salam

Memaparkan catatan dengan label kalimah Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalimah Allah. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA


A086 Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
(Az-Zukhruf 43:86) |
A087 Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
(Az-Zukhruf 43:87)
A088 Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
(Az-Zukhruf 43:88
A089 (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "
(Az-Zukhruf 43:89


                      
 Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah
seakan dipermainkan. Kalimah Allah yang termaktub berulang kali di dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar
sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah
SWT yang Maha Agung.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh.
Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-
Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:
“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah
sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru
dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah
merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan
Islam.
Sebagai contoh, ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik
tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu.
Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan
dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang
perihal turunnya ayat ini.
Berkata ‘Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak
Allah. Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi
pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan. Orang musyrikin pula
mengatakan: Kami menyembah berhala. Lalu Allah SWT menurunkan ke atas
Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”
.
Tidak mengira apa jua agama, sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenal siapa
itu Allah? Apakah makna sebenar di sebalik nama itu? Jika itu semua tidak diketahui
dan dimengerti, maka mereka sekali-kali tidak layak untuk menggunakan kalimah
Allah.
Bagi membincangkan lebih lanjut isu ini, penulis bentangkan di sini hujjah-hujjah
yang menjelaskan apakah sebenarnya hakikat kalimah Allah SWT menurut
pemikiran dan aqidah Islam. Apakah signifikannya Allah SWT menjadikan kalimah
tersebut sebagai merujuk kepada zat-Nya Yang Maha Agung?
1. Kalimah Allah menurut satu pendapat yang lemah ialah kata nama yang kaku
(jamid). Iaitu bukan berbentuk kata terbitan yang berasal daripada kata dasar
tertentu. Ini kerana sesuatu kata terbitan mesti mempunyai akar perkataannya yang
tertentu. Sedangkan nama Allah SWT itu bersifat sediakala (qadim). Qadim pula
ialah sesuatu yang tidak mempunyai unsur asas atau asal. Ia menyerupai kesemua
kata-kata nama khas yang tidak mempunyai asal tertentu serta tidak mempunyai
sebarang maksud di sebalik penamaannya.
2. Bagaimanapun pendapat yang benar, kata nama Allah itu ialah kata terbitan yang
mempunyai kata dasar tertentu. Namun para ulama berbeza pandangan tentang asal
kalimah Allah tersebut. Pendapat yang tepat ia berasal daripada kalimah alahaya’lahu-
uluhatan-ilahatan-ilahiyyatan .  Ia membawa maksud ‘abada-‘ibadatan  iaitu menyembah dan penyembahan. Daripada timbangan (wazan) ini lahirnya kalimah ilah yang bermaksud ma’luh  iaitu “yang
disembah” (ma‘bud).
Berasaskan pendapat ini, Ibn ‘Abbas r.a. pernah berkata: “Allah yang memiliki (sifat)
ketuhanan (al-ilahiyyah) dan kehambaan (al-‘ubudiyyah) ke atas seluruh makhluk-
Nya”.

