salam

Rabu, 18 September 2013

PEMIMPIN PAS TAK USAH BERTELAGAH TENTANG RESOLUSI MULTAQA ULAMA..


Jika awal tadi SH siarkan kenyataan yang keluar dari mulut Haru Taib sendiri yang jelas dilihat menyindir pemimpin PAS yang 'kurang cerdik' pasal resolusi Multaqa Ulama.

Apa yang pasti, sindiran 'Halus' Harun Taib tu wajar ditujukan kepada kepimpinan  yang memang tak sedar diri tu sebenarnya. (klik kat sini)

Sebaik sahaja Multaqa Ulama PAS buat resolusi dan mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan, dan nape YB Khalid  mula naik angin.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno diperingkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.

“Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.

“Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.

“Daripada  dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sanggup menuduh  Ulama PAS tak buat kerja sepanjang Pilihan Raya Umum yang lalu sehingga dituduh menjadi punca kekalahan PAS dikawasan kubu UMNO!!!

Sumber Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...