Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.
Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok.
“Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat,” katanya ditemui di lobi Parlimen.
Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600.
Harakah
KUALA LUMPUR - Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang
diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan menjerat
golongan berpendapatan rendah.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, pengumuman pelaksanaan GST dalam Bajet 2014 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PR.
“Pengenalan cukai GST ini pasti membebankan golongan berpendapatan rendah, iaitu kalau ada hujah yang mengatakan GST ini memacukan pelaburan dan simpanan, saya tidak nampak asasnya perkara ini, tetapi mungkin ia lebih sesuai untuk golongan kaya kerana pendapatan mereka lebih besar.
“Jadi mereka boleh peruntukan dan boleh bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tapi tidak untuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bajet selepas pilihan raya menambah beban rakyat berbanding Bajet 2013 yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.
“Ini adalah belanjawan pasca pilihan raya dan sebab itu kita tidak nampak sebarang imbuhan untuk memancing undi. Tetapi merupakan bajet orang kaya dan menekan berpendapatan rendah.
“Apabila berbicara soal miskin bukan kita berbicara miskin tegar dan keperluan isi rumah, tapi dengan adanya GST ini ia akan memberi beban termasuk mereka yang baru berkahwin, baru dapat kerja dan mereka yang ada ramai anak,” katanya.
Artikel Berkaitan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan