salam

Sabtu, 21 Disember 2013

Pendedahan anggota TUDM semasa membantu mangsa banjir di Kuantan

Aduii..
Kalau benarlah apa yang didakwa oleh anggotaTUDM ini ternyata ia cukup menyedihkan..
Mat Bangla  pula yang datang membantu.
Mana pergi sifat tolong menolong dan bergotong royong yang tertanam kuat di hati rakyat Malaysia untuk membantu saudara kita yang didalam kesusahan?
Kita harapkan musibah banjir yang melanda ini menjadi suatu pengajaran yang cukup berguna untuk semua mangsa dan agensi kerajaan serta NGO yang terlibat..

Rabu, 18 Disember 2013

Nik Aziz: Isu Syiah satu perangkap

Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu hanya dendam politik untuk memerangkap pemimpin dan parti berkenaan semata- mata.

Dakwanya, pemimpin parti lawan sanggup membuat dakyah baharu kerana mahu memburukkan imej parti Islam itu pada pandangan umum.

“Sekiranya pemimpin Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap,” katanya dipetik Harakahdaily.net, semalam.

Nik Abdul Aziz mendakwa, parti lawan sebenarnya tiada modal baharu untuk dibangkitkan bagi menarik sokongan sehingga memaksa untuk ‘memerangkap’ orang nombor dua Pas kononnya terlibat dengan fahaman Syiah.



Beliau berkata demikian ketika mengulas kemelut isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan Mohamad Sabu dan tindakan undang-undang yang bakal diambil pemimpin tersebut.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat kini semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian yang nyata membebankan hidup mereka.

“Kenaikan tol, tambang LRT, cukai itu dan ini semuanya akan memberi tekanan kepada rakyat,” katanya.SH

KEBIJAKSANAAN DAN KEIMANAN ULAMA TERDAHULU DALAM DAKWAH ISLAM YANG SEBENAR ; 7 WALI MELAYU

Tujuh Wali Melayu

 

Gambar Wali 7


Mereka pernah berperanan di semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah Barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah(stail) masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakkan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim “Melayu-Islam”. Jasa-jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam.

Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahu a’lam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka adalah kekasih Allah: Habib Nuh, Tukku Paloh, Tuan Tulis, Syeikh Said Al-Linggi, Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi, Tuk Kenali dan Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.
Justeru amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah s.w.t pada tujuh tokoh Melayu ini. “Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah.” InsyaAllah, berbagai suri teladan terdapat dalam buku 7 WALI MELAYU.

1.: AS SAYID HABIB NUH

Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit

..Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti.

Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.

Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang kerohaniah yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi…

2. TUKKU PALOH:

Ulama Regu SultanPencatur Dasar Luar Terengganu Keturunan Rasulullah Menuntut di Makkah Regu Sultan Zainal Abidin III Menentang Pertapakan British di Terengganu Berunding dengan British Memerintah Paloh dengan Hukum Islam Sembahyang Berimam Nabi Khidir as Mahkamah Keadilan Sendiri Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku Kontroversi Syahadat Tambahan Tukku Paloh.

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sulatan berunding degan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan ALLAH SWT khusunya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.

Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdulu Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Emobong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan SUltan Zainal Abidin III.

3. TUAN TULIS:

 Tempat Rujuk Masyarakat Rahsia Di Sebalik Gelaran TUan Tulis Padam Kebakaran Besar di Makkah Mengubat Secara Rohaniah Suka Duduk Dengan Orang Jahil.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya dikalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925. sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas.

Oleh kerana miskin, beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar lain, “Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pada keesokan harinya dengan cara meminjam dari pada kawan-kawannya. Begitulah tabiatnya,” cerita Tuan Haji ISmail Haji Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Melihat pada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau ‘Ismail Tulis’. Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat pengajian, orang-orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan “Tuan Tulis”.

4. ASY SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI:

Ulama Tareqat Pencorak MasyarakatBertemu Rasulullah dalam suri Dakwah ke Siam, Kampuchea dan SingapuraAnak Melayu Berjiwa BesarProfil Ringkas Penulis Manakib Syeikh Said Al LinggiProfil Ringkas Khadam Syeikh Said.

Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Al Linggi ialah beliau bukan saja alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Muhammad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana mengembangkan ilmu tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu khususnya negeri asalnya Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di Negeri Sembilan, Syeik Said menjadi ulama pertama yang membuka pusat pengajian sistem pondok bertempat di Ampangan, kira-kira 1km dari bandar Seremban. Beliau tidak pernah rehat dari mengajar orang ramai di merata tempat khususnya dalam daerah Linggi dan Port Dickson.

5. SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI:

Pengasas Kampung Islam Contoh Bangung Perkampungan Berteraskan Syariat Tegak Pusat Tarbiah Wa Ta’limKuatkuasa Undang-undang.

SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seoranhg pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini bukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.

Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor yang berasal dari Sumatera Utara, dapat membangunkan sebuah pusat pengajian yang bukan saja menekankan sola-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah.

Kampung Sg. Cincin, Gombak terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Syeik Muhammad Nor Al Kholidi mula menerokanya pada sekitar tahun 1894, kira-kira 10 tahun dari tarikh beliau tiba di Tanah Melayu dari kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.

Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain. Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah,” kata Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol Pasar, Kuala Lumpur.

6. TUK KENALI:

Penyemarak Kebangkitan PondokAnak GeniusBerkat Doa dan Asuhan IbuPendidikan Pondok Tuk KenaliKitab-kitab PengajianGiat Dalam PenulisanPeranan Dalam PemerintahanAkhlak dan Amalan RohaniahKeramah Tuk KenaliPulangnya Ulama TerbilangTuk Kenali Dari Kacamata Anak Muridnya.

Nama Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Mekkah.’

Di samping mengajar, Tuk Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama.

Tuk Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”.
Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tuk Kenali serta tokoh-tokoh ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tuk Kenali datang dari merata tempat terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menurut sumber yang boleh dipegang, Tuk Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku.

7. TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI:

Ulama Berdarah Panglima Berjuang Tidak Hirau Batasan PolitikTolak Jawatan MuftiPenentang Sistem RibaTuan Hussein Banyak Tanah Wakaf.

TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI adalah pengasas kepada enam buah pondok pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Poko Sena, Seberang Perai. Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di Gajah Mati, Jitrah, Kedah.

Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai berbagai persoalan agama. Dan dalam bidang ini(mengarang kitab) beliau adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.
Dalam melaksanakan hukum, Tuan Hussein sangat berhalus dan tegas. Beliaulah orang yang pertama menentang sistem riba dalam soal pinjam-meminjam serta menolak pelaksanaan peraturan tauliah mengajar yang diselewengkan, dan menentang perlaksanaan akta cetak kitab.

Lantaran keberaniannya mempertahankan pendirian, Tuan Hussein menerima tindakan dibuang negeri. Namun semasa di Seberang Perai, beliau terus bergiat menyembarkan ilmu dan mengarang kitab. Tuan Hussein juga seorang pendakwah yang aktif.

Wasalam.

Ahad, 15 Disember 2013

PAS SEMAKIN KUKUH DI KELANTAN DENGAN PERLANTIKAN JK BADAN PERHUBUNGAN NEGERI YG BAHARU


Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob pada Ahad mengumumkan tiga timbalan pesuruhjaya dan barisan anggota jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri.

Dalam entri terbaru laman sosial Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan itu, beliau memaklumkan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Kelantan yang berlangsung hari ini memutuskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yangjuga Anggota Dewan Negara Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik sebagai TimbalanPesuruhjaya II manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk HusamMusa sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Sebelum ini, Husam yang merupakan bekas exco kanan adalah Timbalan Pesuruhjaya II, manakala Ahmad dan Mohd Amar masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan III.

Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dikekalkan sebagai Setiausaha BadanPerhubungan PAS Kelantan, manakala anggota Parlimen Kota Baharu Datuk TakiyuddinHassan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Wan NikWan Yusoof.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasaruddin Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan yang baharu, menggantikan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan mesyuarat itu yang berlangsung di Bangunan PAS Negeri di sini.

