salam

Memaparkan catatan dengan label mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesir. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Hosni bebas, Mursi ditahan?

Tragedi berdarah Mesir : Hosni bebas, Mursi ditahan?


Tindakan kerajaan sementara untuk membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah dipenjarakan sejak setahun lalu ketika ribuan rakyat dibunuh tentera dan polis seolah-olah dirancang.

Kemungkinan besar pembebasan itu dapat memberi ruang kepada pihak tentera untuk kembali berkuasa seperti yang mereka telah nikmati sepanjang pemerintahan pemimpin diktator itu 30 tahun lalu.

Di saat limpahan deras darah rakyat Mesir mengalir deras di Masjid Al-Fath, Ramsis dan Masjid Rabaa Al-Adawiyah serta ugutan penembak tepat di Masjid Al Qaed Ibrahim, Iskandariah, kerajaan sementara pimpinan Adly Mansor dan Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi pula mengambil keputusan membebaskan pemimpin itu dengan Mahkamah Agung menggugurkan tuduhan rasuah.

Hosni, 85, yang dibenci rakyat itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 dan akan dibebaskan dari penjara Tora hari ini seperti laporan Al- Jazeera - 'Hosni dibebaskan dalam tempoh 48 jam'.

Peguamnya, Fareed el-Deeb berkata, pembebasan beliau dilakukan selepas pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atas anak guamnya itu.

“Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah.

Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur mudah pentadbiran yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam. Beliau akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini,” katanya.


Media Al Arabiyah pula melaporkan, tanpa mengesahkan bekas pemimpin Mesir itu akan dibebaskan dari penjara, satu sumber kehakiman sebagai memetik, Hosni akan berada di penjara selama dua minggu lagi sebelum pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.

“Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara,” katanya.

Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan menjatuhkannya.

Sepanjang perbicaraan, beliau dikenakan tuduhan rasuah termasuk pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Selepas beliau tumbang dalam kebangkitan Arab Spring pada 11 Februari 2011, gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.

Bagaimana nasib rakyat?

Banyak berita di Mesir menyatakan, pembebasan Hosni bakal mengundang revolusi rakyat yang lebih teruk. Kebangkitan rakyat pada 2011 itu berlaku selama 18 hari sehingga meragut 800 nyawa.

Kini, rakyat mahukan demokrasi, terpaksa menggadai nyawa sekali lagi selepas 31 bulan. Keharmonian rakyat hanya dikecapi serta dirasai hanya setahun di bawah pimpinan Presiden Mohammed Mursi.


Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dikecapi seperti membangunkan Terusan Suez untuk menjadi pasaran bebas dunia. Beliau juga menaikkan gaji pesara 20 peratus dan manakala harga barang dipertahankan tidak naik.

Beliau membina kilang Samsung terbesar di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah, membuat kilang kereta sendiri bagi mengelakkan mengimport.

Beliau membuat kilang senjata sendiri dan tidak perlu lagi mengimport senjata dari Amerika Syarikat (AS) dan membuat kilang Innar sehingga seluruh rakyat boleh merasai penggunaan barang elektronik dengan harga berpatutan.

Jasa besar beliau yang ditakuti Barat adalah muncul sebagai penyokong perjuangan Palestin dan Syria. Tetapi mengapa Mursi yang juga seorang Hafiz begitu dibenci sekumpulan rakyat (penyokong Tamarod) dan tentera kerajaan.

Hosni jadi Presiden?

Mungkinkah pembebasan Hosni melayakkan beliau menjadi Presiden semula?

Tekaan itu mungkin amat ditakuti rakyat yang sebelum ini hidup menderita selama 28 tahun kerana berada di bawah cengkaman Undang-Undang Darurat.


Desas-desus mengatakan Hosni persiapkan anaknya Alaa sebagai pengganti presiden. Namun, beliau menafikannya. Alaa bersama adiknya Gamal masih ditahan kerana rasuah.

Akhbar Mesir menyifatkan jika situasi itu benar ia digambarkan seperti - ‘Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.

Episod politik kotor di Mesir ini menjadi tumpuan dunia.

Ramai mahu mengetahui siapakah dalang di sebalik krisis ini dan apakah perancangan seterusnya sekutu kuat kerajaan sementara Mesir seperti Arab Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar dan mengapa AS, Israel, Perancis,Jerman dan Britain yang hanya berpeluk tubuh.

Selasa, 20 Ogos 2013

[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Selasa | 20 Ogos 2013


[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 20 Ogos 2013 | 01.31 pagi

2 Warga Malaysia Antara Yang Telah Ditangkap Di Helwan Malam Tadi

Setakat ini pihak PMRAM masih menyiasat berhubung laporan berita youm7 bahawa terdapat 11 orang jemaah tabligh termasuk 2 orang pelajar Malaysia ditahan pihak tentera yang telah melanggar perintah berkurung di Helwan.

Pihak PMRAM juga telah menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah (KBMK) memaklumkan perihal ini. Namun sehingga kini pihak mereka masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan penahanan tersebut.

Kita PMRAM akan cuba dapatkan maklumat lanjut selepas daripada ini.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Abdul Aziz Bin Ali
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013

rujukan link youm7 :
http://www.youm7.com/News.asp?NewsID=1211779

Desak Kerajaan Tutup Kedutaan, Hantar Balik Duta Mesir

PAS Desak Kerajaan Tutup Kedutaan, Hantar Balik Duta Mesir

13 Syawal 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: PAS pada Selasa mendesak kerajaan Malaysia menutup Kedutaan Mesir serta menghantar balik Duta mereka sebagai tanda bantahan tindakan tentera Mesir menggulingkan kerajaan yang sah pimpinan bekas Presidennya, Dr Muhammad Morsi serta melakukan pembunuhan kejam terhadap penyokongnya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata kerajaan juga boleh menjadi orang tengah dengan memanggil sidang tergempar Persidangan Negara Islam (OIC) untuk mengutuk tindakan kejam tentera Mesir bagi menyatakan pendirian negara-negara Islam.
"Kita patut malu dengan negara seperti Turki, Equador dan Veneuzela yang menutup kedutaan Mesir dan menghantar duta mereka balik.
"Malaysia harus menyatakan pendirian kita dengan jelas terhadap tindakan kejam tentera Mesir jangan jadi seperti sekutu mereka Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bersengkongkol dengan kekejaman yang dilakukan tentera Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat mendesak kerajaan memanggil Sidang Parlimen Khas untuk mengecam tindakan kejam tentera Mesir.
Surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Salahuddin berkata PAS juga akan mengadakan satu meja bulat pada 1 September depan yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Persidangan itu nanti akan dihadiri beberapa wakil termasuk diplomat, NGO luar negara termasuk menjemput wakil kerajaan dan Umno bagi membentuk satu deklarasi khas mengenai isu Mesir.
"Kami juga berharap sidang khas bukan sahaja Parlimen tetapi di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan harap negeri Pakatan Rakyat akan memulakannya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan membincangkan isu Mesir dalam mesyuarat Kabinet yang akan diadakan pada Rabu.
"PAS memohon supaya mesyuarat mingguan Kabinet yang akan diadakan pada hari esok (Rabu) dapat membuat ketetapan rasmi kerajaan Malaysia memanggil suatu sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkembangan terkini Mesir dan mengutuk tindakan kejam regim haram tentera yang melakukan pembunuhan ke atas rakyat Mesir yang tidak berdosa.
"PAS dengan ini memberi komitmen untuk menyokong penuh sidang yang dipanggil beserta dengan sebarang resolusi mengutuk kezaliman tentera Mesir serta menyokong demokrasi dikembalikan dengan kerajaan awam serta Morsi dikembalikan kuasanya," katanya.
mStar/-
 

GAMBAR - Suasana Mesir Terkini.. VER 1.

Sebahagian gambar yang di ambil dari blog Pinkturtle.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...