KUALA LUMPUR 5 SEPT: Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak
menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus
mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan
tersebut.
Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan
kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut
leher mereka.
Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan
kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang
lebih RM 622 bilion.
Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan
kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya,
Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia
menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar
idea berkenaan di laman 1Malaysia.com.
Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang
tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.Ada
antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain
tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu,
pada PRU lalu.
Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.
Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat
dipetik:Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt
Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je
bukan nye rakyat… Puih!!!
Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je”Jibam
Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet
malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat
plak yg kena tanggung kos korang.
Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ???
mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati
dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo.
NajibCarrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah MansorMuhammad Ezwan Hj
Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun
15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak
masih mahal?
Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PRMohd Faizal
Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd
negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik , gaji
kecik!!
Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan
pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh
sedih… semga ALLAH membalasnya. ..
Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi
yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami
kehidupan kami rakyat biasa..
Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan
apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian
terima kasih. ~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan