maafkan saya di atas
keterlanjuran. Semoga Allah mengampunkan dosa saya di atas keterlajuran
semasa berucap. Barakallahufikum.
BILA SI JAHIL JADI PENGERUSI TETAP TAK TAHU BEZAKAN ANTARA PENCERAHAN DAN MEMBURUKKAN PERIBADI AISYAH!!!
Dr Fathul Bari Dipaksa Berhenti Berucap Di #PAU2015
Akibat tidak boleh menerima nasihat, seorang veteran UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri
Mohamed Aziz memaksa Dr Fathul Bari memberhentikan ucapannya sesegera
mungkin dengan memberi helah DFB menghina keluarga Rasulullah.
Akibat dari tindakan veteran UMNO itu, mood DFB dan mood hadirin terus bertukar menjadi hambar.
Persoalannya siapa yang lebih faham tentang ucapan yang sedang disampaikan? DFB atau veteran UMNO tersebut?
Kenapa
sehingga memaksa menghentikan ucapan sebelum meminta pencerahan? Kan
korang berdepan je tu. Bukan jauh pun nak mintak pencerahan.
DFB menyatakan beliau bersangka baik yang veteran UMNO tersebut mungkin tersilap faham.
Ye
lah, DFB memang suka bersangka baik sahaja orangnya, tapi orang
terencat akal lihat pun boleh tahu veteran UMNO tersebut memang sengaja
mahu DFB memberhentikan ucapannya dengan segera.
Helah
veteran UMNO yang digunakan juga agak memalukan kerana menunjukkan
beliau agak jahil dalam agama. Agak tidak logik menggunakan alasan,
kisah Aisyah difitnah berzina jangan diceritakan kerana ianya aib.
Padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah di surah An Nur
ayat 11 hingga 26 dan juga dicertikan oleh Rasulnya di dalam hadis-hadis
sahih. Adakah Allah dan Rasul mengaibkan Aisya?
Adakah
setiap kali membaca Al-Quran, kita perlu skip apabila tiba surah An Nur
ayat 11 hingga 26 kerana jika kita membacanya maka kita akan mengaibkan
Aisya? Kebodohan apakah ini?
Tema
ucapan yang dibawa DFB adalah kesan fitnah dan perpaduan tetapi jika
sudah sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar nasihat, penjelasan dari
Al-Quran dan Hadis Nabi berkaitan tema ini pun dia tolak tanpa alasan
yang munasabah.
DFB
mengajak semua ahli UMNO jauhi fitnah dan bersatu tetapi malangnya
veteran UMNO lebih suka menolak ajakan tersebut. Bertambah malang lagi
beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.
Lebih
menghairankan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memaksa penyokong kepada
usul dasar Presiden UMNO berhenti berucap dengan segera. Apa sebenarnya
yang berlaku?
Pastikan
kalian mengambil dan berpegang teguh pada pandangan Khulafa ar Rasyidin
dan menjadikan Ahlulbaiyt itu sbg penerang bagi SANAD ILMU...dan jangan
jadi seperti pencari itirah Ahlulbaiyt hanye ntuk mgikut pandangan
seperti fhmn Rafidhah atau Imammiyyah...islam itu terbentuk bukan
disuruh untuk menjadi pengikut2...tetapi disuruh ntuk mengambil SANAD
ILMU dan memperakui menjadi sorang hamba kpd Nya yang akur dan patuh
Perbezaan MUSLIM dan MUKMIN....
Istilah muslim dan mukmin
amat berkait rapat dengan pengertian dan pelaksanaan rukun Islam dan
Rukun Iman itu sendiri manakala rukun Iman ialah percaya kepada Allah
SWT, para malaikat, kitab yakni al-qur'an, para rasul, hari kiamat dan
qada’ dan qadar Allah.Rukun Islam pula ialah penyerahan diri kepada
Allah SWT dengan mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan sembahyang
lima waktu, mengeluarkan zakat, menjalankan ibadah puasa di bulan
Ramadhan dan menunaikan fardhu haji jika berkemampuan.
Rukun Iman
dan rukun Islam tidak boleh dipisahkan. Ini adalah disebabkan dengan
pelaksanaan kedua-duanya sekali barulah seseorang itu digelar seorang
muslim dan mukmin sebenar atau pun disebut seorang muslim yang mukmin.
istilah Mukmin itu merujuk kepada orang yang benar-benar beriman dan
mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya serta mengabdikan diri kepada Allah
SWT.
Inilah yang disebut 'setiap Mukmin itu Muslim, tetapi
tidak setiap Muslim itu Mukmin. Oleh itu perkataan mukmin itu khusus dan
muslim itu umum.'
Dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 Allah SWT menjelaskan persoalan ini : Ertinya :
Orang-orang Arab Badawi itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah:
"Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman
itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah SWT dan
Rasulnya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu;
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Ini
foto AL_AQSA [ yg sebenarnya bukan bohongan atau hasil rekayasa] di
Jerusalem, Subhanallah …… Foto ini bisa lolos karena tidak diketahui
oleh pihak israel laknatulloh yg menjaga
tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat
duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di
udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi’raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW
menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah
ikut. Kisah Isra Mi’raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tsb yang
berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSHA
di Yarusalem.
Sampai
sekarang mesjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat
mesjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah “emas” (yg
sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan
disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat islam dimana mesjid Al
Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa
sebagai “mesjid kubah biru”.
Saat ini mesjid Al Aqsa yg
sebenarnya sudah diambil alih oleh israel , dan rencananya mau
dihancurkan untuk diganti sebagai temapat ibadah mereka karena
bersebelahan dengan tembok ratapan.
Subhanallahh….bagus untuk di baca…..
*Ali bin Abi Talib r.a berkata :
“Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan
Ansar, maka dengan tiba-tibadatanglah satu rombongan orang-orang Yahudi,
lalu berkata : ‘ Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa
A.S.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau
malaikat muqarrab.’ Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda :
” Silahkan
bertanya.’ Berkata orang Yahudi : ‘ Silahkan terangkan kepada kami
tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.”
Sabda
Rasullullah S.A.W. : ” Sholat Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya , Sholat Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi , Sholat Maghrib itu adalah
saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S. , maka setiap mukmin yang
sholat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada
Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya .”
Sholat
Isya’ itu ialah sholat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku ,
Sholat Subuh adalah sebelum terbit matahari , ini karena apabila
matahari terbit , terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu
sujudnya tiap orang kafir.
Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ‘ Memang benar
apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala
yang akan di dapati oleh orang yang sholat.’
Rasullullah S.A.W
bersabda : ” Jagalah waktu-waktu sholat terutama sholat yang pertengahan
, Sholat Zuhur , pada saat itu nyalanya neraka Jahanam , orang mukmin
yang mengerjakan sholat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya uap
api neraka Jahanam pada hari Kiamat.”
Sabda Rasullullah S.A.W.
lagi : ” Manakala sholat Asar , adalah saat di mana Nabi Adam A.S.
Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sholat Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.”
Setelah itu
Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud : ” Jagalah waktu-waktu
sholat terutama sekali sholat yang pertengahan , sholat Maghrib itu
adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang
ikhlas mengerjakan sholat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah
maka Allah akan perkenankan.
‘Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Sholat
Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang
gelap untuk pergi menunaikan sholat Isya’ berjamaah , Allah S.W.T.
haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk
menyeberangi titian sirath.”
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya :
” Sholat Subuh pula , seorang mukmin yang mengerjakan sholat Subuh
selama 40 hari secara berjamaah , diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan
yaitu :
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata : ‘ Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai
Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah
S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ? ‘
Sabda
Rasullullah S.A.W. : ” Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang
, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30
hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.
berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.”
Kata orang Yahudi
: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu ‘.
Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah
S.W.T. tujuh perkara :
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya ( daging yang tumbuh dengan makanan yang haram ) .
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang Yahudi : ‘ Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi ‘.
Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya
untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (
untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat ) ‘.
Kata orang Yahudi : ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini
kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu
anna Muhammada Rasulullah ( kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah
dan engkau utusan Allah ) ‘. ” Dan sesungguhnya akan Kami berikan
cobaan kepadamu , dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan
harta , jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang
sabar.” (Al-Baqarah : 155)
Disebutkan di dalam satu riwayat,
bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka
semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR
AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK
BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : “Bagaimana
kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat ? ” Maka
jawabnya Rasulullah S.A.W., ” Umat dikenal karena WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU ” .
Bila qiamat datang maka malaikat datang
ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI
pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari
zat yang memanggil.
Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka,
akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah
debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki
alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui
bahwa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.
Disebutkan oleh
hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda
Rasulullah S.A.W. : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang
berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada
Malaikat Ridhwan :
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di
dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala
makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat
Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang
belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur
dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan
buahan dan minuman yang lezat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi.
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara
Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan
(ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang
kamu lakukan.” ( Surah Al-Baqarah : 237 )*
BANGI,
Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah mengkritik beberapa
program realiti keagamaan yang gagal memenuhi teori asas pengucapan
awam.
Selain
itu, beliau berkata, pengambilan peserta program itu juga dilakukan
tanpa mengambil kira ilmunya, sebaliknya lebih kepada kebolehan melawak
dan menyanyi.
“Apa
matlamat program realiti TV terutama yang berbentuk keagamaan?
Mencungkil bakat baharu? Mewarnakan dunia dakwah? Mencari glamor? Atau
mahu mencari keuntungan lumayan? Ini yang menjadi kebimbangan.
“Perlu
diingat, asas program realiti adalah ilmu dan dakwah. Kebolehan dan
kepintaran menyampaikan sesuatu dengan baik, itulah kehebatannya,”
katanya menerusi tulisan terbaru beliau disiarkan dalam Sinar Harian,
hari ini.
Beliau
menyarankan para peserta untuk belajar tiga konsep dalam ilmu pengucapan
awam iaitu ethos, pathos, dan logos yang telah dipelopori oleh Socrates
bagi memantapkan lagi dunia dakwah.
Di samping
itu perlu dipastikan juga apa yang disampaikan itu mudah difahami,
hujahnya konkrit, dan disertakan dengan bukti fakta serta statistik.
“Jika
tidak, cerita tidak masuk akal, maka tidak perlulah dijaja semata-mata
untuk menarik emosi seseorang. Misalnya, cerita-cerita Israeliyyat dan
hadis palsu.
“Amat malang sekali mendengar ceramah, tiba-tiba, belum apa-apa penceramah sudah menangis, seolah-olah dibuat.
“Sedangkan tangisan itu perlu datang dari hati, barulah kita boleh mempengaruhi penonton,” katanya.
Ridhuan
juga mengkritik para juri yang antaranya terdiri daripada artis yang
berlagak seperti malaikat apabila berada di dalam program tersebut, yang
hanya baik di hadapan kaca televisyen namun di luar tidak semenggah apa
yang dipaparkan.
“Apakah
Islam ini seperti cerita filem, adakalanya berlakon baik, adakalanya
jahat. Masuk masjid jadi mujahid, keluar masjid menjadi mujahat. Adakah
ini bentuk Islam yang ingin ditonjolkan? Tidakkah Islam itu way of
life?” katanya.
Beliau menyeru semua umat Islam untuk menginsafi diri dan kembali kepada jalan yang benar
Kenalilah musuhmu. Musuh akhir zaman yang megah bertahta dalam lautan
fitnah. Inilah dunia kita hari ini. Fitnah ada dimana-mana. Ramai yang
tidak iahu atau tidak ambil peduli. Semua sibuk sesibuk Perdana Menteri.
Tiada masa merenung musibah bakal ditempuh terutama anak cucu nanti.
Inilah dunia DAJJAL, dunia yang sesak dengan najis. Dunia gila paling
dahsyat. Dunia glamour yang tidak pernah lepas dari sentuhan tangan
ghaib, tangan mereka yang hidup bergelumang najis FITNAH.
Konspirasi? Itulah ibu fitnah Dajjal. Juga dunia bank RIBA.
Dapatkah kita lari? Tidak sesekali. Melainkan atas pertolongan Allah swt. Berdoalah.
Patung STATUE OF LIBERTY merupakan lambang kepada ibu Namrud
(Semiramis) yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah
roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.
Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group - Sony Pictures
Entertainment yg dimiliki oleh Keluarga Rothschild
Kisah Namrud di dalam Al Quran (Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam
bin Nuh) ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang
berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan
keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu
diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung
di sebalik nama Freemason, Illuminati etc.
Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad"
yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani
serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab
ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".
Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan
musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan
pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943
SM) di Babylon (Iraq) dan memegang kuasa pemerintahannya selama 400
tahun.
Namrud adalah manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan
besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara
Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin
menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut
sebagai ''New World Order.''
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk
mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS,
yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka
sememangnya hebat dalam senibina / Arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah
keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita
tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini
dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan
jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama
dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang
menjadi misi mereka.
KESESATAN FIRAUN SEHINGGA KINI
Jumlah kejahatan dan kezalimannyanya amat banyak, di antaranya, dia
mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud
meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan
ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah
mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang
tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis
sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati.
Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon
Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di
ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan
inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian
pada Hari Krismas.
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika
melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak
selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu
adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang
bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu
perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan
terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap
sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan,
akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui
perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu
bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah
menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana
mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus).
Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna
dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.
Kemudiannya, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke
serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama
Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun,
Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Watak-watak Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu
ibu kepada Raja Namrud telah disadur semuanya dari kisah Semiramis
dengan Namrud.
