NajibRazak Sudah Tidak Lagi Mendengar Denyut Nadi Rakyat Naik Minyak, Dengarlah...
Harga petrol naik lagi, apa sudah jadi ??? Tidak ada lagikah cara lain
atau pendekatan yang boleh digunakan selain menaikkan harga minyak ? Apa
jua alasan yang diberikan kerajaan mengenai punca kenaikkan harga
minyak, sangat sukar untuk diterima oleh rakyat.
Kerajaan yang bertanggungjawab semestinya sedar dimana kenaikkan harga
bahan bakar itu akan menyebabkan peningkatan kadar insflasi sekaligus
akan menaikkan harga barang keperluan yang lain, mahu tidak mahu rakyat
terpaksa menanggung kesan daripada kenaikkan tersebut, apakah kerajaan
fikir rakyat selesa dengan kenaikkan itu ?
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab pula, usahlah cepat melenting,
sebaliknya berilah kepercayaan yang sepenuhnya kepada YAB Perdana
Menteri, semoga beliau mampu melakukan keajaiaban dengan pengawalan atau
pengekalan harga barangan keperluan yang lain tanpa terkesan dengan
kenaikkan harga bahan api berkenaan.
Jangan pula ia menjadi satu 'laba' kepada puak cinabeng untuk meraih
keuntungan dengan bersandarkan alasan kenaikkan harga minyak yang tidak
seberapa itu sehingga menaikkan harga barangan keperluan yang lain
dengan sewenang-wenangnya. Adakah YAB PM boleh memberi jaminan bahawa
tidak akan berlaku kenaikkan harga barangan yang lain ekoran kenaikkan
harga minyak tersebut ?
Secara kesimpulannya rakyat boleh faham akan keperluan kenaikkan harga
minyak atau rasionalisasi subsidi itu, cuma yang menjadi isunya disini
adalah mengenai kenaikkan harga barangan keperluan yang lain, biarpun
kita mempunyai kementerian yang bertanggungjawab mengawal harga barangan
keperluan terbabit, rakyat tidak yakin kementerian itu mampu
memperjalankan tanggungjawabnya sejajar dengan kemahuan rakyat.
Sedangkan kerajaan masih mempunyai banyak cara untuk menampung kos
subsidi berkaitan tanpa perlu membebankan rakyat yang berpendapatan
rendah, jika takrif elektrik boleh di-caj mengikut kadar unit kegunaan,
mengapa tidak petrol ? Kalau dilihat pada takrif elektrik sebagaimana
lampiran dibawah, kegunaan sehingga 200 unit akan dicaj pada kadar 0.218
seunit, manakala 100 unit berikutnya pada kadar yang berbeza iaitu
0.334 seunit, 100 unit lagi pada kadar 0.400 seunit dan begitulah
peningkatan yang keseterusnya.
Namun bagi pembelian petrol ia mungkin berbeza dengan penggunaan
elektrik, tapi jika mahu, kerajaan masih mampu untuk mensyaratkan kepada
semua pengusaha stesen minyak supaya mengasingkan diantara pam kereta
dan juga pam motosikal dimana ianya mempunyai caj meter yang berbeza.
Mungkin juga kerajaan boleh mengarahkan pengusaha stesen minyak
menggunakan pam meter yang lebih canggih dan sudah di-set secara
automatik, contohnya, jika pembelian petrol itu berjumlah RM20 kebawah,
harga jualan per-liter ialah RM1.90, bagi RM21 keatas pula harga jualan
per-liter ialah RM2.12.
Bukankah cara seumpama itu ialah cara transformasi terpimpin ? Justeru
difikirkan sangat wajar dilakukan oleh kerajaan serta ia mampu diterima
baik oleh rakyat, tidak boleh untuk mengambil pendekatan 'pukul rata'
kemudian dialaskan dengan pemberian BR1M, kerana pemberian BR1M itu
difahami rakyat ianya langsung tiada kaitan dengan pengurangan subsidi
keatas bahan bakar berkenaan, malah pemberian BR1M itu difahamai sebagai
hasil dari transformasi serta kecekapan kepimpinan YAB PM didalam
menguruskan hal ehwal pelaburan dsbnya. Semoga PM masih mampu untuk
mendengar 'denyut nadi rakyat' biarpun pilihanraya sudah berlalu pergi
namun akan datang ia menyusul lagi.... Anda Mampu Mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan