salam

Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan

Rabu, 23 Oktober 2013

ALLAH MAHA BESAR .. BRUNEI BERJAYA LAKSANA HUKUM HUDUD BERBANDING MALAYSIA DAN KELANTAN


 

                                 

Brunei laksana hukum Hudud

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.



"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI
          


DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media pada
28 Julai 201 (klik).

Sebelum ini, Aziz Bari, pensyarah yang menjadi rujukan pembangkang pernah mengesahkan dalam Harakah, bahawa PAS boleh melaksanakan hukum hudud dengan sendirinya di Kelantan tanpa campur tangan kerajaan pusat.

Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bidang kuasa yang terhad menyebabkan hasrat melaksanakan hudud di Kelantan masih tertunda untuk ditunaikan. Pas masih belum boleh melaksanakan hukuman hudud walaupun beberapa kali melakukan perbincangan dan memperjuangkannya untuk direalisasikan di negara ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13 Mei lalu walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

“Walaupun kita memerintah Kelantan dan Selangor serta pernah memerintah Terengganu, tetapi kuasa penentu masih di tangan Kerajaan Persekutuan.

“Sebab itu kita perlukan semua kesepakatan dan syarat melaksanakan undang-undang Islam, ia mesti lengkap terlebih dahulu,” katanya.
 
Apapon sikap Pas dalam isu hudud, kerajaan yang diterajui UMNO sepatutnya tidak boleh berdiam diri dan buat-buat tak faham tentang isu ini.

Selagi kamu beragama Islam, tanggung jawab tidak terlepas. Oleh itu, UMNO juga perlu membuat perancangan ke arah memperkasakan undang-undang syariah negara ini ke arah memasukkan undang-undang hudud di dalamnya. Jangan hanya terus dengan memberi alasan lapuk yang sudah tidak diterima oleh umat Islam negara ini.


Selasa, 20 Ogos 2013

Umat Melayu Islam Wajib Sokong dan Taat Dengan Hukum Hudud

Penjelasan perlaksanaan Hudud

Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam.

Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan .

 Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah.

Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang.

Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru.

Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan. Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas.

Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaiakan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadanr kes jenayah.

Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud,

Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...