salam

Selasa, 11 Oktober 2016

Mahasiswa UM TIDAK BERTAMADUN @ '1MDB jangan spin, mahasiswa mahukan jawapan'

                               

MAHASISWA TIDAK BERADAB.... KENAPA MAHASISWA TIDAK BERADAB... ADAKAH KERANA KEPIMPINAN NEGARA MEMANG TIDAK BERADAB...



Beberapa pelajar di sesi jelajah kampus bersama presiden 1MDB, Arul
Kanda Kandasamy di Universiti Malaya (UM) malam tadi bangun menuntut
jawapan mengenai skandal 1MDB.


Ketika sesi itu hampir selesai sekitar jam 11.15 malam, empat pelajar
bangun serentak, sambil memegang sepanduk mereka. Juga kedengaran
laungan 'Tangkap MO1'.


Sepanduk tersebut berbunyi 'Mahasiswa Mahukan Jawapan', '1MDB Jangan Spin' dan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat'.


Bagaimanapun, pelajar berkenaan didatangi beberapa lelaki yang
mengoyakkan sepanduk dari mereka, dan mereka turut ditegur oleh hos
majlis tersebut, Tun Faisal Ismail Aziz.


Sambil menyifatkan pelakuan itu sebagai tidak bertamadun, Tun Faizal
berharap ia tidak akan berlaku pada sesi jelajah kampus pada masa depan.


Acara tertutup itu adalah sebahagian daripada siri 'Jelajah Kampus'
anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Kementerian Komunikasi dan
Multimedia.


Tun Faisal adalah ahli panel pemikir JASA.


[Baca berita penuh]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...