Brunei laksana hukum Hudud
BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei,
Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud
di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas
pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod
Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti
dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis
tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang
Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara
berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000
penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan
selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan
iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan
undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol
serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada
diadakan secara terbuka. - AGENSI
DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan
tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan
sama sekali.
“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi
saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan
apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya
kepada media pada 28 Julai 201 (klik).
Sebelum ini, Aziz Bari, pensyarah yang menjadi rujukan pembangkang pernah mengesahkan dalam
Harakah, bahawa PAS boleh melaksanakan hukum hudud dengan sendirinya di
Kelantan tanpa campur tangan kerajaan pusat.
Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,
bidang kuasa yang
terhad menyebabkan hasrat melaksanakan hudud di Kelantan masih tertunda
untuk ditunaikan. Pas masih belum boleh melaksanakan hukuman hudud
walaupun beberapa kali
melakukan perbincangan dan memperjuangkannya untuk direalisasikan di
negara ini.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah
menyatakan Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya PR menang
di Putrajaya pada PRU13 Mei lalu walaupun ditentang parti komponennya,
DAP.
“Walaupun kita memerintah Kelantan dan Selangor serta pernah memerintah
Terengganu, tetapi kuasa penentu masih di tangan Kerajaan Persekutuan.
“Sebab itu kita perlukan semua kesepakatan dan syarat melaksanakan
undang-undang Islam, ia mesti lengkap terlebih dahulu,” katanya.
Apapon sikap Pas dalam isu hudud, kerajaan yang diterajui UMNO
sepatutnya tidak boleh berdiam diri dan buat-buat tak faham tentang isu
ini.
Selagi kamu beragama Islam, tanggung jawab tidak terlepas. Oleh itu,
UMNO juga perlu membuat perancangan ke arah memperkasakan undang-undang
syariah negara ini ke arah memasukkan undang-undang hudud di dalamnya.
Jangan hanya terus dengan memberi alasan lapuk yang sudah tidak diterima
oleh umat Islam negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan