salam

Sabtu, 14 September 2013

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib Mencadangkan Agar PAS Mengkaji Balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.



Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib  mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

PAS digesa mengkaji semula kerjasama politiknya dengan Parti Keadilan rakyat (PKR) bagi memastikan hala tuju parti itu tidak tersasar daripada landasan sebenar.

Gesaan itu dibuat menerusi resolusi yang dicapai pada Perhimpunan Ulama Se-Malaysia anjuran Dewan Ulama PAS Pusat pada Sabtu.
"Multaqa (perhimpunan) Ulamak Se-Malaysia mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi (kerjasama politik) bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Perkara ini bagi tujuan menjaga maslahah (faedah) dan membendung serta menghalang mafsadah (kejahatan) Syar'iyyah," demikian menurut resolusi berkenaan.

Perhimpunan yang diadakan di Kompleks PAS Kedah itu dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Isu kerjasama politik antara PAS dan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang pernah menjadi polemik dalam parti itu tahun lalu apabila bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Malah Nasharuddin yang ketika itu juga masih menjadi ahli Majlis Syura Ulama turut menggesa agar PAS mengkaji semula kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang. seterusnya

Walaupun ada yang berpendapat bahawa gesaan Perhimpunan Ulama Se-Malaysia itu hanya sekadar retorik kepimpinan parti PAS untuk meraih simpati ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sahaja.

Tiada gunanya sebarang gesaan atau resolusi jika ianya tidak dibuktikan dengan sebarang tindakan yang nyata dan jelas.

Sudah banyak bukti-bukti yang menunjukkan kesongsangan sikap kepimpinan parti PKR tetapi tidak disusuli dengan tindakan keras pihak Dewan Ulama PAS untuk memperbetulkannya.

Malah, perkahwinan politik di antara PAS, PKR dan DAP sebenarnya hanya menguntungkan parti DAP manakala prestasi PKR adalah yang paling teruk sekali dalam pakatan pembangkang.

Manakala PAS kehilangan kerajaan negeri Kedah.


Yang untung hanya parti DAP !



Malah, sekali pun sebahagian besar kaum Cina melakukan tsunami politik pada PRU13, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tetap berjaya memegang kembali tampuk kepimpinan persekutuan dan merampas kembali negeri Kedah dan tetap menjadi kerajaan negeri Perak.

Dan trend pengundi-pengundi sebahagian besar kaum Cina ini dilihat tidak akan berubah pada PRU14 yang akan datang terutamanya di negeri Pulau Pinang dan di bandar-bandar besar di negara ini.

8 - 10 % daripada total pengundi-pengundi kaum Cina yang menyokong BN adalah satu nilai yang sangat mengecewakan walau pun kaum tersebut sangat maju dalam bidang ekonomi dan pemilikan hartanah di bawah pentadbiran dan inisiatif kerajaan BN.

Kejayaan UMNO dan BN itu sudah tentu berpaksikan kepada sokongan besar daripada kaum Melayu dan Bumiputera serta undi kaum India.

Dan memang benar, jika parti PAS mahu kekal relevan sebagai parti politik dan bukan parti bawah telunjuk, mereka perlu menjauhi parti PKR dan DAP.

Mungkin sukar untuk dilakukan, lebih-lebih lagi wujud berita tentang geng-geng Anwarinas di dalam pucuk kepimpinan tertinggi PAS dan mereka yang 'berpeluk cium' dengan kepimpinan DAP.

Tetapi, PAS tiada pilihan lain.

Selain daripada itu, parti PAS perlu serius memikirkan tentang usaha kerjasama dengan parti UMNO yang sedang dijalankan sebagai satu entiti politik yang lebih kuat menjelang PRU14 kelak.


sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...