salam

Sabtu, 30 Jun 2018

AKAUN BANK UMNO DIBEKU, MATIKAH MELAYU?


 
Diterbitkan pada 30 Jun 2018




MENARIK DALAM RENTASAN BERITA #308 
1. AKAUN BANK UMNO DIBEKU, MATIKAH MELAYU? 
2. JANJI 100 HARI PERLU ILTIZAM SEMUA PIHAK 
3. TUPAI PUTRAJAYA JATUH KE TANAH 
4. KOLAM PUN KENA JUAL?
 Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia.

Facebook : https://www.facebook.com/jomchannelon... 

Ucapan2 Viral Najib Razak Yang Memusnahkan Karier nya


Umno kembali kuat menjelang PRU15


 
Terharu aku dgn UMNO sekrg ni. Tapi nasi dah jadi bubur. Kalau kelantan
jer dah lima penggal UMNO gagai. Tiga penggal pulau pinang dan selangor
juga gagal. Tapi ada yg sombong konon nak alih kuasa sebelum PRU15.
Hati bekas ahli yg luka parah sukar utk sembuh jika sembuh pun ada
parutnya. Kepercayaan kepada UMNO semakin luntur . di kelantan , UMNO
dianggap dah pupus... Jgn sombong dan bongkak ... 

Geraldine Tong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

TINJAUAN | Umno mungkin telah
kehilangan kuasa sebagai kerajaan persekutuan, namun calon presidennya
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu mendakwa parti itu tidak perlu
menunggu hingga pilihan raya seterusnya untuk membentuk kerajaan
semula.


Pakatan Harapan (HARAPAN) goyah, katanya, dan mana-mana individu yang keluar daripada pakatan itu akan datang kepada Umno.


Pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa hari ini, anggota
parti itu berkata mereka meletakkan kepercayaan kepada pimpinan untuk
mengembalikan kuasa kepada Umno sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15.


"Pemimpin-pemimpin tertinggi, apabila mereka memberikan pendapat,
mereka mungkin mempunyai strategi yang kita di bawah tidak tahu.


"Insya-Allah, jika mereka bekerja keras, ia akan terjadi," kata Yazid
Mydin, 48, kepada Malaysiakini di Flamingo Hotel di Kuala Lumpur yang
juaga merupakan tempat mesyuarat berkenaan diadakan.


Pendapat serupa disuarakan Nooraziyah Aziz (gambar), dengan berkata bahawa Umno perlu menapatkan pemimpin yang berkebolehan terlebih dahulu.


"Di peringkat akar umbi pun, kita perlukan perubahan dan pemimpin
yang lebih baik. Bagi saya, kita perlu beri mereka (pemimpin)
kepercayaan penuh.


"Kita perlu yakin dan kita akan boleh menang," katanya.


Ditanya tentang kemungkinan kerjasama antara Umno dan PAS, dia
berkata dia terbukan untuk bekerjasama dengan PAS dalam perkara yang
melibatkan agama memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai hasrat
serupa.


Dua yang lain, Siti Hazira Hadis, 57, dan Suhaimi Jasmin, 43, juga
percaya Umno mampu menjadi kerajaan semula sebelum PRU ke-15, namun
menjelaskan ia bergantung kepada kekuatan pemimpin baru yang dipilih
dalam pemilihan parti itu hari ini.


"Saya setuju dan percaya Umno akan kembali berkuasa sebelum PRU ke-15 jika kepimpinan pusat mempunyai pasukan yang kuat.


"Saya percaya mereka boleh, mereka mungkin sudah belajar daripada
kesilapan," kata Suhaimi namun menambah Umno sudah cukup kuat walaupun
tanpa kerjasama PAS.


"Jika Umno sudah kuat, kita tidak perlu bergantung kepada sesiapa," katanya.


Zahid terlalu yakin


Beberapa anggota Umno, bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak setuju dengan kenyataan Ahmad Zahid.


Omar Abbas (gambar) berkata Umno perlu menjadi kerajaan dengan mengikut saluran pilihan raya yang betul.


"Bagi saya, satu-satunya cara untuk kembali berkuasa adalah melalui peti undi. Itu cara yang betul," katanya.


Dia juga tidak bersetuju Umno bekerjasama dengan PAS hanya untuk mendapatkan lebih banyak kerusi.


"Jika mahu bekerjasama, ia perlulah menjadi sebuah pakatan yang
harmoni. Jika hanya untuk memenangi kerusi, tak ada guna," katanya.


Sementara Ismail Alias, 69, juga turut tidak yakin Umno mampu
membentuk kerajaan sebelum PRU ke-15, dan mendakwa Ahmad Zahid terlebih
yakin dalam membuat kenyataan itu.


"Dia (Ahmad Zahid) kata itu, dia terlebih yakin sebab BN beri banyak
dan berjanji pun banyak. Jadi saya rasa, kalau buat begitu, orang akan
terima, tapi mereka tak akan sokong.


"Dia yakin, tapi dia syok sendiri... Tapi ini tidak betul," katanya.


Sebaliknya, kata Ismail, Umno perlu menumpukan dalam usaha
mengukuhkan perpaduan di dalam parti dan mendapatkan semula kepercayaan
orang ramai dengan bersikap jujur.


Dia juga percaya Umno mampu berdiri sendiri dan hanya perlu bekerjasama dengan PAS dalam soal agama.


"Jika Umno mahu bekerjasama dengan PAS, ada cara yang betul untuk melakukannya.


"Jika tentang agama, atau orang serang Islam, boleh kerjasama dengan
PAS, tapi jika hanya untuk menang, masing-masing parti mempunyai cara
sendiri," katanya.


Umno akan memilih barisan pimpinan baru hari ini. Ketua Umno
Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani bertanding bagi jawatan naib
presiden parti.


[Baca berita penuh]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...