Sudah seminggu saya tangguhkan isu ini sementara menunggu tamatnya proses Pemilihan Umno. Ia mula mendapat perhatian saya minggu lepas ekoran tersiarnya artikel Sinar bertarikh 13 Okt 2013 ini - Pertanyaan terjawab. Secara ringkasnya -
Sekolah Kebangsaan ( SK ) St Thomas dan Sekolah Menengah ( SM ) akan dipindahkan, menumpang sementara di sekolah lain bermula 1 Januari 2014 sementara KPM juga dalam cadangan membina satu kompleks sekolah untuk SK St Thomas dan SMK St Thomas tetapi perlu mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
MAKNANYA bermula sessi persekolahan 2014 tanah tapak sekolah sedia ada sekarang akan diKOSONGkan.
MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata -
“Saya sudah hubungi pentadbiran tanah daerah supaya mencari tanah sesuai untuk pembinaan kompleks sekolah. Kami bersedia walaupun harga tanah agak tinggi. Masalah sekarang di mana nak cari tanah dalam bandar,”
MAKNANYA - Tapak baru pun belum ada lagi tapi sekolah sudah pun dipindahkan.
Yang menarik minat saya dengan kes ini adalah perenggan ini -
“Geran tanah ini hak gereja. Kerajaan negeri sudah berusaha dan kita tidak mampu pertahankan. Sekarang kita berjaya kekalkan status sekolah, kekalkan pelajar dan cari tanah untuk sekolah,”
Nah ..... apakah persepsi anda setelah baca secara ringkas artikel Sinar itu ?
Baldi Hell punya gereja ! Senang2 jer diorang nak halau budak2 sekolah tu. Kalau tak silap sudah berpuluh tahun kedua sekolah itu beroperasi di situ. Semua orang Pahang kenal atau paling tidak pernah dengar nama Sekolah St Thomas ni. Ia antara sekolah terbaik negeri Pahang, sekolah Kluster, cemerlang dan berprestasi tinggi.
Tapi tiba2 pihak gereja rasa nak pakai tanah itu - selepas berpuluh tahun - maka dihalaunya semua dan kerajaan terpaksa memindahkan semua pelajar, guru2 dan kakitangan sekolah. Notis pulak tu beberapa bulan saja.
Memang nak cari pasal la ni !
Tindakan memindahkan sekolah ini bukan saja akan memberi kesan kepada murid2 tersebut tapi juga kesan kepada murid2 disekolah yang beri mereka tumpang..... selama beberapa tahun sehingga tapak baru ditemui, dibeli dan dibangunkan sekolah baru.
Kenapa yang pihak gereja kejam sangat ni ! ? Kenapa tidak diberikan kelonggaran masa supaya dibangunkan terlebih dahulu sekolah baru barulah dihambat keluar pelajar2 itu ? Kalau dah berpuluh tahun diberikan izin sekolah itu beroperasi, apalah sangat beberapa tahun saja lagi ? Apa yang terdesaknya diorang ni ?
Tapi waktu sama timbul juga kesangsian ..... gila ke apa gereja ni, diorang tak kisah ke publisiti negatif ekoran tindakan mereka ini ? Macamana nak berdakwah, nak murtadkan orang Islam kalau terpalit dengan kekejaman begini ! ?
Saya cuba cari jika ada sebarang artikel terdahulu mengenai kes ini ..... takkanlah secara tiba2 jer kerajaan negeri dah buat keputusan nak pindah. Takder pun kecoh sebelum ni ?
Saya terjumpa artikel Berita Harian bertarikh 9 Julai 2013 - Gereja mahu ambil alih semula sekolah. Kata Yang DiPertua PIBG sekolah -
“Kami berharap pengurusan sekolah kekal di bawah Jabatan Pendidikan Pahang seperti sekarang kerana PIBG khuatir pengambilalihan pengurusan menyebabkan sekolah itu ditutup dan dijadikan perpustakaan,”
Hah ! Nak buat perpustakaan ? ? Sebab tu nak halau sekolah yang dah berpuluh tahun beroperasi dan merupakan sekolah terbaik Negeri Pahang ?
Satu lagi ..... artikel itu bulan Julai, maknanya dalam senyap, sedar2 lepas 3 bulan saja kerajaan negeri Pahang telah mengaku kalah dan bersetuju nak pindahkan kedua sekolah tersebut bermula 2014.
Cepat sekali ! Sebab itu saya katakan ada undur TERDESAK.
Ni kena bikin heboh nih ! Kenapa harus dilepaskan pihak gereja begitu saja ....... tapi heran ya, isu ini senyap.
Sengaja saya tunggu selepas tamat proses Pemilihan Umno sebelum saya mulakan serangan terhadap gereja .... mesti gempak nih !
Di takdirkan, beberapa hari lepas saya bertemu dengan seorang wakil dari Badan Bertindak Selamatkan SK St Thomas. Beliau mempunyai anak yang bersekolah disana dan bersama majoriti ibubapa lain telah begitu aktif berusaha menyelamatkan sekolah St Thomas dari terpaksa dipindahkan.
Lama juga saya berbincang dengannya, saya juga ditunjukkan beberapa dokumen berkaitan isu ini. Saya juga diceritakan apa yang telah berlaku, bagaimana beliau serta wakil2 lain telah berjumpa dengan pihak gereja, dengan pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan malah pernah menghadiri perjumpaan dengan pelbagai pihak dalam perjuangan mereka.
Untuk artikel pertama ini, cukup sekadar saya tuliskan yang pihak tuan tanah ( saya tidak mahu gunakan nama pihak gereja kerana tidak mahu isu dipolitikkan ) TIDAK PERNAH berniat mahu menghalau sekolah St Thomas dari tanah mereka. Malah tuantanah TIDAK PERNAH ada apapun isu dengan wujudnya kedua sekolah itu !
Nah, ni dah jadi cerita lain nih.
Persoalan mula timbul - Kalau tuantanah sendiri tidak halau sekolah tersebut, kenapa perlu kerajaan pindahkan ?
Dan kenapa yang TERGESA-GESA nak kosongkan tanah sedangkan tuantanah sendiri tak kisah pun ?
Saya akan cuba selidik isu ini dan cari jawapannya. Dalam waktu terdekat saya sendiri akan bertemu dan temuramah tuantanah untuk dapatkan cerita dipihaknya. Seperkara yang saya perasan, tidak ada respon pun disiarkan dari tuantanah.
Siapa sebenarnya yang halau / berusaha pindahkan sekolah itu dan kenapa ?
Kalau benar tuantanah bertindak kejam menghalau kedua sekolah itu, saya ingin tahu apakah projek yang begitu penting untuk dikosongkan tanah itu.
Ada perkara LAIN yang terlibat dalam kes ini ...... apa dia ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan