salam

Rabu, 23 Oktober 2013

Paginya Islam, petangnya kafir... @Malamnya Cintakan Rasul Siangnya Menentang Rasul

Rasulullah s.a.w berpesan,

"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada ummatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita"
Para sahabat bertanya, "Apakah fitnah terbesar itu Ya Rasulullah..?"Rasulullah menjawab,
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat ummatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu Ya Rasulullah..?"Baginda s.a.w menjawab,

"Sebab dia MENJUAL AGAMANYA DENGAN NILAI DUNIA."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monolog hati : Ramai yang kata nak perjuangkan agama, namun perjuangan yang bagaimana anda semua ingin turuti...? Adakah dengan membutakan hati, menidakkan yang haq dan membenarkan kezaliman apabila dihadapkan dengan habuan dunia dikatakan memperjuangkan agama...? Adakah dengan cara menghina para ulama' penyambung risalah nabi diangkat menjadi pejuang kalian...? Adakah dengan sekadar ber'bin' dan ber'binti'kan nama Islam sudah cukup membuatkan kalian layak digelar pejuang agama...?

Allahu Rabbi... Masakan tidak. Siangnya beriman, malamnya kufur.. Paginya memperjuangkan kebenaran, malamnya menjadi juara kebatilan... Hidup memperjuangkan kabaikan, matinya dalam kejahatan...

Kerana apa...?

Kerana iman itu letaknya di suatu tempat yang sering berbolak balik, iaitu HATI...

Sabda nabi s.a.w, "Dunia adalah (ibarat) penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir." [H.R Muslim]
Wallahualam 



                     Mungkin kata-kata ini agak keterlaluan. Tetapi inilah hakikat dan kenyataannya. Adakah cukup sekadar bagi kaum politisi menghadiri majlis ‘Malam Cinta Rasul’ yang dipenuhi dengan alunan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, tetapi pada masa yang sama, beliau-beliau tetap tegar bersama-sama penguasa negeri ini untuk terus menolak sunnah Nabi daripada diterapkan dalam seluruh aspek pemerintahan. Faktanya, Indonesia pada saat ini terus membakul sampahkan hukum-hukum Al-Quran dan As-Sunnah dalam mengatur kehidupan bernegara dan bermasyarakat. 
  
          Adakah cukup dengan kita sekadar meluahkan di bibir bahawa kita cintakan Rasul, tetapi dalam masa yang sama sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW yang wajib hukumnya kita abaikan? Bukankah itu menunjukkan bahawa kita sedang berpura-pura dan mempermainkan baginda SAW? Bukankah ini suatu penghinaan terhadap Rasulullah SAW selaku utusan Allah SWT ?, Sedangkan kita semua sudah sedia maklum bahawa Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang terbaik bagi kita dalam seluruh aspek kehidupan termasuklah dalam bab pemerintahan. Ketahuilah bahawa sunnah Nabi yang paling besar adalah menegakkan Negara Islam.
Bagaimana mungkin mereka mengatakan bahawa mereka itu mencintai Rasul tetapi dalam masa yang sama mereka jugalah pemimpin-pemimpin bangsa yang menolak tegaknya hukum Islam dinegeri ini, yang juga pernah mengatakan bahawa perlaksanaan hukum Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di Indonesia . Inilah kejayaan musuh-musuh Islam dalam menanamkan pemikiran sekular di kalangan umat Islam terutamanya para pemimpin di kalangan mereka. 
Umat Islam yang telah terbius dengan bisa pemikiran sekular ini telah merasakan bahawa cukuplah dengan sekadar membanyakkan bacaan selawat dan qasidah sebagai bukti kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dan tidak lebih daripada itu. 
Sedarlah, kelahiran Rasulullah SAW itu adalah menandakan kelahiran Islam. Islam adalah  sebuah deen yang diturunkan oleh Allah SWT kepada baginda SAW untuk mengatur urusan manusia dengan Rabbnya, mengatur urusan manusia dengan dirinya sendiri, dan juga mengatur urusan manusia dengan manusia yang lain. Inilah bukti kesempurnaan Islam sebagai suatu cara hidup. Jika dahulu para sahabat yang mengatakan bahawa mereka mencintai Rasulullah SAW, mereka telah menterjemahkan nilai dan harga kecintaan itu dengan berjuang bersama-sama Rasul untuk menegakkan kehidupan Islam dalam kehidupan mereka. 
Buktinya adalah dengan keberhasilan tertegaknya sebuah Daulah Islam di Madinah, seterusnya dikembangkan kehidupan Islam dan Negara Islam ini sehinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki, memerintah dunia selama lebih daripada 1300 tahun dan merangkumi dua pertiga dunia.
 Sungguh malang pada hari ini, pemahaman sebegini sudah sukar untuk kita dapati. Apa yang wujud hanyalah sekadar bacaan dan laungan yang bersifat ruhiyah untuk membuktikan kononnya kita adalah pencinta agung Rasulullah SAW. Sudah sampai masanya umat Islam hari ini dikejutkan daripada khayalan mimpi yang memandulkan fikrah (pemikiran)dan thariqah (jalan) mereka daripada Islam yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...