salam

Sabtu, 21 Disember 2013

Pendedahan anggota TUDM semasa membantu mangsa banjir di Kuantan

Aduii..
Kalau benarlah apa yang didakwa oleh anggotaTUDM ini ternyata ia cukup menyedihkan..
Mat Bangla  pula yang datang membantu.
Mana pergi sifat tolong menolong dan bergotong royong yang tertanam kuat di hati rakyat Malaysia untuk membantu saudara kita yang didalam kesusahan?
Kita harapkan musibah banjir yang melanda ini menjadi suatu pengajaran yang cukup berguna untuk semua mangsa dan agensi kerajaan serta NGO yang terlibat..

Rabu, 18 Disember 2013

Nik Aziz: Isu Syiah satu perangkap

Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu hanya dendam politik untuk memerangkap pemimpin dan parti berkenaan semata- mata.

Dakwanya, pemimpin parti lawan sanggup membuat dakyah baharu kerana mahu memburukkan imej parti Islam itu pada pandangan umum.

“Sekiranya pemimpin Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap,” katanya dipetik Harakahdaily.net, semalam.

Nik Abdul Aziz mendakwa, parti lawan sebenarnya tiada modal baharu untuk dibangkitkan bagi menarik sokongan sehingga memaksa untuk ‘memerangkap’ orang nombor dua Pas kononnya terlibat dengan fahaman Syiah.



Beliau berkata demikian ketika mengulas kemelut isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan Mohamad Sabu dan tindakan undang-undang yang bakal diambil pemimpin tersebut.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat kini semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian yang nyata membebankan hidup mereka.

“Kenaikan tol, tambang LRT, cukai itu dan ini semuanya akan memberi tekanan kepada rakyat,” katanya.SH

KEBIJAKSANAAN DAN KEIMANAN ULAMA TERDAHULU DALAM DAKWAH ISLAM YANG SEBENAR ; 7 WALI MELAYU

Tujuh Wali Melayu

 

Gambar Wali 7


Mereka pernah berperanan di semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah Barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah(stail) masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakkan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim “Melayu-Islam”. Jasa-jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam.

Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahu a’lam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka adalah kekasih Allah: Habib Nuh, Tukku Paloh, Tuan Tulis, Syeikh Said Al-Linggi, Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi, Tuk Kenali dan Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.
Justeru amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah s.w.t pada tujuh tokoh Melayu ini. “Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah.” InsyaAllah, berbagai suri teladan terdapat dalam buku 7 WALI MELAYU.

1.: AS SAYID HABIB NUH

Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit

..Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti.

Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.

Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang kerohaniah yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi…

2. TUKKU PALOH:

Ulama Regu SultanPencatur Dasar Luar Terengganu Keturunan Rasulullah Menuntut di Makkah Regu Sultan Zainal Abidin III Menentang Pertapakan British di Terengganu Berunding dengan British Memerintah Paloh dengan Hukum Islam Sembahyang Berimam Nabi Khidir as Mahkamah Keadilan Sendiri Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku Kontroversi Syahadat Tambahan Tukku Paloh.

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sulatan berunding degan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan ALLAH SWT khusunya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.

Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdulu Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Emobong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan SUltan Zainal Abidin III.

3. TUAN TULIS:

 Tempat Rujuk Masyarakat Rahsia Di Sebalik Gelaran TUan Tulis Padam Kebakaran Besar di Makkah Mengubat Secara Rohaniah Suka Duduk Dengan Orang Jahil.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya dikalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925. sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas.

Oleh kerana miskin, beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar lain, “Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pada keesokan harinya dengan cara meminjam dari pada kawan-kawannya. Begitulah tabiatnya,” cerita Tuan Haji ISmail Haji Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Melihat pada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau ‘Ismail Tulis’. Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat pengajian, orang-orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan “Tuan Tulis”.

4. ASY SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI:

Ulama Tareqat Pencorak MasyarakatBertemu Rasulullah dalam suri Dakwah ke Siam, Kampuchea dan SingapuraAnak Melayu Berjiwa BesarProfil Ringkas Penulis Manakib Syeikh Said Al LinggiProfil Ringkas Khadam Syeikh Said.

Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Al Linggi ialah beliau bukan saja alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Muhammad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana mengembangkan ilmu tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu khususnya negeri asalnya Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di Negeri Sembilan, Syeik Said menjadi ulama pertama yang membuka pusat pengajian sistem pondok bertempat di Ampangan, kira-kira 1km dari bandar Seremban. Beliau tidak pernah rehat dari mengajar orang ramai di merata tempat khususnya dalam daerah Linggi dan Port Dickson.

5. SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI:

Pengasas Kampung Islam Contoh Bangung Perkampungan Berteraskan Syariat Tegak Pusat Tarbiah Wa Ta’limKuatkuasa Undang-undang.

SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seoranhg pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini bukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.

Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor yang berasal dari Sumatera Utara, dapat membangunkan sebuah pusat pengajian yang bukan saja menekankan sola-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah.

Kampung Sg. Cincin, Gombak terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Syeik Muhammad Nor Al Kholidi mula menerokanya pada sekitar tahun 1894, kira-kira 10 tahun dari tarikh beliau tiba di Tanah Melayu dari kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.

Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain. Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah,” kata Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol Pasar, Kuala Lumpur.

6. TUK KENALI:

Penyemarak Kebangkitan PondokAnak GeniusBerkat Doa dan Asuhan IbuPendidikan Pondok Tuk KenaliKitab-kitab PengajianGiat Dalam PenulisanPeranan Dalam PemerintahanAkhlak dan Amalan RohaniahKeramah Tuk KenaliPulangnya Ulama TerbilangTuk Kenali Dari Kacamata Anak Muridnya.

Nama Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Mekkah.’

Di samping mengajar, Tuk Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama.

Tuk Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”.
Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tuk Kenali serta tokoh-tokoh ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tuk Kenali datang dari merata tempat terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menurut sumber yang boleh dipegang, Tuk Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku.

7. TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI:

Ulama Berdarah Panglima Berjuang Tidak Hirau Batasan PolitikTolak Jawatan MuftiPenentang Sistem RibaTuan Hussein Banyak Tanah Wakaf.

TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI adalah pengasas kepada enam buah pondok pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Poko Sena, Seberang Perai. Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di Gajah Mati, Jitrah, Kedah.

Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai berbagai persoalan agama. Dan dalam bidang ini(mengarang kitab) beliau adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.
Dalam melaksanakan hukum, Tuan Hussein sangat berhalus dan tegas. Beliaulah orang yang pertama menentang sistem riba dalam soal pinjam-meminjam serta menolak pelaksanaan peraturan tauliah mengajar yang diselewengkan, dan menentang perlaksanaan akta cetak kitab.

Lantaran keberaniannya mempertahankan pendirian, Tuan Hussein menerima tindakan dibuang negeri. Namun semasa di Seberang Perai, beliau terus bergiat menyembarkan ilmu dan mengarang kitab. Tuan Hussein juga seorang pendakwah yang aktif.

Wasalam.

Ahad, 15 Disember 2013

PAS SEMAKIN KUKUH DI KELANTAN DENGAN PERLANTIKAN JK BADAN PERHUBUNGAN NEGERI YG BAHARU


Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob pada Ahad mengumumkan tiga timbalan pesuruhjaya dan barisan anggota jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri.

Dalam entri terbaru laman sosial Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan itu, beliau memaklumkan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Kelantan yang berlangsung hari ini memutuskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yangjuga Anggota Dewan Negara Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik sebagai TimbalanPesuruhjaya II manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk HusamMusa sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Sebelum ini, Husam yang merupakan bekas exco kanan adalah Timbalan Pesuruhjaya II, manakala Ahmad dan Mohd Amar masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan III.

Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dikekalkan sebagai Setiausaha BadanPerhubungan PAS Kelantan, manakala anggota Parlimen Kota Baharu Datuk TakiyuddinHassan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Wan NikWan Yusoof.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasaruddin Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan yang baharu, menggantikan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan mesyuarat itu yang berlangsung di Bangunan PAS Negeri di sini.

Keputusan mesyuarat itu hanya diumumkan di laman sosial rasmi Menteri Besar itu dan HarakahDaily.
PARLIMEN KELANTAN

    

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KELANTAN

Sabtu, 14 Disember 2013

Najib Razak Transformasi Jadi Retorik KPI Hanya Gimik!

Kebelakangan ini jiwa-jiwa Melayu kian merasa resah diselubungi keselumit sangsi terhadap penularan wabak Ah Jib Gong didalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Dengan apa yang telah berlaku sekarang ini, mungkin ramai yang mula berfikir akan siapa Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya ? Adakah beliau seorang pemimpin Melayu tulen yang membawa wadah perjuangan orang-orang Melayu atau hanya seorang pemimpin berwajah Melayu yang telah di Ahjibgongkan ?
Umum menyedari sudah berapa banyak 'transformasi' yang diumumkan oleh Najib namun setakat ini belum satu pun transformasi yang dilakukan  itu boleh dibanggakan oleh orang Melayu waima penyokong UmnoBN itu sendiri, dan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai ahli Umno telah jemu mendengar ungkapan transformasi retorik yang senantiasa didendangkan oleh Najib.

Buktinya belum sempat untuk dihimpun dan dipersembahkan disini, namun sebahagiannya boleh dilihat semasa Najib membuat ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dimana rata-rata perwakilan dilihat kurang memberi sambutan positif seperti tepukkan dan sorokkan yang gemuruh disaat Najib mengucapkan kata-kata bersifat transformasi retorik yang memerlukan sambutan seperti itu.
Tidak dinafikan penularan wabak Ah Jib Gong makin membuatkan orang Melayu tidak faham akan halatuju yang ingin dibawa oleh Najib yang sekadar bercakapnya saja bergegar tapi perlaksanaannya semua gagal.
Kenkadang bila terlalu banyak sangat sesuatu perkara berlaku yang bercanggah dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu, takkan selamanya rakyat akan menyalahkan penasihat, adakah penasihat  lebih cerdik dan berkuasa dari Najib ? Kalau macam tu apa gunanya Najib ? Takkan Najib ni cina, buta, pekak, bisu dan dayus ? Apa gunanya smartphone ditangan Najib? Pegawai media? SB? kalau perkara yang berlaku melibatkan kepentingan Melayu dan tersebar di alam maya pun Najib tak tahu ?
Mustahil Najib tak tahu ? Tapi... kalau Najib tahu, apa tindakan Najib ? Tiada apa-apa tindakan! Jadi salahkah rakyat jika beranggapan bahawa transformasi Najib hanyalah retorik dan KPI Najib pula hanyalah gimik. Tak selamanya akan relevan dengan alasan menyalahkan penasihat, kerana bukan penasihat yang  diundi oleh rakyat...
Begitu juga dengan pelbagai aneka macam agensi, GLC, program, dan konsultan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, berbagai-bagai kementerian sampai bilangan Menteri seramai 36 orang, tu pun tak termasuk penasihat bertaraf  Menteri, mengalahkan Amerika yang hanya punyai 15 saja Menteri.
Melihat dari kepelbagaian yang diwujudkan itu, adakalanya buatkan kita terfikir apakah ia diwujudkan atas dasar kepentingan rakyat atau diwujudkan semata-mata untuk bagi kerja dan projek pada kroni ?. Kerana keberkesanan fungsinya sangat-sangat diragui. Sedangkan duit rakyat berbillion digunakan untuk menampung kewujudan yang berbagai itu.
Hakikatnya rakyat tak kisah dengan apa yang nak diwujudkan atau ditransformasikan itu, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, BO, AH, JIB, GOR dan berbagai lagi yang bunyinya sangat eksklusif dan membayangkan kemajuan buat sebuah negara yang maju. Tapi yang tak tahannya, rakyat juga yang kena....Subsidi juga jadi mangsa...
Apakah tujuannya itu mencapai matlamat sebenar sebagaimana yang diumumkan. Sebagai contoh, wajarkah sebuah agensi yang ditubuhkan khas bertujuan membantu usahawan bumiputra tapi bertindak sebaliknya dengan memberi kontrak membekal komputer 1Malaysia kepada syarikat penyapu cinabeng ? Kalau alasan tidak ada syarikat Melayu yang berdaya maju atau tohmahan melayu malas, tiada merit dsbnya, buat apa ditubuhkan agensi untuk bantu usahawan bumiputra ? Isunya bukan soal kualiti komputer yang dibekalkan oleh syarikat penyapu cina, tapi FUNGSI agensi yang tidak selari dengan tujuan ia ditubuhkan.
Kalau dengan cina boleh pula bertolak ansur sampai syarikat penyapu cina pun boleh lulus untuk bekal komputer, nasiblah Melayu....
Selepas ini entah berapa banyak lagi 'berbagai' yang akan diwujudkan buat kroni yang sedang menunggu giliran, bila dah lemas, keringat rakyat yang dipertaruhkan, bila hampir pilihanraya, minta maaf dengan rakyat dan merayu diberikan peluang, itulah makna sebenar transformasi yang boleh difahami setakat ini.
Akhirnya rakyat terbeban menjadi mangsa kepada ketirisan, golongan korporat keparat terus memonopoli perniagaan mengumpul kekayaan, kepentingan korporat keparat terus menerus dijamin kerajaan, marhaen dibawahan pula menangis, merintih mengenangkan nasib badan, kerana tidak menyangka akan mengemis dibumi yang dulunya menjadi tuan. 
 
Anda Mampu Mengubahnya. 

Jumaat, 6 Disember 2013

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan sebagai Pesuruhjaya Pas Johor,

  • Aminolhuda terajui Pas Johor   
  •            Mahfodz (tiga, kanan) menyerahkan tugas kepada Aminolhuda.
JOHOR BAHRU - Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Johor, semalam.

Aminolhuda yang sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya Pas I Johor menggantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggalas tanggungjawab baru pada majlis serah terima tugas di rumah Kelab Wartawan Cina Johor Selatan, di sini.

Aminolhuda berterima kasih kepada pucuk pimpinan Pas Pusat kerana memilihnya menerajui parti berkenaan pada pemilihan Pas lalu.

“Tahniah dan syabas kepada Dr Mahfodz di atas khidmat beliau selama menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Johor.

“Beliau melakukan perubahan kepada Pas dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. Kita berjaya laksana pendekatan Pas For All dengan memilih calon bukan Islam untuk mewakili parti pada PRU13 lalu,” katanya, semalam.

Aminolhuda berkata, bekas Pesuruhjaya Pas Johor itu juga berjaya mengambil pendekatan bagi membuktikan Pas bukan satu parti yang ekstremis.

Sementara itu, Mahfodz berkata, terdapat empat sebab mengapa beliau enggan dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Johor pada pemilihan parti lalu.

Sebab diberikan adalah faktor terlalu lama memegang jawatan berkenaan; mahu memberi peluang kepada pemimpin lain; usia yang semakin lanjut dan kesihatannya.

“Terima kasih kepada Presiden Pas dan pucuk pimpinan kerana beri peluang kepada saya menerajui parti di Johor sejak 2005 hingga kini.

“Tahniah kepada Aminolhuda kerana dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Johor yang baharu. Pemilihannya sangat tepat.

“Saya percaya beliau mampu jalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan cemerlang berdasarkan pengalamannya dalam Pas,” katanya.

Mengulas lanjut kepimpinannya sepanjang menerajui Pas Johor, Mahfodz mengakui berpuas hati dengan apa yang sudah dilakukannya sehingga dapat memecah tembok Umno-BN.

“Daripada tiada kerusi Pas di Johor, kini kita sudah ada empat kerusi dimenangi. Malah kita mempunyai lapan kerusi Dun yang cerah untuk dimenangi.

“Ia menggambarkan pimpinan Pas sekarang dapat menambah jumlah kerusi pada PRU14 menerusi kerjasama dengan parti lain dalam PR,” katanya.

Katanya, setinggi penghargaan kepada Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr Chua Jui Meng di atas kerjasama diberikan selama ini.SH

Khamis, 5 Disember 2013

RAKYAT JOHOR MAHUKAN PNJELASAN SEBENAR HAL KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH..

KALAU INI FAKTA BUKAN AUTA!!
RAKYAT JOHOR MAHUKAN PNJELASAN SEBENAR HAL KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH..

DAKWAAN SOGOKAN WANG BERATUS JUTA DALAM KES PULAU BATU PUTEH, PAKATAN RAKYAT BUAT LAPORAN POLIS!

 RAKYAT JOHOR MAHUKAN PNJELASAN SEBENAR HAL KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH..

tunggu.....!!
  DAKWAAN SOGOKAN WANG BERATUS JUTA DALAM KES PULAU BATU PUTEH, PAKATAN RAKYAT BUAT LAPORAN POLIS! 

SEBELUM INI MENTERI DALAM NEGERI, ZAHID HAMIDI BERKATA TIADA KERTAS SIASATAN DIBUKA KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT. SEKARANG SUDAH ADA LAPORAN POLIS, BERANIKAH ZAHID HAMIDI ARAH POLIS BUKA KERTAS SIASATAN? 


MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.

Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.

"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera""Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.

"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura."Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.

Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail. "Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian."Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul. [KD]


--------------------

KITA TUNGGU ULASAN MENTERI DALAM NEGERI!!! ADA TELUR KE TAK ADA TELUR KITA TENGOK NANTI...


-admin power-


SEBELUM INI MENTERI DALAM NEGERI, ZAHID HAMIDI BERKATA TIADA KERTAS SIASATAN DIBUKA KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT. SEKARANG SUDAH ADA LAPORAN POLIS, BERANIKAH ZAHID HAMIDI ARAH POLIS BUKA KERTAS SIASATAN?


MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.

Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.

"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera""Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.

"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura."Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.

Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail. "Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian."Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul. [KD]


--------------------

KITA TUNGGU ULASAN MENTERI DALAM NEGERI!!! ADA TELUR KE TAK ADA TELUR KITA TENGOK NANTI... 

Jeneral Yakuza Ogawa's

Rabu, 4 Disember 2013

Nik Abdul Aziz Nik Mat [admin] Tazkirah Maghrib.

"Hati diibaratkan sepohon pokok.
Dari batang pokok,
membawa kepada dahan, daun, ranting dan akhir sekali buahnya.
Buah pula adalah
gambaran gerak geri luaran.
Ibaratnya, pokok iman berada
di dalam dan buahnya
berada di luar.

Tutur kata dan tingkah laku kita
adalah buah daripada pohon
yang berada di dalam hati.
Andai pohon itu subur,
maka ia akan menghasilkan
buah yang molek.
Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...