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan STATUE OF LIBERTY di
Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu
dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu
perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda
persahabatan kedua negara tersebut.
Gambar Semiramis juga terpampang dalam duit syiling lama Amerika Syarikat.
Patung STATUE OF LIBERTY itu merupakan lambang kepada Semiramis yang
membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya
Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja
ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany,
Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of
Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah
sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki
oleh Sony Pictures Entertainment.
KETURUNAN FIRAUN SEHINGGA KINI
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang.
Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji
itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam
Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan
Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu
Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi,
Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja
British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari
keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di
bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga
mereka dahulu.
Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan
seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti
yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat
pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini
kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang
mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya
terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan
yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan
yang menyesatkan.
SISTEM PEMERINTAHAN
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan
perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara
yang menjadi milik mereka.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem
pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem
lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya.
Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala
sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang
mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan
kehendak mereka (Pemimpin Boneka). Dan yang paling PENTING, rakyat
semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama
sendiri.
PENEMUAN KITAB SIHIR
Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar
telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem
dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.
Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight
Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan
harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang
kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di
Jerusalem.
Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani
Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua
buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah
Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari
seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil.
Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka mengamalkan
seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung
langsung dengan AL-MASIH AD DAJJAL yang sedang dikurung dan dirantai
sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW.
Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam
kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis
ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi
agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal
akan memerintah dunia.
Rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka pindahkan
kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan, dan mereka dapat masuk ke
alam syaitan.
Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT.
Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang
mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan
terkaya di negara itu.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria
Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang
terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia
melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Ketika Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam, The
Knigth Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina
semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah
mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir
semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.
Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason"
(simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan
konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak
gereja melalui revolusi.
Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah
"renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat
mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh
bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.
Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia
dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan
Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan
tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke
seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya
dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk
penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".
Sepertimana yang kita nampak pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah
merosakkan Masjid Al Aqsa dan sedang dalam proses pembinaan Haikal
Sulaiman.
13 KETURUNAN ILLUMINAT & RAJA NAMRUD
The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui
juga,pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin
memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti
mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya
(ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih
dahulu.
The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di
kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.
Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang
dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak
modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan
beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai
hubungan di antara satu sama lain.
Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu
Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li,
Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.
Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild
misalnya berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih
kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada
kesihiran, ilmu hitam dan mistik.
Salah satu dari 13 keturunan tersebut ada yang mempunyai pertalian
langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi
Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari
salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Noh a.s.
Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah
keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini,
Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan atas
tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di
Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya
juga telah diserang hendap oleh pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.
Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini
membuktikan ada ''seseorang'' yang mengetahui salasilah keturunan yang
panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh.
Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu
tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah dan
beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika
hal demikian diuruskan oleh ''seseorang'' yang berumur panjang, ribuan
tahun.
Sejak ribuan tahun dahulu, Pemimpin2 Freemason amalkan cara hidup Firaun
iaitu kahwin sesama adik beradik supaya kuasa pemerintahan hanya
berlegar2 dikalangan keturunan Firaun.
" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di
zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir
tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir
kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan
Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun
melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami
ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang
mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum
Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir
itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”;
Ustaz Esbi Tazkirah Maghrib Surau Nurul Yaqin 30.05.2015
KEHEBATAN FADHILAT SURAH AL IKHLAS
Ketahuilah
betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun
begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia
merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan
membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan
sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca
surah ini secara terusan.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya
pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya
mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya
sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
Diriwayatkan
pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan
tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah
berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di
dunia dan akhirat. Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap
solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah;
Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani
/ Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya
Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11
kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan
kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai
solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari
tersebut.”
Membaca
surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan
Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan
Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi 10
kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali pada rakaat kedua,
mendapat keredaan Allah SWT dan Insyallah ada rezekinya pada hari itu.
Bacalah
Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan
hati mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51
kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia
tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang
memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh
50 tahun.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari
serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500
kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa
membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah
kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke
pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya
pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”
Sabda
Rasulullah SAW: Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya
dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca
Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus
dirinya dari neraka.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa
yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi
oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk
perang sabilillah.”
Bacalah
surah ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Dari Ubay
Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu
kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman
kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan
kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya,
terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya. Diriwayatkan
daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah
SAW tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda SAW:
“Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di
dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah
Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian
melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.
Sebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota
rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah
akan menyahut.