Di kalangan ahli nahu Arab termasyhur juga berpandangan sedemikian. Misalnya al-
Kisa’i dan al-Farra’ mengatakan kalimah Allah itu berasal daripada kata al-ilah.
Kemudian mereka membuang huruf hamzah dan menggabungkan (idgham) huruf
lam yang pertama ke dalam huruf lam yang kedua. Kemudian terbentuk satu lam
yang disabdukan (tasydid) dan dibaca dengan tebal dan berat.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula berkata: “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang
mempunyai asal, di mana asal katanya ialah al-ilah. Ini sebagaimana pendapat ahli
bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang
berpendapat meragukan (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakup seluruh
makna al-Asma’ al-Husna dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi.
Orang yang mengatakan bahawa ia adalah kata terbitan, mereka mahu
menunjukkan kalimah Allah itu mengandungi makna sifat bagi Allah SWT. Iaitu alilahiyyah
(ketuhanan) sebagaimana al-Asma’ al-Husna yang lainnya seperti al-Basir
(Maha Melihat), al-Sami‘ (Maha Mendengar), al-Qadir (Maha Berkuasa), al-‘Alim
(Maha Mengetahui) dan sebagainya.
Tidak diragukan lagi bahawa nama-nama ini merupakan terbitan daripada kata
dasarnya sedangkan nama-nama tersebut kekal bersifat qadim. Maksud nama-nama
tersebut ialah kata terbitan, iaitu dari segi lafaz dan maknanya yang bertemu dengan
kata-kata dasarnya. Bukan bererti nama atau sifat itu lahir seumpama lahirnya
cabang daripada asal. Penamaan ahli nahu terhadap kata dasar dan kata terbitan itu
dengan asal dan cabang bukan bermaksud salah satu daripada keduanya lahir
daripada yang lain, tetapi ia memberi makna salah satu daripada keduanya
mengandungi yang lain malah terdapat penambahan”.
Abu Ja’far ibn Jarir pula mengatakan: “Lafaz Allah itu berasal daripada kata al-ilah.
Kemudian hamzahnya yang merupakan fa’ al-ism (iaitu sebutan dalam ilmu saraf
bagi hamzah yang ada pada kata ilah, kerana wazan atau timbangan kata ilah
adalah fi‘alun) digugurkan atau dibuang. Kemudian huruf lam yang merupakan ‘ain
al-ism bertemu dengan lam tambahan yang barisnya mati, lalu masing-masing
digabungkan kepada yang lain.
Maka kedua-duanya menjadi satu lam yang disabdukan. Manakala takwilan (tafsiran)
kalimah Allah pula ianya berasaskan apa yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a.
bahawa “Dia lah (Allah) yang mempertuhankan-Nya segala sesuatu (ya’lahuhu kullu
syai’in), dan yang disembahi oleh seluruh makhluk (ya‘buduhu kullu khalqin)”.

3. Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa
diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis.
Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata:
Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam menerangkan keistimewaan nama Allah menyebut: “Nama yang mulia ini memiliki sepuluh karakteristik lafaz…tentang karateristik
maknawinya, makhluk Allah yang paling berilmu, iaitu Rasulullah SAW bersabda:
Aku tidak dapat memuji Engkau sepenuh dan sesempurna yang semestinya. Engkau
sebagaimana Engkau memuji diri-Mu
(selesai sabda).
Ibn Qayyim kemudiannya menjelaskan lagi bahawa penamaan Allah itu
menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan
disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan,
pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan
musibah yang menimpa.
Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Ia bukanlah satu kalimah
yang sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata.
Sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah atau agama bagi orang
yang menggunakannya. Oleh itu penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara
oleh kerajaan demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama Yang
Maha Agung itu.
Oleh itu keputusan kerajaan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah
dalam penerbitan bukan Islam, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam
mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006 adalah amat
bertepatan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Malah penggunaan kalimah
Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat
Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh
5 Disember 1986.
Sumber,
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kalimah Allah - Apa Yang Melayu Wajib Tahu

Tokman

Di era tahun 2013 tekanan keatas kepercayaan ad deen orang Islam di gugat sekali lagi olih geng geng katolik. Mengikut data yang terbit diinternet yang kesahihannya saya tak dapat pastikan lebih satu juta mat indon menganut agama katolik setiap tahun.


Pihak gereja katolik mula mendesak untuk guna Allah sebagai rujukan sebagai tuhan mereka adalah apabila seorang rahib mereka pulang ke Belanda dan cadangkan supaya tuhan mereka di transformasi ke Allah kononnya agar dapat mereapatkan hubungan antara kaum pendatang dari Afrika [Algeria/Morocco dll] dengan kaum kristen di Belanda. Namun demikian orang Belanda tidak dapat menerima cadangan padri ini dan juga padri padri nampaknya dingin terhadap idea Allah sebagai tuhan mereka.

Dasar Cloak dan Dagger Gereja Katolik
-------------------------------------

Apabila perang salib dimenangi olih geng katolik dan juga protestan, Gereja telah menganiayai jutaan pengikut Islam dengan dasar kejam 'inquisition' memaksa penduduk Islam untuk tinggalkan Islam. Berbagai jenis alat seksaan telah direka untuk tujuan ini. Baca google! Kerajaan England juga telah dipermainkan dek gereja katolik yang menguasai Perancis dan Spain.

Lihat ajelah kekejaman yang dilakukan keatas native di Amerika Selatan -emas mereka dirompak;pompuan mereka dirogol dan jantan mereka diperhambakan! Laknatullah Katolik Pendek kata falsafah hidup mereka berdasarkan 'organised crime' yang berpengkalan di Vatican city.

Tontonlah wayang Elizabeth 1 dan Elizabeth 11[wajib tonton] untuk kenali dakyah tipu helah geng katolik ini. Sebenarnya mereka adalah musuh Islam yang nyata! Fikirlah omputih British berkuasa di Tanah Melayu lebih 100 tahun.

Adakah mereka membuat dasar untuk mat mat melayu di Tanah melayu- Mat sekarang tuhan aku Jesus pun aku nak panggil Allah? Jelas, tidak ada dasar sedemikian. Jadi alasan yang katolik dah guna Allah lebih 100 tahun bolih ditongsampahkan. Yang penting saya ingin tekankan ini Tanah Melayu.

Base Melayu adalah base rasmi Negara walaupun saya bertutur Inglis setiap hari! Jadi bila kita import Arab dalama urusan sebagai alasan -kalau di arab ok- perbuatan itu tak relevan. Kalau mereka suka membuntut [buttf**k] di dalam hal kelamin mereka, itu hal mereka! Peduli apa kita! Seterusnya ikutilah pandangan saya- , . saudara pembaca yang saya hormati.

Ada kebenaran apa yang dihuraikan olih Tuan Noh gadut itu. Kenyataan yang di keluarkan dek Asri diberikan bogel tanpa penjelasan dan huraian latar belakang sejarah asal usul agama di dalam dunia Arab. Arab sebelum adanya Muhammad SAW memeluki agama yang dipimpin olih Nabi Musa dan di ikuti pula olih Nabi Isa [alaihi salam ] Pengikut nabi Musa [geng yahudi] dan pengikut nabi Isa [dikenali sekarang sebagai Agama Nabi Isa [Kristus] atau Kristian.

Saya fokus bicara kepada agama yang dipimpin Nabi Isa yang jelas ajarkan Allah adalah tuhan yang satu dan beliau adalah nabinya. Jadi bila se orang Arab kristian s ebut Allah- ianya jelas yang Allah yang dia rujuk itu adalah Allah yang satu.

Selepas Nabi Isa 'dibunuh' olih musuhnya , seorang penduduk kampongnya ,Paul, telah mereka [membuat cerita] ahawa nabi Isa telang pulang sebagai hantu pontianak] atau holy ghost dan mengadakan entiti Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Holy Ghost [pontianak] didalam konsep ketuhanan aru untuk pengikut pengikut kristian yang diterajui olih Gereja Katolik di atican [satu erkampongan -negeri di Roma, Itali.

Ada lebih 100 juta kristian unitarian dan seangkatan dengannya yang membawa pemikiran bahawa Allah dalah satu dan Isa adalah nabinya di US dan merata dunia. Google unitarian church dan lihatlah sendiri. Dan ereka adalah berhak untuk memanggil Allah sebagai tuhan mereka! Walau apapun yang berlaku di dunia Arab, atau di Indonesia kita melayu Malaysia mesti ada pegangan.

Bahasa rasmi negara adalah Bahasa Malaysia- bukan base Arab. Dan gereja katolik bila ianya merujuk kepada tuhan ianya mengikut baris pertama di dalam bible- adalah Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Pontianak [holy host] . Pontianak di salahterjemahkan sebagai roh kudus. Tuan tuan sedia maklum roh adalah ciri ciri Manusia bukan tuhan. Olih kerana takut digelakkad dek Atheis dan agamawan lain holy ghost sudah ditukarkan the holy spirit baru baru ini! Roh ditiupkan kepada setiap nyawa yang dilahirkan dan ianya diambil olih malaikat apabila nyawa kita dicabut. .

Apakah ciri ciri [attributes ] Allah dan manusia- Tiada mula atau akhir [Allah is omniprescient-infinite] Roh manusia adalah finite [ada had ada hari-hadari!]

Bila muslim bolih jatuh murtad?
-------------------------------------

Bila kita samakan Allah yang satu kepada tuhan 3 dalam 1 -tuhan yang dianuti dek pegangan katolik-nauzubillah . . .

Akhirkata
---------

Loyar loyar melayu senyap bila Majlis peguam hentam gomen yang diterajui olih mat Melayu kau kau semasa 'bersih' dulu. Tapi Majlis yang di terajui dan dipenuhi olih kolings dan chingkies tak ambil tindakan untuk buang Pundek Lingam dari senarai Loyar . Keikhlasan n integriti loyar propeser ngangkang Bari dan geng geng sekutunya khususnya Ambiga-'bersin' sebagai Ahli/Presiden Majlis sangat sangat diragui.

Ada kemungkinan propeser melayu tidak kompeten dalam BI -kerana tergolongdalam geng geng ' mat-me-no-spik/read-inglis ' yang sukar memahami bible setebal 400 muka surat itu. "

Khamis, 17 Oktober 2013

Ceramah Isu Penggunaan Kalimah Allah - Ustaz Fauzi Asmuni




Majalah mingguan Katolik,The Herald,dilarang oleh Mahkamah Rayuan pada pagi Isnin,14 Oktober daripada menggunakan kalimah Allah untuk membawa maksud Tuhan dalam penerbitannya.Seharusnya kemelut isu kalimah Allah ini selesai.Namun editor majalah berkenaan,Paderi Lawrence Andrew yang menzahirkan rasa kecewa akan keputusan itu berkata,pihaknya merancang untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Ini bermakna bahawa isu ini mungkin belum muktamad.Jika tindakan itu diambil,pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mewakili kerajaan perlu “turun padang” sekali lagi untuk menghadapi pusingan perbicaraan baru.Lantas, pihak yang bersujud syukur di luar perkarangan Mahkamah atas keputusan Mahkamah Rayuan pagi Isnin 14 Oktober perlu insaf bahawa Allah baru memberi “separuh kemenangan” pada perjuangan mereka yang berpaksikan keyakinan Allah tidak boleh disalahanggap sebagai mempunyai ciri-ciri Tuhan Kristian – Tuhan,anak Tuhan dan Ruhul Kudus! 
Mahkamah Tinggi tersilap,kata hakim
Hakim Mahkamah Persekutuan,Apandi Ali,yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan,Abdul Aziz Abdul Rahim dan Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi silap apabila membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan perintah larangan berkenaan.“Pengamatan kami ialah kalimah Allah bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah Allah dalam penerbitan mingguan mereka.“Jika penggunaan ini diizinkan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat,” kata Hakim Apandi Ali ketika membacakan ringkasan keputusan mereka.
Turut hadir di mahkamah ialah setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia,Hermen Shastri,bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Md Isa dan Naib Presiden Perkasa,Datuk Zulkifli Nordin.Pada 31 Disember 2009,Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,Lau Bee Lan memutuskan bahawa perintah KDN mengharamkan kalimah Allah di dalam penerbitan Kristian adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.Pada 10 September tahun ini,KDN dan kerajaan Malaysia mengemukakan hujah kepada kepada Mahkamah Rayuan mengapa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak wajar. Jika pihak gereja Katolik meneruskan rancangan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ini bermakna ia masih mempunyai alasan dan bukti bahawa kalimah Allah memang sebahagian teras kepercayaan mereka.Sepanjang isu ini tercetus bukan sahaja pihak yang menuntut (gereja) sahaja yang tegas mahu larangan penggunaan kalimah Allah dibatalkan,malah pejuang kebebasan hak asasi manusia dan parti-parti politik juga mahu kerajaan berundur daripada pendiriannya.

YAHUDI Sudah Mula Gerakan Hati2 Malaysia !!

Semua pihak di Malaysia sudah sedia maklum Mahkamah Rayuan sudah pun membuat keputusan sebulat suara untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ’Allah’ dalam versi bahasa Malaysia penerbitan itu.
Oleh yang demikian maka kalimah Allah berjaya di pertahankan oleh orang-orang Islam dan kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.Maka dengan asas itu bererti kalimah Allah tidak boleh di guna pakai sewenang-wenangnya oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Dalam masa yang sama MMI agak pelik kenapa agaknya puak-puak bukan Islam begitu bersungguh-sungguh bertegas mahu menggunakan kalimah tersebut ? Selama ini di semenanjung Malaysia tidak pernah berlaku rungutan mahupun tindakan terkinja-kinja dari puak-puak kafir ni yang mahu menggunakan kalimah Allah.
Barangkali kerana faktor politik yang keterlaluan telah menyebabkan puak-puak ni jadi lagu ni.Malah paling menyakitkan hati apabila ada di kalangan mereka-mereka yang mengaku pejuang Islam boleh pula bersekongkol dengan puak-puak ini.Nauzubillah !!
Pada pandangan MMI , tindakan puak-puak ini tidak ubah seperti orang yang tak percaya tuhan sendiri.Jika kalimah Allah di lihat sebagai kalimah terbaik maka jalan mudahnya adalah dengan memeluk Islam bukannya berjuang untuk menggunakan kalimah tersebut bagi kegunaan agama lain.
Kalau dalam Islam , tindakan umatnya yang mahu menggunakan nama lain selain dari nama-nama Allah boleh sampai tahap murtad.Jadi tak salah kalau MMI kata puak-puak kapiaq yang masih berdegil mahu menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka selain Islam , mereka juga sebenarnya murtad dalam agama masing-masing.
Kalau dah sampai tahap itu MMI ingat ampa semua tau lah apa sebenarnya motif puak-puak ni..
Dalam pada tu ada pula puak-puak kat luar sana yang masih tetap nak gunakan kalimah Allah !! Siapa lagi kalau bukan si Guan Eng dan parti DAPigs tu !!
DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini.
“Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, kita (DAP) tetap dengan pendirian seperti sebelum ini. Pendirian DAP berhubung isu kalimah ALLAH adalah jelas.
“Saya rasa anda semua tahu apakah pendirian DAP berhubung isu ini, namun pendirian berkenaan tidak mewakili suara pakatan pembangkang,” katanya kepada media semalam.Baca Seterusnya 
Inilah sebenarnya gerakan YAHUDI yang MMI maksudkan !! Puak-puak ini tidak akan berdiam diri selagi mana mereka tidak mampu mencetuskan sesuatu khususnya kekacauan sesama bangsa dan agama di bumi Malaysia.
Mereka jelas tidak pernah menghormati sensitiviti orang-orang Islam di Malaysia.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kalimah Allah: Umat Islam disaran sujud syukur

SHAH ALAM: Umat Islam di negara ini disarankan mengadakan sujud syukur bagi meraikan kemenangan pertama mereka apabila Gereja Katolik hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.





Mengulas lanjut keputusan Mahkamah Rayuan itu, Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali berkata ia adalah petanda awal kemenangan umat Islam dalam usaha kerajaan mempertahankan kesucian agama rasmi negara itu.

"Usaha ini perlulah kita sujud syukur kepada Allah SWT walaupun ini sekadar sesuatu rayuan untuk menangani usaha Kristian yang nak batalkan usaha kita, namun demikian ia adalah satu kemenangan besar bagi umat Islam," katanya.


Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur, Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Ini bermakna Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan oleh kerajaan persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 yang membenarkan gereja itu menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya.

Rayuan itu akan didengar pada 10 September 2013.

Aidit yang turut mengikuti prosiding tersebut di mahkamah pagi tadi juga menyeru semua kepimpinan baik dari parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) agar terus menggembleng tenaga bagi memastikan permohonan pihak gereja tersebut gagal.

"Dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah umat Islam iaitu semua pemimpin umat Islam, majlis agama Islam, raja-raja Melayu, NGO, parti-parti politik yang mengaku diri mereka Muslim, semua kena menggembleng tenaga supaya kita akan menang seterusnya pada rayuan substentif pada 10 September depan.

"Jadi kini adalah masa bukan sekadar untuk kita 'work hard' tapi masa untuk kita 'work smart'. Dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana membuka pintu hati dan pintu hidayat ketiga-tiga hakim yang kebetulan beragama Islam untuk membuat sesuatu yang mana mereka boleh pertahankan di hadapan Allah dan bukan sekadar di hadapan manusia," ulasnya lagi.  

Tambah Aidit lagi, meskipun beliau yakin keputusan mahkamah pada 10 September nanti akan berpihak kepada umat Islam, namun musuh agama rasmi negara itu pasti akan menimbulkan polemik lain bagi memecah-belahkan umat Islam.

Justeru katanya, dengan penyatuan dan sikap komited semua pihak yang berkepentingan dalam memelihara kesucian Islam, usaha dan hasrat musuh Islam ini pasti akan dapat digagalkan.

"Pihak-pihak Kristian ini mereka kena sedar bahawa mereka sekarang bukan sekadar berhadapan dengan ombak-ombak sahaja, (sebaliknya) mereka akan berhadapan dengan tsunami iman umat Islam," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...