Bekas Setiausaha Politik ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.
Beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha
politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi untuk membantu
siasatan penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu
golongan berpendapatan rendah.
"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa
lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi
oleh The Malaysian Insider.
Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik itu.
Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan
Camry yang kini diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di Putrajaya. ~the malaysian insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan