salam

Khamis, 5 Julai 2018

Jamal ke penjara Sungai Buloh


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



   
Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos hari
ini dihadapkan Mahkamah Majistret Ampang dan dituduh melarikan diri
daripada tahanan sah. Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret
Muhamad Firdaus Sadina Ali.


Mahkamah tidak membenarkan permohonannya untuk diikat jamin dan
memerintahkan supaya dia ditahan di penjara Sungai Buloh. Beliau juga
menetapkan 30 Julai sebagai tarikh sebutan kes.


Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa dengan sengaja melepaskan diri
daripada jagaan pihak polis yang mana dia sudah ditahan secara sah di
sisi undang-undang.


Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.

Dia bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di
Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.


Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal akhirnya ditahan di Tebet,
Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia dan dibawa
pulang hari ini


Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan diketuai Pengarah
Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Razali Che Ani selain dua Timbalan
Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin dan Mahathir Mohd Khairuddin
manakala Jamal diwakili peguam Khairul Annuar.


[Berita penuh menyusul]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...