Keputusan mesyuarat itu hanya diumumkan di laman sosial rasmi Menteri Besar itu dan HarakahDaily.
PARLIMEN KELANTAN

    

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KELANTAN

Sabtu, 14 Disember 2013

Najib Razak Transformasi Jadi Retorik KPI Hanya Gimik!

Kebelakangan ini jiwa-jiwa Melayu kian merasa resah diselubungi keselumit sangsi terhadap penularan wabak Ah Jib Gong didalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Dengan apa yang telah berlaku sekarang ini, mungkin ramai yang mula berfikir akan siapa Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya ? Adakah beliau seorang pemimpin Melayu tulen yang membawa wadah perjuangan orang-orang Melayu atau hanya seorang pemimpin berwajah Melayu yang telah di Ahjibgongkan ?
Umum menyedari sudah berapa banyak 'transformasi' yang diumumkan oleh Najib namun setakat ini belum satu pun transformasi yang dilakukan  itu boleh dibanggakan oleh orang Melayu waima penyokong UmnoBN itu sendiri, dan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai ahli Umno telah jemu mendengar ungkapan transformasi retorik yang senantiasa didendangkan oleh Najib.

Buktinya belum sempat untuk dihimpun dan dipersembahkan disini, namun sebahagiannya boleh dilihat semasa Najib membuat ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dimana rata-rata perwakilan dilihat kurang memberi sambutan positif seperti tepukkan dan sorokkan yang gemuruh disaat Najib mengucapkan kata-kata bersifat transformasi retorik yang memerlukan sambutan seperti itu.
Tidak dinafikan penularan wabak Ah Jib Gong makin membuatkan orang Melayu tidak faham akan halatuju yang ingin dibawa oleh Najib yang sekadar bercakapnya saja bergegar tapi perlaksanaannya semua gagal.
Kenkadang bila terlalu banyak sangat sesuatu perkara berlaku yang bercanggah dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu, takkan selamanya rakyat akan menyalahkan penasihat, adakah penasihat  lebih cerdik dan berkuasa dari Najib ? Kalau macam tu apa gunanya Najib ? Takkan Najib ni cina, buta, pekak, bisu dan dayus ? Apa gunanya smartphone ditangan Najib? Pegawai media? SB? kalau perkara yang berlaku melibatkan kepentingan Melayu dan tersebar di alam maya pun Najib tak tahu ?
Mustahil Najib tak tahu ? Tapi... kalau Najib tahu, apa tindakan Najib ? Tiada apa-apa tindakan! Jadi salahkah rakyat jika beranggapan bahawa transformasi Najib hanyalah retorik dan KPI Najib pula hanyalah gimik. Tak selamanya akan relevan dengan alasan menyalahkan penasihat, kerana bukan penasihat yang  diundi oleh rakyat...
Begitu juga dengan pelbagai aneka macam agensi, GLC, program, dan konsultan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, berbagai-bagai kementerian sampai bilangan Menteri seramai 36 orang, tu pun tak termasuk penasihat bertaraf  Menteri, mengalahkan Amerika yang hanya punyai 15 saja Menteri.
Melihat dari kepelbagaian yang diwujudkan itu, adakalanya buatkan kita terfikir apakah ia diwujudkan atas dasar kepentingan rakyat atau diwujudkan semata-mata untuk bagi kerja dan projek pada kroni ?. Kerana keberkesanan fungsinya sangat-sangat diragui. Sedangkan duit rakyat berbillion digunakan untuk menampung kewujudan yang berbagai itu.
Hakikatnya rakyat tak kisah dengan apa yang nak diwujudkan atau ditransformasikan itu, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, BO, AH, JIB, GOR dan berbagai lagi yang bunyinya sangat eksklusif dan membayangkan kemajuan buat sebuah negara yang maju. Tapi yang tak tahannya, rakyat juga yang kena....Subsidi juga jadi mangsa...
Apakah tujuannya itu mencapai matlamat sebenar sebagaimana yang diumumkan. Sebagai contoh, wajarkah sebuah agensi yang ditubuhkan khas bertujuan membantu usahawan bumiputra tapi bertindak sebaliknya dengan memberi kontrak membekal komputer 1Malaysia kepada syarikat penyapu cinabeng ? Kalau alasan tidak ada syarikat Melayu yang berdaya maju atau tohmahan melayu malas, tiada merit dsbnya, buat apa ditubuhkan agensi untuk bantu usahawan bumiputra ? Isunya bukan soal kualiti komputer yang dibekalkan oleh syarikat penyapu cina, tapi FUNGSI agensi yang tidak selari dengan tujuan ia ditubuhkan.
Kalau dengan cina boleh pula bertolak ansur sampai syarikat penyapu cina pun boleh lulus untuk bekal komputer, nasiblah Melayu....
Selepas ini entah berapa banyak lagi 'berbagai' yang akan diwujudkan buat kroni yang sedang menunggu giliran, bila dah lemas, keringat rakyat yang dipertaruhkan, bila hampir pilihanraya, minta maaf dengan rakyat dan merayu diberikan peluang, itulah makna sebenar transformasi yang boleh difahami setakat ini.
Akhirnya rakyat terbeban menjadi mangsa kepada ketirisan, golongan korporat keparat terus memonopoli perniagaan mengumpul kekayaan, kepentingan korporat keparat terus menerus dijamin kerajaan, marhaen dibawahan pula menangis, merintih mengenangkan nasib badan, kerana tidak menyangka akan mengemis dibumi yang dulunya menjadi tuan. 
 
Anda Mampu Mengubahnya. 

Jumaat, 6 Disember 2013

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan sebagai Pesuruhjaya Pas Johor,

  • Aminolhuda terajui Pas Johor   
  •            Mahfodz (tiga, kanan) menyerahkan tugas kepada Aminolhuda.
JOHOR BAHRU - Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Johor, semalam.

Aminolhuda yang sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya Pas I Johor menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggalas tanggungjawab baru pada majlis serah terima tugas di rumah Kelab Wartawan Cina Johor Selatan, di sini.

Aminolhuda berterima kasih kepada pucuk pimpinan Pas Pusat kerana memilihnya menerajui parti berkenaan pada pemilihan Pas lalu.

“Tahniah dan syabas kepada Dr Mahfodz di atas khidmat beliau selama menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Johor.

“Beliau melakukan perubahan kepada Pas dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. Kita berjaya laksana pendekatan Pas For All dengan memilih calon bukan Islam untuk mewakili parti pada PRU13 lalu,” katanya, semalam.

Aminolhuda berkata, bekas Pesuruhjaya Pas Johor itu juga berjaya mengambil pendekatan bagi membuktikan Pas bukan satu parti yang ekstremis.

Sementara itu, Mahfodz berkata, terdapat empat sebab mengapa beliau enggan dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Johor pada pemilihan parti lalu.

Sebab diberikan adalah faktor terlalu lama memegang jawatan berkenaan; mahu memberi peluang kepada pemimpin lain; usia yang semakin lanjut dan kesihatannya.

“Terima kasih kepada Presiden Pas dan pucuk pimpinan kerana beri peluang kepada saya menerajui parti di Johor sejak 2005 hingga kini.

“Tahniah kepada Aminolhuda kerana dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Johor yang baharu. Pemilihannya sangat tepat.

“Saya percaya beliau mampu jalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan cemerlang berdasarkan pengalamannya dalam Pas,” katanya.

Mengulas lanjut kepimpinannya sepanjang menerajui Pas Johor, Mahfodz mengakui berpuas hati dengan apa yang sudah dilakukannya sehingga dapat memecah tembok Umno-BN.

“Daripada tiada kerusi Pas di Johor, kini kita sudah ada empat kerusi dimenangi. Malah kita mempunyai lapan kerusi Dun yang cerah untuk dimenangi.

“Ia menggambarkan pimpinan Pas sekarang dapat menambah jumlah kerusi pada PRU14 menerusi kerjasama dengan parti lain dalam PR,” katanya.

Katanya, setinggi penghargaan kepada Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr Chua Jui Meng di atas kerjasama diberikan selama ini.SH

Khamis, 5 Disember 2013

RAKYAT JOHOR MAHUKAN PNJELASAN SEBENAR HAL KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH..

KALAU INI FAKTA BUKAN AUTA!!
RAKYAT JOHOR MAHUKAN PNJELASAN SEBENAR HAL KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH..

DAKWAAN SOGOKAN WANG BERATUS JUTA DALAM KES PULAU BATU PUTEH, PAKATAN RAKYAT BUAT LAPORAN POLIS!

 RAKYAT JOHOR MAHUKAN PNJELASAN SEBENAR HAL KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH..

tunggu.....!!
  DAKWAAN SOGOKAN WANG BERATUS JUTA DALAM KES PULAU BATU PUTEH, PAKATAN RAKYAT BUAT LAPORAN POLIS! 

SEBELUM INI MENTERI DALAM NEGERI, ZAHID HAMIDI BERKATA TIADA KERTAS SIASATAN DIBUKA KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT. SEKARANG SUDAH ADA LAPORAN POLIS, BERANIKAH ZAHID HAMIDI ARAH POLIS BUKA KERTAS SIASATAN? 


MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.

Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.

"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera""Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.

"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura."Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.

Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail. "Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian."Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul. [KD]


--------------------

KITA TUNGGU ULASAN MENTERI DALAM NEGERI!!! ADA TELUR KE TAK ADA TELUR KITA TENGOK NANTI...


-admin power-


SEBELUM INI MENTERI DALAM NEGERI, ZAHID HAMIDI BERKATA TIADA KERTAS SIASATAN DIBUKA KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT. SEKARANG SUDAH ADA LAPORAN POLIS, BERANIKAH ZAHID HAMIDI ARAH POLIS BUKA KERTAS SIASATAN?


MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.

Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.

"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera""Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.

"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura."Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.

Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail. "Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian."Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul. [KD]


--------------------

KITA TUNGGU ULASAN MENTERI DALAM NEGERI!!! ADA TELUR KE TAK ADA TELUR KITA TENGOK NANTI... 

Jeneral Yakuza Ogawa's

Rabu, 4 Disember 2013

Nik Abdul Aziz Nik Mat [admin] Tazkirah Maghrib.

"Hati diibaratkan sepohon pokok.
Dari batang pokok,
membawa kepada dahan, daun, ranting dan akhir sekali buahnya.
Buah pula adalah
gambaran gerak geri luaran.
Ibaratnya, pokok iman berada
di dalam dan buahnya
berada di luar.

Tutur kata dan tingkah laku kita
adalah buah daripada pohon
yang berada di dalam hati.
Andai pohon itu subur,
maka ia akan menghasilkan
buah yang molek.
Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik."

Sabtu, 30 November 2013

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH.. TOLONG BAGI 10 MINIT JE BACE NIE

TOLONG BAGI 10 MINIT JE BACE NIE... !!! SILA SHARE..
KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H


-tmh

Isnin, 25 November 2013

Pemuda Pas belum sedia ubah

Pemuda Pas belum sedia ubah

  • Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss  
  • Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
IPOH - Pemuda Pas dilihat masih belum mampu untuk menerima keterbukaan yang cuba dibawa sesetengah pemimpinnya.

Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kekalahan beliau pada pemilihan Pemuda Pas Pusat bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas baru-baru ini menjelaskan Pemuda Pas selesa dengan suasana yang ada kini.

Beliau berkata, kekalahan itu bukan menjadi penghalang kepadanya untuk terus menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada parti.

“Saya berterima kasih kepada perwakilan yang sudah pun membuat pemilihan. Kalah,  menang adat pertandingan dan saya tidak berkecil hati.

“Mungkin mereka (perwakilan) ada analisa mereka tersendiri berdasarkan prestasi atau status calon yang bertanding. Mungkin mereka inginkan gelombang yang bersifat dalaman dan belum bersedia ke arah politik baru,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kelantang beliau dalam memperjuangkan parti akan tetap diteruskan walaupun mungkin ada segelintir tidak menyukainya.

