Menurut Najib, BR1M akan dinaikkan dari RM500 kepada RM650 + Rm50 insuran i-Br1m = RM700. Dan yang bergaji RM3k-4k juga akan menikmati BR1M sebanyak RM450 + RM50 i-Br1m.
Malas saya nak ungkit desas-desus sebelum ini yang kata BR1M kononnya akan dinaikkan kepada RM1k. Kalau tak silap, masa kempen PRU dulu, RM1k adalah angka yang dihebuh2kan semua orang. Sebab itu pengumuman BR1M semalam tidak mendapat tepukan riuh wakil2 BN sendiri sebagaimana biasa ( biasanya riuh bunyi tepukan meja ). Diorang pun tak berapa bersemangat gamaknya.....
Dalam fikiran ramai saya percaya ada yang membandingkan kenaikan RM150 itu dengan kesan pemansuhan subsidi gula ! Tidak kurang juga membandingkan dengan kenaikan harga petrol 20 sen baru ni yang banyak dikaitkan dengan BR1M.
Pandai Najib menaikkan terlebih dahulu harga petrol jadi tak perlu diumumkan dalam Bajet. Jadi taklah Bajet 2014 itu dilihat lebih banyak mengAMBIL berbanding Bajet 2013 yang lebih banyak memBERI. Terlalu banyak bezanya Bajet sebelum dan selepas PRU13, ek .....
Apapun, artikel ini saya cuma nak minta pencerahan mengenai cara pembayaran BR1M itu yang tidak disentuh oleh Najib semalam. Saya kaitkan dengan pengumuman
Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan penerimanya dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah dengan berbelanja mengikut keperluan.- Utusan 29 Sept.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan