salam

Ahad, 1 Julai 2018

Nostalgia : Penafian dan Pengakuan Tentang 2.6 billion dlm akaun peribadi DS Najib


 

Mula-Mula Tiada, Lepastu Ada. Ini 8 Kenyataan Putar Belit UMNO Tentang Derma RM2.6 Bilion

Jika orang tanya dapat duit banyak-banyak dari mana? Apa akan anda jawab? Hanya UMNO boleh beri jawapan.



  • Pada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai
    RM2.6 bilion dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
    Tun Razak.




    • The Wall Street Journal melaporkan bahawa
      penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion)
      telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib.






  • Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau:





  • Kenyataan #1: Datuk Ahmad Maslan nafi Najib terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi



    • “Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana
      Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan
      taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu. Beliau
      tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” kata Ahmad
      Maslan.






      freemalaysiatoday.com






  • Kenyataan #2: Menyatakan ia adalah konspirasi pembangkang



    • Selepas isu itu menjadi viral, Najib mendakwa bahawa beliau
      difitnah dan ia mungkin juga konspirasi dari pembangkang yang ingin
      menjatuhkannya.

      Walaupun begitu, tiada sebarang bukti yang mengatakan ini adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan Najib.







  • Kenyataan #3: Ingin mengeluarkan saman terhadap Wall Street Journal



    • Kedengaran juga selepas isu itu menjadi buah mulut orang ramai, Najib hendak mengenakan saman terhadap Wall Street Journal kerana baginya itu adalah satu fitnah yang ingin menjatuhkan imej dirinya sebagai pemimpin negara.

      Bagaimanapun, ternyata tiada sebarang saman dibuat oleh Najib. Adakah ini bermaksud Najib mengakui laporan yang dibuat WSJ?





    • Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman
      fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS)
      kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh
      nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.






      themalaysianinsider.com





  • Kenyataan #4: Tiba-tiba mengaku ada RM2.6 bilion tapi itu bukan duit rakyat mahupun 1MDB



    • Selepas isu tersebut menjadi bualan ramai, ada yang mendakwa itu
      sebenarnya adalah duit rakyat yang 'dirompak' kerajaan selama ini dan
      ada juga yang mengatakan ia adalah wang dari akaun 1MDB yang turut
      menjadi isu hangat ketika itu.

      Tetapi, Najib tetap menafikan tuduhan tersebut.





    • “Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang
      didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri
      Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,”
      kata SPRM.






      malaysiakini.com





  • Kenyataan #5: Mengaku terima wang tersebut tetapi ia sebenarnya duit derma



    • Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan
      mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun
      peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi perhatian.

      Video
      sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu
      berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri
      Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir
      Sheikh Fadzir.






      malaysiakini.com








    • Dan setelah isu itu menjadi viral, Najib akhirnya mengaku bahawa
      memang beliau menerima sejumlah wang tersebut tetapi hanyalah atas
      sebab derma dan tiada kena-mengena dengan wang rakyat seperti yang
      didakwa.






  • Kenyataan #6: Memberitahu bahawa duit derma tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi



    • Najib akhirnya mendedahkan bawah dana itu disumbang oleh kerajaan
      Arab Saudi tanpa niat lain selain sebagai tanda penghargaan negara
      tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.




    • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
      beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur
      Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib
      Razak.






      themalaysianinsider.com



    • Dalam perjumpaannya itu, Zahid memberitahu Malaysia bukan
      satu-satunya negara yang mereka salurkan sumbangan tetapi terdapat
      banyak negara lain yang mesra Islam yang turut mereka beri derma.





    • Dalam masa yang sama, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu yang besar.




    • Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya
      seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat
      kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut
      menerimanya.






      themalaysianinsider.com





  • Kenyataan #7: Guna dana untuk kemajuan parti



    • Setelah itu, Najib memberitahu bahawa dana tersebut akan digunakan untuk kemajuan parti.




    • Tujuan utama sumbangan berkenaan diberikan kepada kerajaan yang
      ditunjangi UMNO ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan
      perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.






      sinarharian.com.my




    • Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat tiga sebab mengapa 'dana khas' ini diberi.

      1.
      Pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus
      untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat
      keharmonian global.

      2. Umno juga yang diterajui
      Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan
      mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang
      menyeleweng daripada Islam sebenar.

      3. Derma
      berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara
      sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada
      masyarakat pelbagai kaum






  • Kenyataan #8: Duit derma dipulangkan semula. Hmmm kenapa?



    • Dan semalam media melaporkan bahawa Najib memulangkan semula
      sebahagian besar dana Rm2.6 bilion yang diterima daripada keluarga
      diraja Arab Saudi.




    • Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sebanyak
      USD620 juta atau RM2.03 bilion dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana
      tidak digunakan.






      freemalaysiatoday.com



    • Menurutnya lagi, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan
      dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, beliau berpuas hati bahawa
      tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08
      bilion tersebut.







  • Menariknya, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui sebarang berita mengenai derma ini. Eh?




    • Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi
      tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu
      kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

      “Pegawai-pegawai
      kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan
      pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat
      berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi
      pemimpin luar tidak mempunyai duluan," menurut laporan WSJ.






      malaysiakini.com



    • Pulak dah?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...