Raja Ahmad Iskandar berkata, beliau tidak akan mengubah pendirian atau gaya tegasnya sebelum ini demi mendapatkan sokongan atau memenangi jawatan.

“Kita bawa suara Pemuda untuk memastikan parti terus relevan dan diterima oleh semua. Namun, jika ada yang tidak mahu menerima, kita tidak boleh paksa.

“Apa pun yang berlaku, saya tidak akan ubah cara dan gaya lantang untuk bersuara serta mengkritik demi kepentingan Pas dan Pakatan Rakyat,” katanya yang sebelum ini ‘berperang’ dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung saranan memansuhkan parti-parti yang menggunakan bersifat perkauman dan keagamaan.

Mengenai kemenangan wakil Perak untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, beliau berpendapat kemenangan itu merupakan suara akar umbi yang mahukan pemimpin Perak membantu memantapkan Pas.

Katanya, tokoh yang menang pada pemilihan berkenaan merupakan nama besar dalam parti dan PR negeri serta berpengalaman.

“Dengan kepercayaan itu, kita yakin suara dari Perak tidak akan terpinggir malah diguna pakai untuk memantapkan parti berdasarkan pengalaman yang ada pada mereka,” katanya.

sumber

Selasa, 12 November 2013

Haji Mohamad Sabu DIJANGKA MENANG MUTLAK Kali Ke-3 ....

Haji Mohamad Sabu mahu bantu Presiden lebar pengaruh PAS


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.

Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.

"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.

Nik Amar Bertanding Untuk Suburkan Demokrasi



KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.
Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim,  tengahari tadi.

HAYATILAH PERLEMBAGAAN PARTI PAS 

Pemerhati asing mula menunjukkan minat terhadap pemilihan PAS sejak dari tahun 2009, iaitu selepas Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).
Kehadiran Dr Bridget Welsh pada Muktamar PAS ke-55 tentunya menarik perhatian. Welsh hadir sebagai pemerhati di sayap wanita (muslimah) parti itu sambil ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Semua ini mempunyai makna-makna yang tersendiri, apatah lagi ketika itu Muktamar PAS menyaksikan pertandingan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk sesi 2009-2011.
Seperti biasa, Ketika itu pun jawatan Presiden PAS bukan subjek utama kerana sudah dijangkakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menang tanpa bertanding, namun fokus utama adalah jawatan Timbalan Presiden PAS.
Ketika itu tiga tokoh PAS menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu (Mat Sabu).
“PAS perlu berubah atau diubah,” tulis Welsh dilaporkan wanitakeadilan yang mengambarkan pertembungan kem konservatif Islam diwakili Nasharudin Mat Isa (Nasha) dengan kumpulan liberal (Erdogan) diwakili Husam Musa.
Ketika itu Mat Sabu tidak diberi perhatian, sebaliknya Husam Musa yang disebut-sebut sebagai ketua kem liberal PASgagal memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Nasha menang dengan mendapat 480 undi, Husam 281 undi dan Mat Sabu, 261 undi.
Welsh melihat kemenangan Nasha itu dengan pandangan sinis.
“Pertimbangkan pemenang dalam pertandingan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa. Hanya empat tahun lalu, apabila beliau telah dilantik pada tahun 2005, beliau telah disebut-sebut sebagai pemimpin yang progresif (liberal). (Namun) Hari ini, beliau telah dilabelkan sebagai pembela ulama, suara konservatif.
“Identiti politik Nasharuddin ini masih tidak jelas, kerana ia dibentuk oleh kuasa-kuasa dalaman parti… dan bukannya didorong oleh prospek yang tetap.
“Beliau mewakili posisi majoriti pemimpin PAS yang menjadi ahli-ahli politik, dan mengamalkan ‘haiwan politik’ dan bukannya ideologi politik. Sebagai haiwan politik, mereka beroperasi melalui pujukan dan kepentingan, dan bukannya prinsip serta ideologi dengan kedudukan yang tetap,” ulas Welsh.
Sekali lagi Welsh memberi perhatian terhadap pemilihan PAS pada tahun 2011 iaitu pada muktamar kali ke-57, di mana kali ini pertandingan Timbalan Presiden tiga penjuru antara penyandang, Nasha ditentang oleh Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mat Sabu menang dengan undi 420 undi menewaskan penyandang, Nasha, 224 undi dan seorang lagi dari kem ulama, Tuan Ibrahim dengan 399 undi.
Tidak seperti kemenangan Nasha pada tahun 2009, kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presidendipandang Welsh sebagai kemenangan kumpulan progresif (liberal) dalam PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dalam merealisasikan ‘PAS for All.’
“Kemenangan kumpulan progresif dalam parti Islam Malaysia untuk berkhidmat lebih dinamik dalam Pakatan Rakyat dan mengukuhkan penglibatan PAS dalam politik negara,” ulas Welsh.
Selain Welsh kemenangan Mat Sabu dan kumpulan Naib Presiden liberal, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub disambut gembira oleh DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Wajah baru kepimpinan PAS sekarang telah melenyapkan sentimen kerjasama perpaduan PAS-UMNO yang menjadi kebimbangan komponan Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PKR,” kata Ketua Publisiti DAP, Teresa Kok dilaporkan dalam Suara Keadilan, 7 Jun 2011.
Katanya kemenangan gandingan wajah baru dalam kepimpinan PAS 2011-2013 akan memantapkan lagi hubungan dengan DAP dan PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
“Tahniah kepada Mohamad Sabu dan semua pimpinan serta ahli-ahli PAS yang memahami senario politik semasa bagi memantapkan lagi PR untuk menguasai Putrajaya di masa depan,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Seputih.
Anwar pula melihat kemenangan itu sebagai PAS kembali pada landasan betul iaitu kembali semula ke era penubuhan zaman almarhum Dr Burhanuddin al Helmy.
Ketika zaman Dr Burhanuddin, PAS tidak bergerak di atas kerangka Negara Islam, sebaliknya berpaksikan politik nasionalisme.
“PAS memiliki sejarah panjang memperjuangkan rakyat sejak sebelum merdeka. Tokoh seperti almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, Almarhum Zulkifli Muhamad dan almarhum Ustaz Fazil Mohd Noor tidak asing dalam mengungkap perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dalam kerangka politik nasional,” katanya.
Namun kesungguhan Welsh terhadap pemilihan PAS itu turut dipandang sinis oleh bekas blogger PAS, MZ.
Siapa Bridget Welsh ?
MZ, menyusurgalurkan latar belakang Welsh seperti berikut :
Bridget Welsh kini bergelar Profesor Bersekutu Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura yang mana kini beliau sedang menyiapkan penyelidikan yang bertajuk “Gender and Politics in Southeast Asia ” yang berfokuskan kajian mengenai persamaan gender di rantau ASEAN. Sebelum ini beliau turut bergelar Profesor Bersekutu di Southeast Asia Studies Program di Universiti Johns Hopkins, Amerika yang mana Anwar turut menjadi Profesor jemputan di sana.
1. Freedom House
Hujah pertama yang mengatakan Bridget Welsh adalah agen CIA ialah apabila beliau bergelar Konsultan kepada Freedom House, organisasi yang mempromosikan kebebasan melampau gaya Amerika. Freedom House adalah terkenal di seluruh dunia sebagai operasi rahsia CIA, apabila ia ditubuhkan serentak dengan NED dan menerima tajaan daripada agensi itu. Buktinya anda boleh taip di enjin carian google mengenai perkara ini ataupun klik sini sahaja untuk mengetahui kaitan langsung CIA, NED dan Freedom House.
Freedom House juga sering mengkritik kerajaan Malaysia kononnya tidak bebas seperti yang dimahukan mereka.
Apa yang paling melampau yang dilakukan oleh Freedom House adalah untuk memastikan seluruh Timur Tengah mencontohi negara Israel yang dikatakan mereka sebagai negara paling bebas di Timur Tengah dan dunia. Antara lain perkara ini membuktikan modus operandi mereka yang mahu menjadikan Timur Tengah seperti Israel. Antara yang terlibat secara tidak langsung dalam membawa kebebasan gaya Amerika di Timur Tengah ini ialah Yayasan Masa Hadapan atau Foundation For The Future yang turut pernah dianggotai Anwar sebagai Pengerusi dan juga kekasih Wolfowitz, Shaha Riza.
Tugas Bridget Welsh di Malaysia pula adalah membawa agenda Freedom House ini ke Malaysia dengan mencanangkan Malaysia sebagai negara yang tidak bebas dan tidak demokrasi, ini dapat dilihat melalui setiap tulisan beliau terhadap Malaysia.
2. Asia Barometer dan Merdeka Centre
Bridget Welsh juga merupakan Pengarah Malaysia Asia Barometer Project Survey yang menumpukan kajian mengenai demokrasi di Malaysia. Melalui Asia Barometer ini juga beliau berkerjasama dengan Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre untuk menjalankan kajian politik di Malaysia antaranya ialah “Malaysia Country Report: Second Wave of Asian Barometer Survey, yang diterbitkan pada tahun 2007.
3. Malaysiakini
Bridget Welsh turut membawa propagandanya ke dalam Media Malaysia dengan menjadi kolumnis tetap Malaysiakini akhbar internet yang mendapat tajaan terus NED. Bukti paling besar kaitan terus Bridget Welsh, Malaysiakini, Freedom House dan juga NED apabila Bridget Welsh secara individu, Premesh Chandran daripada Malaysiakini yang mendapat tajaan NED tahun lepas,Sarah Cook daripada Freedom House dan John Knaus daripada NED berkerjasama menjayakan satu forum mengenai kebebasan media internet di Malaysia anjuran NED pada tahun lepas di Washington.
Penglibatan semua agensi yang berkaitan dengan Bridget Welsh dalam satu forum ini yang menunjukkan secara simbolik beliau adalah agen CIA. Kerana semua agensi itu Malaysiakini, Freedom House dan juga NED mempunyai kaitan dengan CIA secara langsung atau secara tidak langsung.