**
Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya
(kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut: (untuk
menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan
sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
Supaya
ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat
rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak
empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada
rakaat pertama: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada
rakaat kedua: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada
rakaat ketiga:Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada
rakaat keempat: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah
memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi
50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil
‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah
berhasil.
Untuk
mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian
dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah
segera sembuh.
Diriwayatkan
bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya
dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan
diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian
sirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah
SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq
dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh
tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.
Jika
dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang,
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah
Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Sesiapa
membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali
selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah
ke Jumaat yang berikutnya.
Kata
Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka
bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”
Daripada
Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada
setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Para
sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya
:”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” Beliau
melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad”
tertulis disayap Jibril A.S. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S .
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S . “Walam Yakun Lahu kufuan
Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca
“Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Herankah
kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau bersabda
:”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening
Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam
Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu
Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat
Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu
Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa
sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan
dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah
yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
Sebuah
kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.
Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu
dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam.
Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga.
Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat
engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab
si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah
Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat
saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda
Rasulullah SAW yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum
engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu
nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4.
Kerjakan Haji dan Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal
ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata: “Rasulullah, tebusanmu ibu
dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak
sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ”
Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau
telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada
semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat.
Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka
nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah,
Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah
mengerjakan Haji dan Umrah.”
Pada
suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang
rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi
untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya: ” Apakah mayat ini meninggalkan
hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4
dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang
meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang
seraya berkata: “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman :
“Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya.
Tegaklah, shalatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang
ikut mensolatkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw
pun bertanya: ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril
menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali
Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan
pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu
Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum
mati.
Menurut
Hadis Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa
membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam
syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam
syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana
dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: “Ya, Rasulullah, kalau begitu akan
banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Allah lebih
lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapa pun jumlah istana
itu soal mudah.
Hadis
Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya
dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia,
keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali,
dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka
dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan
darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan
kepadanya tempatnya dalam syurga.”
Menurut
Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi
SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah,
saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh
martabat seperti itu? Jibril menjawab: ‘Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca
“Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد)
(Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan
Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan
dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.
.
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme,animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak
terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu
sendiri.
.
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung.
Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal
yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali
mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
.
B. Sebab Diturunkan
Terdapat di dalam beberapa riwayat yang
dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah
kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك – ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).
.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.
.
Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya
Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa
Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul
segala sifat Kesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat
berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia
tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang.
Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah
kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau
Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada
timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang
mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang
daripada pergaulan berdua timbullah anak.”
.
.
.
C. Ayat dan Terjemahannya:.
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
Qul hu-wal-la-hu a-had
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
.
اللَّـهُ الصَّمَدُ
Al-lah hus-sho-mad
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
.
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Lam ya-lid wa-lam yuu-lad
3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
.
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
.
D. Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
.
1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
* Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
.
.
2. Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada
Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas
berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka
bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
.
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
,
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
.
.
3. Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas
satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga
Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran
seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala
seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
.
.
4. Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa
membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan
kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya,
Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya
dari pahala seperti pahala syuhada.”
.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:“Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib).
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
.
.
5. Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapamembaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
.
.
6. Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama
ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh),
perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
.
“Sesiapa
membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat
memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
.
.
7. Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali,
kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan
kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
.
.
8. Balasan Syurga
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
.
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
.
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau
bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua
ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya
bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si
ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si
ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari
ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas
3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya
berada di dalam syurga sekarang.”
.
Subhanallah, hanya sekadar surah yang
begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka
eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa
jua perkara yang kita lakukan.
.
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak
akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan
sungguh-sungguh.”
.
.
9. Dipelihara Keselamatan
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapayang
membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka
dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’
sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan
selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”
E. Khasiat Surah Al-Ikhlas
Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:
.
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali
selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati,
Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
.
2. Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X
selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada
Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
.
3. Menghindari Kesukaran
a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b. Bacalah Surah
Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.
.
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
.
5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a. Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b. Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’
40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita
selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
.
6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus,
terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari
keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah
Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah
rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya,
sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
.
7. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada
waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah
semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
.
8. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai
solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas
yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
.
9. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang
sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan
diselamatkan dari segala fitnah kubur.
.
10. Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
.
.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas
ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan
hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal
afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak
dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan
membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya
memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT
bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas
adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah
SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini
secara konsisten.
.
والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel berkaitan :
Keutamaan Dan Fadhilat Surah Al-Muawwizat (Klik Di Sini)
Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mu’awwazatain(Klik Di Sini)