salam

Selasa, 21 Ogos 2018

Dr M: Apa jenis kebodohan ini! @ negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.



Dr M: Apa jenis kebodohan ini!: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan

Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan projek mega dengan syarikat China.

Menurut Dr Mahathir, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.

"Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dlaam sejarah Malaysia," katanya.

Mahathir
bercakap pada sidang akhbar di Beijing. Beliau dalam rangka lawatan
rasmi ke China bagi merundingkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur
(ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy
Resources (SSER).

Beliau berkata jumlah pampasan projek ECRL dan
SSER masih belum diputuskan lagi tetapi menjangkakannya sebagai “quite
substantial” (agak banyak).

"Kami perlu mencari jalan untuk
keluar daripada projek ini (ECRL) dan sebolehnya pada kos yang paling
sedikit dan kami perlu membayar pampasan.

"Tetapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kita tidak boleh salahkan China untuk hal ini," katanya lagi.

Mahathir
selanjutnya menempelak Najib kerana bersetuju menandatangani kontrak
seperti SSER, yang mana wang dibayar berdasarkan tempoh masa dan bukan
perkembangan kemajuan kerja-kerja penyiapan projek.

"Saya tidak
pernah mendengar kontrak yang mana kamu membayar pada masanya tanpa
kerja-kerja disiapkan. Selalunya, kami membayar berdasarkan kerja-kerja
yang telah dibuat. Kebebalan apakah ini?" Soal beliau.

Sebelum
ini, China menyatakan minat terhadap projek Kereta Api Laju Singapura-
Kuala Lumpur (HSR) tetapi Putrajaya juga sedang mengkaji untuk
menangguhkan projek berkenaan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/64914O74#wTwrMVJLIcoKo6F3.99

Isnin, 13 Ogos 2018

BICARA NAJIB RAZAK: TANPA GUNDAH-GANJARA


 


Diterbitkan pada 11 Ogo 2018
WAWANCARA ISU SEMASA : BICARA NAJIB
RAZAK : TANPA GUNDAH-GUNJARA (SIRI 1)

TARIKH : 09 OGOS 2018
MASA : 8:30 MALAM
TEMPAT : STUDIO

JOM CHANNEL
MODERATOR : ARMAN PUTERA ASMUNI
PANEL : SDR HANIFF KHATRI

Nurul Izzah Pecah Rahsia Dedah BN Kurangkan Peruntukan


Khamis, 9 Ogos 2018

PUTRAJAYA DIKUASAI OLEH KRISTIAN


 

PUTRAJAYA DIKUASAI OLEH KRISTIAN & Pandangan kekalahan BN di N49 Sungai Kandis ~ ZAHRIN YASSIN

Zahid harap Najib tidak terasa hati @ Walaupun dah terlewat, Satu langkah yang BIJAK


 

Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar  Datuk
Seri Najib Razak tidak terasa hati dengan kenyataan pemimpin Umno yang
menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai "beban".


Zahid juga menasihatkan agar bekas perdana menteri itu tidak terganggu dengan komen seperti itu.


“Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian.


“Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan
komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang
dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, hari ini.


Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan
pihaknya akan mengenakan tindakan kepada beberapa pemimpin Umno yang
dilihat tidak senang dengan pendekatan mempertahankan bekas perdana
menteri itu.


Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa  berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.


Beliau juga menyifatkan bekas presiden Umno itu - yang kini berdepan
tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang
haram - sebagai "beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.


Semalam, Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib ke Sungai Kandis untuk berkempen dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.


Johari berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya
kecil seterusnya memandangkan anggota parlimen Pekan itu berdepan
perbicaraan mahkamah.


Belum didapati bersalah


Mengulas lanjut, Zahid bagaimanapun berkata Umno tidak akan mengambil tindakan terhadap Johari dan Annuar.


Jelas Zahid, pendekatan parti itu adalah dengan mengadakan
perbincangan atau musyawarah, bukannya akur pendapat mana-mana pemimpin
atau individu.


“Kita tidak akan ambil pendekatan yang begitu (menghukum), tapi kita
mengambil pendekatan musyawarrah dan perbincangan baik,” katanya.


Selain itu, kata Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datok menasihatkan kepimpinan Umno agar saling menghormati.


“Saya mengambil pendekatan bahawa mana-mana pemimpin yang terdahulu
harus dihormati kerana tidak ada yang sekarang, tidak ada yang dahulu.


“Yang lama menyayangi yang baru dan yang baru harus menghormati yang lama.


“Soal beban atau perkara-perkara yang lain kita belum dapat keputusan
daripada mahkamah, dalam perlembagaan dan peraturan Umno selagi
seseorang itu belum didapati bersalah maka peraturan menentukan jawatan
itu masih dikekal di peringkat yang dipilih," katanya.


'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib' @ Apa yang dikesalkan mengapa baharu sekarang? setelah hati penyokong UMNO/BN terguris luka dan akhirnya menafikan UMNO/BN pada PRU14



Apa yang dikesalkan mengapa baharu sekarang? setelah hati penyokong UMNO/BN terguris luka dan akhirnya menafikan UMNO/BN pada PRU14. Terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa berani 'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib'. walaupun terguris luka ada parutnya, TAPI ianya tidak menjadi parah bernanah.



'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib': Tan Sri Annuar Musa berkata bekas perdana menteri adalah 'beban' yang tak mampu dipikul Umno.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   


Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak
boleh lagi membuang masa mempertahankan bekas presiden Datuk Seri Najib
Razak.

Beliau juga menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan
pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai
"beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib.

“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya (gambar) seperti dipetik The Malaysian Insight.

Kenyataan itu sehari selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Najib tetap perlu dihormati.

Zahid mengulas kenyataan bekas menteri Datuk Seri Johari Abdul Ghani
yang berkata Najib tidak seharusnya berkempen untuk BN di PRK Sungai
Kandis minggu lalu.

'Takkan kerana seorang'

Sementara itu, Annuar berkata Umno perlu menumpukan usaha membina
semula parti itu kerana ia lebih penting daripada mana-mana individu.

“Najib hanya satu orang, tidak ada orang yang amat diperlukan. Najib
bukan lagi presiden parti, bagi saya beliau hanya ahli parti. Sama ada
orang sokong dia atau tidak, ia tidak penting.

"Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Najib sudah
melepaskan semua jawatannya dan kini parti di bawah pentadbiran baru.
Kami akan buat dengan cara baru.

"Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” kata anggota parlimen Ketereh itu lagi.

Annuar merupakan pembela Najib paling lantang dalam berhubung skandal 1MDB sebelum kekalahan BN pada PRU ke-14.

Namun beliau kini nampaknya menjarakkan diri daripada isu itu kini.

Dulu pemimpin Umno bertanggungjawab mempertahankan Najib kerana beliau adalah perdana menteri dan presiden parti, katanya lagi.

"Saya fikir ia sangat mudah. Najib dulu perdana menteri dan presiden
parti. Bila ada kontroversi, kami ada etika asas tertentu, amalan dan
juga tradisi.

"Ada prinsip tanggungjawab kolektif dan kecenderungan untuk meragui kepimpinan tertinggi berkenaan perkara tertentu," katanya.

Bukan Umno undang Najib

Berhubung penglibatan Najib di Sungai Kandis, Annuar menyuarakan
perkara sama seperti Zahid iaitu kehadirannya atas jemputan calon BN
Datuk Lokman Noor Adam.

"Apabila kita semak, calon kita Lokman yang jemput dia. Kita tidak halang (Najib) kerana dia ahli parti.

"Hendak kata strategi utama kita ialah menjadikan Najib sebagai
jurukempen utama adalah salah. Itu saya boleh jamin, bukan strategi
kita. Keputusan kita ialah kempen di Sungai Kandis tanpa Najib,"
katanya.

Lokman tewas di tangan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan hanya mendapat 38 peratus daripada jumlah undi.

RM18b wang GST 'dirompak’ dibawa ke PAC


 


Diterbitkan pada 9 Ogo 2018
Dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan
Eng bahawa kerajaan BN telah 'merompak' bayaran balik GST akan dibawa kepada
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC). Pengerusinya, Datuk Seri Ronald Kiandee
berkata perkara itu akan dirujuk melalui peraturan mesyuarat 77 (1) a dan d.
Kategori

Selepas lapor polis, KJ buat laporan ke SPRM esok @ Terima kasih YB KJ lega hati kami dan akan dapat jawapan yg sebenarnya.

Terima kasih YB KJ lega hati kami dan akan dapat jawapan yg sebenarnya.
Bagi kami rakyat kebanyakkan Sama ada rompakan ("RM19 bilion wang Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) 'dirompak' oleh kerajaan Barisan
Nasional (BN) terdahulu") atau apa jua pengistilahan tentang tiada
pembayaran balik kpd pembayar cukai melalui GST. Kami tetap tidak mahu
GST... walaupun pelbagai bantuan @ sumbangan @ bonus/naik gaji
kakitangan kerajaan atau apa2 yg sewaktu dgnnya. Biarkan mahkamah
memutuskannya dgn pelbagai hujah dan alasan mengapa yang tersebut tidak
dibayar kpd pembayar cukai. Dan mengapakah wang itu tidak dimasukkan
dalam akaun amanah kerajaan. Terima kasih sekali lagi YB KJ.

 


Diterbitkan pada 9 Ogo 2018
Ahli Parlimen Rembau Khairy
Jamaluddin tiba di IPD Sentul, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis
berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai RM19 bilion wang Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) 'dirompak' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)
terdahulu. Namun, Khairy berkata beliau juga akan membuat laporan di
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.
Kategori

Sabtu, 4 Ogos 2018

Harakah bawa api permusuhan 'dinyala syaitan', kata Husam

Harakah bawa api permusuhan 'dinyala syaitan', kata Husam: Husam juga sifatkan lidah rasmi PAS itu sanggup turunkan tarafnya menjadi 'sampah dunia akhirat'.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa berang terhadap lidah rasmi PAS, Harakah yang didakwa memfitnahnya berhubung isu royalti minyak di Kelantan.


"Saya tidak pernah terbayang Harakah sebagai lidah rasmi
parti ‘Islam’ sanggup menurunkan tarafnya menjadi sampah dunia akhirat,"
katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Husam merujuk laporan muka depan Harakah Jumaat lalu bertajuk "PH serupa BN", yang disusuli sub tajuk berbunyi "PM ulang silap lampau, Husam tiru perangai Umno".


Laporan itu memetik kenyataan Husam mencadangkan sebuah jawatankuasa
khas ditubuhkan di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menguruskan
dana royalti minyak yang akan disalurkan ke Kelantan.


Husam bagaimanapun berkata, laporan tersebut ternyata "seratus peratus fitnah".


Menurut Husam rencana di bahagian dalam akhbar itu pula menyiarkan
tajuk “Husam, LGBT, UEC dan Khazanah, ke mana Malaysia nak dibawa?".


"Api permusuhan yang dinyalakan syaitan nampaknya masih membara
menjadi anutan dan pengeliruan berbaur penghinaan adalah jalan dipilih Harakah untuk menuju keredaan tuhan.


"Bolehkah keredaan tuhan dicapai dengan kemungkaran yang terlarang?"soalnya.


Tambahnya, pada tajuk yang digunapakai, Harakah menampakkan
"kejijikannya" terhadap Umno, namun berbeza layanan pimpinan PAS
terhadap parti Melayu itu terutama pada pilihan raya kecil di Sungai
Kandis.


"Jika begitu, mengapa pula pimpinan PAS membesarkan laungan ahli PAS sunat/wajib mengundi calon Umno di Sg Kandis?" soalnya.


Indonesia serah Equanimity ke Malaysia minggu depan

Indonesia serah Equanimity ke Malaysia minggu depan: Polis republik itu terima arahan hantar kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan Low Tek Jho.



Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   
Equanimity, kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli
perniagaan Low Taek Jho akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia
minggu depan, kata polis Indonesia.


Timbalan pengarah jenayah khas dan ekonomi jabatan polis pusat republik itu, Daniel Silitonga memberitahu Malaysiakini pihaknya menerima arahan untuk menyerahkan kapal itu kira-kira dua minggu lalu.


"Mungkin Isnin atau Selasa," kata Silitonga ketika ditanya tarikh penghantaran itu.


"Kapal persiaran mewah itu akan diserahkan di sempadan perairan
Indonesia dan Malaysia," maklum beliau lagi berkata kapal yang disita di
Teluk Benoa, Bali itu sedang berada di perairan dekat dengan sempadan
Singapura dan Pulau Batam di republik itu.


Ditanya jika keputusan penyerahan berkenaan dibincangkan ketika
pertemuan di antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden
Indonesia Joko Widodo, Silitonga berkata: "Mungkin itu antara agenda
yang dibincangkan."


Bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini berkata kerajaan Barisan Nasional bukan pemilik Equanimity dan oleh itu tidak akan menuntut kapalitu daripada pihak berkuasa Indonesia.


Menurut Silitonga selepas penyerahan itu selesai, pihak berkuasa
Indonesia tidak ada sebarang urusan lagi dengan kapal persiaran mewah
bernilai AS$250 juta itu.


"Kami sudah letih," jelasnya.


Manakala itu, sumber memberitahu Malaysiakini, kapten dan anak kapal baru akan berada dalam Equanimity, menjelang penyerahan kepada pihak berkuasa Malaysia itu.


"Kapal itu mempunyai kapten dan anak kapal yang baru sejak dua minggu lalu.


"Kapten dan anak kapal lama telah pulang," kata sumber yang dekat dengan siasatan kes ini.


[Baca berita penuh]


Sungai Kandis sah milik PKR


DUN Sungai Kandis kekal kubu PKR, Zawawi sebak diumum menang


 
Alhamdulillah, tahniah PKR dan PH. Walaupun peratus keluar mgundi rendah. Jelas menunjukkan rakyat masih mempercayai Pakatan Harapan wpun baru hampir 3 bulan memerintah tanah air tercinta. Buat UMNO/BN sentimen kaum dan agama tidak terkesan pd rakyat. Masa UMNO/BN perintah dahulu pun bab kaum melayu dan agama islam digunakan utk politik sahaja. Selamat tinggal UMNO/BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...