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/11/video-jentera-dr-bridhet-turun-bantu.html#ixzz2kUVa6qMk

Ahad, 10 November 2013

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan perlu diadakan semula


DAP Kata Pemilihan Sayap UMNO Tidak Sah???

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan perlu diadakan semula kerana melanggar peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, beliau menggesa ROS mengarahkan UMNO supaya mengadakan semula pemilihan tiga sayap parti berkenaan kerana banyak isu yang mencurigakan didakwa berlaku dalam pemilihan itu pada Sabtu lalu.

“Antara isu tersebut adalah kehilangan kertas undi, perwakilan yang mengelirukan dan keengganan pengiraan semula undi.

“Persoalan sekarang adakah ROS akan mengarahkan UMNO mengadakan pemilihan baharu. Jika tidak ia menunjukkan bahawa ROS tidak profesional, adil dan bebas kerana mengamalkan `double standard’,” dakwanya.

Beliau merujuk kepada tindakan ROS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini kerana pemilihan CEC yang berlangsung pada tahun lalu dianggap tidak sah.

Nie Ching seterusnya mendakwa, pada Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung Sabtu lalu, terdapat 50 UMNO bahagian menghadapi masalah teknikal menyebabkan proses pengiraan undi yang terlalu panjang.

Beliau juga mendakwa dimaklumkan kononnya UMNO Bahagian Merbok dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menerima kertas undi berlebihan berbanding jumlah perwakilan, enam cawangan UMNO di Seremban dibenarkan mengundi meskipun telah dibatalkan pada bulan lalu.

Nie Ching juga mendakwa pengundian di UMNO Bahagian Baling dan Sabak Bernam terpaksa dilanjutkan disebabkan kehilangan kertas undi, malah keputusan undi tidak dikeluarkan selepas lebih 24 jam proses pengundian tamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...