salam

Sabtu, 31 Ogos 2013

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia akan memudaratkan kesejahteraan 12.5 juta pekerja di negara ini.
 Presidennya, Khalid Atan berkata, maklum balas diterima daripada organisasi mesra buruh di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain menunjukkan golongan pekerja akan menjadi mangsa kepada perbadanan besar kerana ia mengutamakan keuntungan pemegang saham.

Beliau berkata, perjanjian itu juga meminggirkan banyak konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai hak pekerja dan dengan itu akan mendedahkan pekerja di Malaysia kepada eksploitasi.
Turut menjadi kebimbangan ialah kos penjagaan kesihatan di Malaysia yang kini telahpun meningkat 10 peratus setiap tahun dan akan semakin meningkat ekoran harga ubat yang mahal, sekali gus semakin membebankan pekerja khususnya dalam sektor swasta.


Khalid berkata, perjanjian itu juga akan membenarkan firma AS menggaji pekerja asing dan dengan itu memberi tekanan kepada kadar upah dan menjejaskan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurutnya, perjanjian itu juga akan memberi hak kepada syarikat AS untuk menyaman kerajaan menerusi penyelesaian pertikaian pelabur.

Khalid berharap kerajaan akan memberi pertimbangan serius kepada nasib pekerja dan kesejahteraan negara secara menyeluruh sebelum menandatangani perjanjian itu kerana perbadanan besar akan mengutamakan kepentingan mereka. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2dfgDHspS

PAS Nasihat DAP Tengok Tanda Putera?!

PAS menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP dan semua pihak yang membuat bantahan supaya menonton filem Tanda Putera terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif atau mengambil tindakan drastik menghalang tayangannya.
Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci.
Menurutnya, pihak yang berasakan terdapat kesilapan dalam pembikinan Tanda Putera selepas menonton filem itu boleh membincangkannya secara membina untuk diperbetul bagi kepentingan generasi akan datang.
Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyiarkan filem itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau lokasi khusus bagi semua pemimpin menontonnya dan membuat penilaian.
"Bagi saya filem itu berasaskan fakta sejarah, jadi semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya mesti membuat kajian, buat satu cerapan mengenai fakta-fakta yang mahu dipertontonkan sama ada di peringkat penulis skrip, pengarah atau penerbit.
"Saya yakin kajian sudah dibuat sebab jika tidak dan fakta itu salah, maka akan dikritik, ditohmah dan macam-macam lagi kerana kita tahu sejarah tidak boleh diubah. Cuma untuk berlaku adil saya mencadangkan tontonlah dulu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Filem itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melarang tayangannya di negeri ini kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.
Walau bagaimanapun, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kemudiannya menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.
Mengulas mengenai arahan Guan Eng itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengakui beliau turut keliru dengan kenyataan bercanggah Ketua Menteri berkenaan.
Sementara itu, mengulas cadangannya supaya semua Ahli Parlimen dan Senator dipertontonkan filem tersebut, menurut Takiyuddin, usaha tersebut boleh dilakukan bagi memberi peluang kepada semua pihak menyatakan pandangan dan kritikan.- sumber

Kes Tembak: MyWatch tuduh polis bertanggungjawab

Pemantau jenayah MyWatch menunding jari ke atas pasukan polis terhadap cubaan membunuh ketuanya R. Sri Sanjeevan, selepas sebulan kes tembakan berlalu.

Penasihat MyWatch S. Gobikrishnan semalam mendedahkan Sanjeevan telah menerima satu panggilan telefon ugutan daripada salah sebuah balai polis di Negeri Sembilan sebelum ditembak.

Pemanggil memberi amaran Sanjeevan akan ditembak kerana telah menghubungi Bukit Aman bagi mengadu terhadap aktiviti perjudian yang berleluasa di negeri tersebut.

Gobikrishnan berkata Sanjeevan telah pergi ke balai polis Jelebu untuk mengadu terhadap aktiviti perjudian tetapi mereka tidak mengendahkannya.

"Dia serta-merta menghubungi Bukit Aman dan 15 minit kemudiaan beliau menerima satu panggilan ugutan," kata beliau dalam satu forum "Jenayah semakin parah: Persepsi atau Realiti" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu kota semalam.

Gobikrisnan menambah semakan mendapati rekod panggilan tersebut dibuat daripada balai polis Jelebu, malah laporan juga telah dibuat dengan polis Negeri Sembilan tetapi kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan susulan.

"Alasan diberi adalah mereka tidak dapat mencari individu yang membuat panggilan tersebut," kata Gobikrishnan.

Maklumat tersebut juga disampaikan kepada pengarah siasatan jenayah (CID) pusat Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu mesyuarat di Bukit Aman minggu lepas yang turut dihadiri oleh bapa Sanjeevan, P. Ramakrishnan.

"Kami telah membuat permintaan kepadanya untuk membuka kes tersebut bagi siasatan lanjut," kata Gobikrishnan lagi.

Bulan lepas, beberapa hari selepas tembakan Sanjeevan di Bahau, Gobikrishnan telah dipanggil polis untuk soal-siasat.

Beliau mendakwa pihak polis sebaliknya tidak bertanyakan tentang soalan berkaitan tembakan Sanjeevan, mereka lebih berminat untuk mengetahui tentang komen yang ditulisnya di laman Twitter.

Komennya bertulis, "kongsi gelap lakukannya, dibawah arahan pihak berkuasa", merujuk kepada tembakan ke atas Sanjeevan pada 27 Julai.

Sanjeevan telah ditembak oleh dua suspek yang menunggang motosikal ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bahau.

Minggu lepas, Sanjeevan berjaya menjalani pembedahan bagi membuang peluru pada bahunya dan tulang rusuknya.

Media melaporkan semalam Sanjeevan kelihatan hilang ingatan selepas kembali sedar.

The Star melaporkan bapa Sanjeevan berkata anaknya tidak ingat terhadap cubaan membunuh ke atasnya mahupun mengenali sesiapa.

Doktor berkata Sanjeevan mengalami amnesia berkemungkinan kerana koma selama 10 hari.

Spekulasi kuat mengatakan anggota polis terlibat secara langsung dalam tembakan tersebut. Malah terdapat dakwaan mengatakan kerana Sanjeevan telah melampaui batas. - Minsider

Khamis, 29 Ogos 2013

KIBAR JALUR GEMILANG @ BENDERA MALAYSIA.... TAK DAPAT SAMBUTAN?? SEBAB BN-UMNO YG PERINTAH???

RAKYAT BUKAN TAK SAYANGKAN MALAYSIA, TAPI RAKYAT MELUAT DENGAN PERTADBIRAN UMNO-BN!







Selang beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan negara. Tanggal 31 ogos 1957 negara kita telah mendapat kemerdekaan daripada penjajah (british).

Selepas merdeka, kita diberi kuasa mutlak untuk mengurus tadbir negara kita sendiri.

Kita bangga menjadi anak malaysia di bumi tercinta ini. Yang kaya dengan hasil bumi & minyak.


Tetapi rakyat muak & benci dengan cara pertadbiran umno-bn yang tidak ubah seperti penjajah! Keringat rakyat diperah, kekayaan negara disalurkan kepada kaum kerabat & keroni.

Rakyat terus merintih simpati mengeluh dibumi bertuah ini. Kos sara hidup semakin tinggi, pendapatan rakyat semakiln kecil. Yang kaya terus kaya, yang miskin terus jadi papakedana.

Jika penjajah (british) dahulu merompak kekayaan hasil bumi di tanah melayu, kini umno-bn adalah pewaris mereka melakukan perkara yang sama!

Pemimpin diatas mahu rakyat sentiasa patuh & terima kasih kepada mereka biarpun mereka.menipu!

Apa erti kemerdekaan jika rakyat terus ditindas oleh golongan kapitalis kaum kerabat kroni pemimpin umno?

Semasa pilihanraya umum yang ke 13 lalu, bendera parti pemerintah (BN) mudah diperolehi dengan percuma. Sehingga berlebihan dipasang sehingga ke reban ayam! Tetapi bila menyambut hari kemerdekaan, bendera malaysia perlu dibeli!

Rakyat dah muak dengan pemimpin umno yang kuat menipu & cekik kedarah rasuah!

Benarlah kata bekas perdana menteri malaysia tun Dr mahathir mohamed

"syaitan dikenali lebih baik berbanding malaikat yang anda tidak kenali"

KAH KAH KAH KAH


-ADMIN POWER-

Rabu, 28 Ogos 2013

DESAKAN AGAR NAJIB LETAK JAWATAN .... BENAR-BENAR BERLAKU?? PERISTIWA PAK LAH BERULANG KEMBALI

Ketua Pemuda Perkasa desak Najib letak jawatan

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mengejutkan negara apabila mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Menurut beliau, Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di negara ini dan mengagong agongkan kaum lain.

“Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok,” tulis beliau dalam blog peribadinya www.irwanfahmi.blogspot.com pada 25 Ogos lalu.
www.irwanfahmi.blogspot.com
Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar akan memanggil Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Perkasa yang selama ini dianggap menyokong kerajaan mengambil sikap berkecuali pada pilihanraya umum lalu. Malah dalam pertemuan ahli majlis tertinggi Perkasa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perkasa melahirkan banyak kekecewaan dengan dasar Najib yang merugikan orang Melayu.

Petikan http://www.freemalaysiatoday.com/

Sabtu, 24 Ogos 2013

"Pembunuhan Bapa Saya Dirancang" -Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak


P embunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. 


Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. 
Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~the malaysian insider

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kalimah Allah: Umat Islam disaran sujud syukur

SHAH ALAM: Umat Islam di negara ini disarankan mengadakan sujud syukur bagi meraikan kemenangan pertama mereka apabila Gereja Katolik hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.





Mengulas lanjut keputusan Mahkamah Rayuan itu, Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali berkata ia adalah petanda awal kemenangan umat Islam dalam usaha kerajaan mempertahankan kesucian agama rasmi negara itu.

"Usaha ini perlulah kita sujud syukur kepada Allah SWT walaupun ini sekadar sesuatu rayuan untuk menangani usaha Kristian yang nak batalkan usaha kita, namun demikian ia adalah satu kemenangan besar bagi umat Islam," katanya.


Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur, Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Ini bermakna Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan oleh kerajaan persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 yang membenarkan gereja itu menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya.

Rayuan itu akan didengar pada 10 September 2013.

Aidit yang turut mengikuti prosiding tersebut di mahkamah pagi tadi juga menyeru semua kepimpinan baik dari parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) agar terus menggembleng tenaga bagi memastikan permohonan pihak gereja tersebut gagal.

"Dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah umat Islam iaitu semua pemimpin umat Islam, majlis agama Islam, raja-raja Melayu, NGO, parti-parti politik yang mengaku diri mereka Muslim, semua kena menggembleng tenaga supaya kita akan menang seterusnya pada rayuan substentif pada 10 September depan.

"Jadi kini adalah masa bukan sekadar untuk kita 'work hard' tapi masa untuk kita 'work smart'. Dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana membuka pintu hati dan pintu hidayat ketiga-tiga hakim yang kebetulan beragama Islam untuk membuat sesuatu yang mana mereka boleh pertahankan di hadapan Allah dan bukan sekadar di hadapan manusia," ulasnya lagi.  

Tambah Aidit lagi, meskipun beliau yakin keputusan mahkamah pada 10 September nanti akan berpihak kepada umat Islam, namun musuh agama rasmi negara itu pasti akan menimbulkan polemik lain bagi memecah-belahkan umat Islam.

Justeru katanya, dengan penyatuan dan sikap komited semua pihak yang berkepentingan dalam memelihara kesucian Islam, usaha dan hasrat musuh Islam ini pasti akan dapat digagalkan.

"Pihak-pihak Kristian ini mereka kena sedar bahawa mereka sekarang bukan sekadar berhadapan dengan ombak-ombak sahaja, (sebaliknya) mereka akan berhadapan dengan tsunami iman umat Islam," katanya lagi.

Siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?


Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

Siapa bunuh dia? Mengapa?

Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?

Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.

Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.

Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.

Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.

Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.

Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?

Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.

Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.

Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. -TMI



Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.

Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.
- mk

Apa Yang Sebenarnya Berlaku ?

Kerja mengangkat bas terhumban di KM3.5 Genting Highlands

GAMBAR BAS TERHUMBAN DIANGKAT DARI GAUNG

Klik di sini
Kerja mengangkat bas terhumban di KM3.5 Genting Highlands dimulakan pada jam 9 pagi tadi dan berakhir pada 12.50 tengahari. .

SIAPA KATA BAS TIDAK PERNAH KENA SAMAN.......SPAD??

 Penumpang Selamat Kata PEMANDU ????
  

Pemandu bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.

Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe (gambar kecil), 43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak kuning dan tidak memakai topi keledar.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2cqEjS1ia

ADAKAH AMALAN KRONI MEMANG DAH SEBATI DENGAN UMNO?? @najib

Pendedahan: Bukti 'Six Million Dollar Man' Lantik Menantu Sebagai Setiausaha Sulit Di Kementeriannya @NajibRazak

Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita online mengenai menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz yang bekerja di bawah kementeriannya.
Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata:
"Siapa mereka? Saya tidak perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu mengenai pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti sejak 40 tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada 1987?."
Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya.
Tajuddin mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat.
"Saya tahu mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. Saya tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu terlibat sama dalam permainan politik murahan seperti ini," katanya.
Tajuddin yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Salak, turut didakwa mempengaruhi ahli Umno bahagian itu supaya memilih dua orang anaknya yaitu Dr Faizal sebagai ketua pemuda bahagian manakala Seri Rahayu sebagai ketua puteri bahagian didalam pemilihan Oktober ini. Berita mengenainya klik di SINI.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli keluarga boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun mereka tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun Oleh kerajaan.
Hebat sungguh Datuk Tajuddin bermain lidah, jika tidak masakan disebut sebagai ahli politik!, tapi masihkan relevan buat Umno dipimpin oleh pemimpin seperti Tajuddin ? Ketika mana ahli bawahan Umno mengharapkan perubahan dan keinsafan pimpinan atasan, Pemimpin Umno seperti Tajuddin langsung tidak mempedulikan mengenai perkara itu. Apa yang mereka fikir adalah merebut apa saja kesempatan yang ada dalam mengkayakan diri sendiri dan juga kroni.
Apapun yang didolak-dalihkan oleh Tajuddin mengenai menantunya yang memang terbukti berkerja di kementeriannya sebagai Setiausaha Sulit kepada beliau, terpulanglah untuk anda semua menilainya.
Siapa ni ? Amboiii!!! Bergayanya menantu Menteri, biasalah menantu Menteri katakan...!

Namun, perlu disedari, pemimpin yang terkenal dengan jolokan 'Six million dollar man' ini juga pernah dipecat pada 1995 oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta bagi merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut didakwa menerima projek pembinaan UiTM di Tapah yang bernilai RM1.3 bilion menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd walaupun syarikatnya itu tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.

Selain itu, kesamseng-ngan beliau juga dilaporkan telah menampar beberapa individu yang terdiri dikalangan ahli Umno, pemandunya serta wartawan. Didalam parlimen pula, keintelektualan beliau sering diragui dan pada masa sama dipertikaikan oleh MP yang lain ekoran kenyataan yang keluar dari mulut beliau selalunya bersifat kurang cerdik, jumud, porno dan seumpama dengannya. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Bakal menyusul cerita dari Kelantan, bapa Saudara Penyelaras DUN, anak saudara pula Penggawa
 

Rabu, 21 Ogos 2013

Gangster- gangster di Malaysia... ??

Senarai Ganster Malaysia... ??


Gangster sedang menganas... (PRDM tak takut)

Senarai Gengster/Kongsi Gelap Cina : Gua rembat dari Blog ini.

(01) 【金】【兰】【社】叁八廿壹 (3821)
(02) 鳳凰山 (The Phoenix Hill)
(03) 五指山 (The Fiv0e Fingers Mountain)
(04) 五色旗 (The Five colours Flag)
(05) 洪順堂 (Hong Shun Tang)
(06) 三百六 (306)
(07) 老君 (The Old Gentlemen)
(08) 君聯 (The United Gentlemen)
(09) 龍虎堂 (The Hall of the Dragons and Tigers)
(10) 百龍虎 (The Hundred Dragons and Tigers)
(11) 廿一 (21)
(12) 廿四 (24)
(13) 馬來洪門 (The Malay Hong Men)
(14) 九六九 (969)
(15) 馬來零八 (The Malay 08)
(16) 印度黑豹 (The Indian Black Panther)
(17) 印人一條心 (The Indian One Heart or The Indian Satu Hati)
(18) 馬來一條心 (The Malay Satu Hati or The Malay One Heart)
(19) 紅金龍 (The Red Dragon)
(20) 紅雙堂 (The Hall of Double Red)
(21) 紅花 (The Red Flower)
(22) 零八 (08)
(23) 小零八 (The Little 08)
(24) 卅二黨 (The Gang of 32)
(25) 二龍虎 (The Two Dragons and Tigers)
(26) 廿一海 (The 21 Seas)
(27) 義洪山 (The Righteousness of Hong Mountain)
(28) 紅虎 (The Red Tiger)
(29) 零一 (01)
(30) 小零一 (The Little 01)
(31) 小三王 (The Little Three Kings)
(32) 印人黑鷹 (The Black Eagle)
(33) 洪金龍 (The Hong Golden Dragon)
(34) 洪盟會 (The Hong Alliance Association)
(35) 紅日山 (The Red Day Mountain)
(36) 二零四 (204)
(37) 合和堂 (The Hall of Combined Harmony)
(38) 興聯會 (The Association of United Prosperity)
(39) 黑籠(The Black Dragon)
(40) 海山 (The Sea and the Mountain [Note: Yap Ah Loy's Branch] )
(41) 義興黨 (The Gang of Righteousness and Prosperity)
(42) 王虎山 (The Wang Tiger Hill)
(43) 小白虎 (The Little White Tiger)
(44) 二零 (20)
(45) 小白雄 (The Little White Male)
(46) 仁義堂 (The Hall of Benevolence and Justice)
(47) 小金龍 (The Little Golden Dragon)
(48) 小龍虎 (The Little Dragons and Tigers)
(49) 五龍 (The Five Dragons)
(50) 小三六 (The Little 36)
(51) 一點紅 (The One Red Dot)
(52) 洪花黨 (The Flowery Gang of Hong)
请各位全马洪门金兰义兄弟报上名来



Kepala Gangster sedang Muzakarah... (ini pun PRDM tak takut)

Pedulikan apa yang di ceritakan dalam blog tu... ntah yeaaa... ntahkan tidak... perkara tak pasti. Jangan sangsi dengan kecekapan Polis Raja Di Malaysia, sudah pasti diorang boleh handle isu seperti itu... sedangkan Lahad Datu pun diorang boleh settle... ini setakat kes Gangster... what is that maaaaa.... hahahaha...

Yang gua nak persoalkan di sini, macamana boleh terkumpulnya kumpulan2 Gansterisme nih... hingga begitu banyak...., selama ini Polis buat kerja apa... Kera....jaan BN tutup mata saja ke...????

Senarai di atas tu tertumpu kepada Gansterisme Cina, tak termasuk lagi Kumpulan ganster Melayu dan India. Sekali conggak jika dicampurkan semuanya... mau ada beratus kumpulan Ganster dalam Malaysia dan sebab itulah kes jenayah tak pernah selesai, malahan bertambah kronik.

Kenapa tak dihapuskan sahaja hingga ke akar umbi..???? Atau ada makhluk yang pelihara kumpulan2 ganster nih....????



Ini Gangster Melayu... kepakaran meludah.. hahahaha..
(yang ini PRDM paling takut... wakakakaaa...)

Kera....jaan BN... PRDM... tolong jawap...???? Apakah yang didedahkan oleh bekas KPN Musa Hassan sebelum ini ada kebenarannya... hahahahaha....

Itulah Malaysia... sebuah negara yang serba boleh...!!!!


Hosni bebas, Mursi ditahan?

Tragedi berdarah Mesir : Hosni bebas, Mursi ditahan?


Tindakan kerajaan sementara untuk membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah dipenjarakan sejak setahun lalu ketika ribuan rakyat dibunuh tentera dan polis seolah-olah dirancang.

Kemungkinan besar pembebasan itu dapat memberi ruang kepada pihak tentera untuk kembali berkuasa seperti yang mereka telah nikmati sepanjang pemerintahan pemimpin diktator itu 30 tahun lalu.

Di saat limpahan deras darah rakyat Mesir mengalir deras di Masjid Al-Fath, Ramsis dan Masjid Rabaa Al-Adawiyah serta ugutan penembak tepat di Masjid Al Qaed Ibrahim, Iskandariah, kerajaan sementara pimpinan Adly Mansor dan Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi pula mengambil keputusan membebaskan pemimpin itu dengan Mahkamah Agung menggugurkan tuduhan rasuah.

Hosni, 85, yang dibenci rakyat itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 dan akan dibebaskan dari penjara Tora hari ini seperti laporan Al- Jazeera - 'Hosni dibebaskan dalam tempoh 48 jam'.

Peguamnya, Fareed el-Deeb berkata, pembebasan beliau dilakukan selepas pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atas anak guamnya itu.

“Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah.

Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur mudah pentadbiran yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam. Beliau akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini,” katanya.


Media Al Arabiyah pula melaporkan, tanpa mengesahkan bekas pemimpin Mesir itu akan dibebaskan dari penjara, satu sumber kehakiman sebagai memetik, Hosni akan berada di penjara selama dua minggu lagi sebelum pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.

“Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara,” katanya.

Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan menjatuhkannya.

Sepanjang perbicaraan, beliau dikenakan tuduhan rasuah termasuk pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Selepas beliau tumbang dalam kebangkitan Arab Spring pada 11 Februari 2011, gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.

Bagaimana nasib rakyat?

Banyak berita di Mesir menyatakan, pembebasan Hosni bakal mengundang revolusi rakyat yang lebih teruk. Kebangkitan rakyat pada 2011 itu berlaku selama 18 hari sehingga meragut 800 nyawa.

Kini, rakyat mahukan demokrasi, terpaksa menggadai nyawa sekali lagi selepas 31 bulan. Keharmonian rakyat hanya dikecapi serta dirasai hanya setahun di bawah pimpinan Presiden Mohammed Mursi.


Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dikecapi seperti membangunkan Terusan Suez untuk menjadi pasaran bebas dunia. Beliau juga menaikkan gaji pesara 20 peratus dan manakala harga barang dipertahankan tidak naik.

Beliau membina kilang Samsung terbesar di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah, membuat kilang kereta sendiri bagi mengelakkan mengimport.

Beliau membuat kilang senjata sendiri dan tidak perlu lagi mengimport senjata dari Amerika Syarikat (AS) dan membuat kilang Innar sehingga seluruh rakyat boleh merasai penggunaan barang elektronik dengan harga berpatutan.

Jasa besar beliau yang ditakuti Barat adalah muncul sebagai penyokong perjuangan Palestin dan Syria. Tetapi mengapa Mursi yang juga seorang Hafiz begitu dibenci sekumpulan rakyat (penyokong Tamarod) dan tentera kerajaan.

Hosni jadi Presiden?

Mungkinkah pembebasan Hosni melayakkan beliau menjadi Presiden semula?

Tekaan itu mungkin amat ditakuti rakyat yang sebelum ini hidup menderita selama 28 tahun kerana berada di bawah cengkaman Undang-Undang Darurat.


Desas-desus mengatakan Hosni persiapkan anaknya Alaa sebagai pengganti presiden. Namun, beliau menafikannya. Alaa bersama adiknya Gamal masih ditahan kerana rasuah.

Akhbar Mesir menyifatkan jika situasi itu benar ia digambarkan seperti - ‘Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.

Episod politik kotor di Mesir ini menjadi tumpuan dunia.

Ramai mahu mengetahui siapakah dalang di sebalik krisis ini dan apakah perancangan seterusnya sekutu kuat kerajaan sementara Mesir seperti Arab Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar dan mengapa AS, Israel, Perancis,Jerman dan Britain yang hanya berpeluk tubuh.

Selasa, 20 Ogos 2013

Umat Melayu Islam Wajib Sokong dan Taat Dengan Hukum Hudud

Penjelasan perlaksanaan Hudud

Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam.

Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan .

 Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah.

Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang.

Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru.

Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan. Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas.

Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaiakan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadanr kes jenayah.

Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud,

Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...