salam

Jumaat, 23 Ogos 2013

ADAKAH AMALAN KRONI MEMANG DAH SEBATI DENGAN UMNO?? @najib

Pendedahan: Bukti 'Six Million Dollar Man' Lantik Menantu Sebagai Setiausaha Sulit Di Kementeriannya @NajibRazak

Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita online mengenai menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz yang bekerja di bawah kementeriannya.
Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata:
"Siapa mereka? Saya tidak perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu mengenai pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti sejak 40 tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada 1987?."
Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya.
Tajuddin mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat.
"Saya tahu mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. Saya tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu terlibat sama dalam permainan politik murahan seperti ini," katanya.
Tajuddin yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Salak, turut didakwa mempengaruhi ahli Umno bahagian itu supaya memilih dua orang anaknya yaitu Dr Faizal sebagai ketua pemuda bahagian manakala Seri Rahayu sebagai ketua puteri bahagian didalam pemilihan Oktober ini. Berita mengenainya klik di SINI.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli keluarga boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun mereka tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun Oleh kerajaan.
Hebat sungguh Datuk Tajuddin bermain lidah, jika tidak masakan disebut sebagai ahli politik!, tapi masihkan relevan buat Umno dipimpin oleh pemimpin seperti Tajuddin ? Ketika mana ahli bawahan Umno mengharapkan perubahan dan keinsafan pimpinan atasan, Pemimpin Umno seperti Tajuddin langsung tidak mempedulikan mengenai perkara itu. Apa yang mereka fikir adalah merebut apa saja kesempatan yang ada dalam mengkayakan diri sendiri dan juga kroni.
Apapun yang didolak-dalihkan oleh Tajuddin mengenai menantunya yang memang terbukti berkerja di kementeriannya sebagai Setiausaha Sulit kepada beliau, terpulanglah untuk anda semua menilainya.
Siapa ni ? Amboiii!!! Bergayanya menantu Menteri, biasalah menantu Menteri katakan...!

Namun, perlu disedari, pemimpin yang terkenal dengan jolokan 'Six million dollar man' ini juga pernah dipecat pada 1995 oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta bagi merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut didakwa menerima projek pembinaan UiTM di Tapah yang bernilai RM1.3 bilion menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd walaupun syarikatnya itu tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.

Selain itu, kesamseng-ngan beliau juga dilaporkan telah menampar beberapa individu yang terdiri dikalangan ahli Umno, pemandunya serta wartawan. Didalam parlimen pula, keintelektualan beliau sering diragui dan pada masa sama dipertikaikan oleh MP yang lain ekoran kenyataan yang keluar dari mulut beliau selalunya bersifat kurang cerdik, jumud, porno dan seumpama dengannya. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Bakal menyusul cerita dari Kelantan, bapa Saudara Penyelaras DUN, anak saudara pula Penggawa
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...