salam

Ahad, 2 Disember 2018

Ahmad Maslan PANAS bila maszlee nak masukkan “Isu 1MDB, pemimpin BN meny...


 

Maszlee jamin isu 1MDB masuk sejarah Malaysia

Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Menteri
Pendidikan Maszlee Malik mememberi jaminan skandal 1MDB akan dimasukkan
dalam sejarah Malaysia agar generasi masa depan tidak akan
mengulanginya.
"Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB
akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan
tidak akan mengulanginya.

"Begitu juga dengan jenayah besar yang
dilakukan ahli politik seperti menyamun (harta negara)," katanya di
Dewan Negara ketika sesi soal jawab hari ini.

Maszlee yang berucap bagi kementeriannya berkata demikian ketika menyentuh usaha mengkaji semula subjek Sejarah di sekolah.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Anggota
parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian sebagai mengulas
kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mengingatkan bahawa sejarah
buruk akan diulangi jika rakyat tidak tahu tentang sejarah.

"Jika
kita tidak tahu sejarah, maka berkemungkinan kita akan mengulangi
keburukan sejarah yang pernah dilalui, dan saya ingin tahu ada berapa
sekolah swasta di negara yang mengambil (subjek) Sejarah seperti 60
Sekolah Menengah Persendirian Cina.

"Apakah tajuk dan fakta sejarah yang menjadi kontroversi negara ini?" soal Ahmad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...