salam

Memaparkan catatan dengan label minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2013

"NAK ELAK SELUDUP MINYAK ... SUBSIDI RAKYAT JADI MANGSA ".RON95 AKAN naik lagi?

  • Minyak
KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
  
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
  
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
  
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
  
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
  
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
  
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
  
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

Khamis, 5 September 2013

ADA CADANGAN : WUJUDKAN STESYEN MINYAK 1 MALAYSIA 1 LITER RM 1 ..... Logik gak!!



Ketika menubuhkan kedai runcit 1 Malaysia, kerajaan menegaskan ia sebagai bukti keperihatinan kerajaan BN kepada rakyat bawahan. Harga di kedai 1M lebih murah, barangan lebih berkualiti ... itulah kata kerajaan pimpinan PM Najib. Jika ikut logik pro Umno,kenaikan harga minyak tidak akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan kerana ia dipantau kuat oleh kerajaan. Apa kata, bagi membuktikan lagi betapa prihatinannya kerajaan BN kepada rakyat bawahan, wujudkanlah pula stesyen Minyak 1 Malaysia 1 Liter RM 1 .... pasti ramai akan sokongggg.... huhuhu

Tembelang penipuan kerajaan terbukti dgn kenyataan ahmad maslan dr umno bn. Katanya kenaikan 20sen petrol dan diesel masih lg disubsidkan kerajaan 63 sen. Fakta dibawah mengesahkan tidak wujud apa yg dikatakan subsidi. Kemana perginya 'subsidi'?


Rabu, 4 September 2013

RAKYAT TERUS MALANG@NAIK MINYAK : kadar tambang pengangkutan darat AKAN NAIK

SPAD kaji kadar tambang pengangkutan darat

  • Syed Hamid Albar  
  • Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kadar tambang industri pengangkutan darat secara menyeluruh ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, semalam.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya peka dengan kenaikan itu dan kini sedang meneliti kesan langsung dan tidak langsung terhadap kenaikan itu.
"Kajian ini akan mengambil kira komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelengaraan dan insurans," katanya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa SPAD akan memastikan hasil kajian itu tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam.
Syed Hamid juga memaklumkan bahawa SPAD tidak mempunyai sebarang halangan jika pengendali industri pengangkutan awam memohon agar tambang dinaikkan mengikut perkembangan terkini.
"Namun, keputusan untuk menaikkan kadar tambang hanya boleh dibuat selepas SPAD selesai mengkaji kadar tambang tersebut secara menyeluruh dan holistik untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya. - Bernama

NAIK MINYAK : RON97 Naik 15 Sen Bermula Malam Ini



KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik ketika dihubungi Astro Awani.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan kenaikan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 3 September.


-Astro Awani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ron97-naik-15-sen-berkuatkuasa-malam-ini-21648?cp

BN MENANG HIDUP RAKYAT SEMAKIN MALANG ... PR KALAH TERNYATA RAKYAT HIDUP SUSAH!!!!

Tahniah dan syabas setingginya diucapkan kepada rakyat yang memberi undi dan sokongan padu kepada UMNO/BN terutamanya rakyat luar bandar, pendalaman, rancangan-rancangan FELDA, para pengundi pos dan awal.
Akhirnya kerajaan pimpinan kesayangan dan kemgahan kalian Najib Razak akan tetap juga memperkenalkan GST .. Gasak Sampai Terburai sebanyak 6% setiap barang.
Maksudnya setiap barang akan naik harga sebayak 6 peratus selepas dilaksanakan.
Belum reda dengan kenaikan Ron95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter diikuti dengan permintaan dan kata-kata keras pihak pengendali pengangkutan awam untuk naikan tambang sehingga 30%, kini rakyat akan diberikan hadiah istimewa lagi dari Najib Razak sebagai tanda ucapan terima kasih dan membalas budi.
Bersyukur dan berterima kasihlah... Jika bantah sila berpindah ke negara lain atau tidak pun duduklah dalam hutan.
Kalau berdegil sangat nanti kerakyatan akan disyorkan ditarik balik oleh para pembodek UMNO.
 

RAHSIA UMNO/BN BOLEH PERINTAH MALAYSIA SAMPAI SEKARANG TELAH TERBONGKAR, JOM PAKAT BACA...


Takut ada orang xfaham elok aku terjemahkan...

"Pergi isi minyak kejap tadi..Ada pakcik tu cakap...Serupa jer harga minyak mana ada naiknya...Kemarin pakcik isi RM10..Hari ni isi RM10 juga...Kata naik 20sen...Pakcik bayarlah RM10.20...Dia bagi pakcik balik 20sen tu..."

Mungkin ramai lagi rakyat Malaysia terutama Melayu yang masih xnampak benda ni;

Semalam : RM1.90 / Liter
Hari Ni : RM2.10 / Liter

1. Semalam : RM1.90 / Liter

RM1.90 x 10 liter sehari = Rm19
30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan

Setahun : RM570 x 12 = RM6840 setahun

2. Hari ini : RM2.10 / Liter
RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21
30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan

Setahun : RM630 x 12 = RM7580setahun

# nampak tak permainan disitu? " 20 sen jer"
BN MENANG HIDUP RAKYAT SEMAKIN MALANG ... PR KALAH TERNYATA RAKYAT HIDUP SUSAH!!!!

Selasa, 3 September 2013

Adakah dengan membandingkan harga minyak dengan negara lain dapat meredakan keperitan kenaikan harga barangan lain ,,,,

MINYAK TERUS NAIK .... PENYELUDUPAN MINYAK TETAP BERLAKU ..... SAPE YANG UNTUNG ... RAKYAT KEBANYAKAN TETAP MERASA PERITNYA ... MINYAK NAIK, TUNGGUU ... BANYAK LAGI HARGA BARANG AKAN NAIK... TAHNIAH KERAJAAN BN , KERAJAAN PRIHATIN .... JANJI TINGGAL JANJI ... hehehe...

BANDINGKAN NEGARA NEGARA PENGELUAR MINYAK YANG LAIN !

Jangan complain harga minyak..nanti anda akan dituduh tidak mengikut ASWJ dan jalan salafussoleh..lihat mereka dalam gambar ini yang memilih jalan yang lurus dalam situasi ini.. - Dr Maza

Ikulah cara menteri kita, jangan guna kereta.
http://tranungkiteoffline.blogspot.com/
Jangan complain harga minyak..nanti anda akan dituduh tidak mengikut ASWJ dan jalan salafussoleh..lihat mereka dalam gambar ini yang memilih jalan yang lurus dalam situasi ini.. - Dr Maza

Ikulah cara menteri kita, jangan guna kereta.
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Isnin, 2 September 2013

SOKONG BN , BN MENANG .... BARANG NAIK .. SUBSIDI RAKYAT SEMAKIN DIHAKIS .. TERUS SOKONG TAK SUBSIDI LAGI

Minyak RON95 & Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini - Najib


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, katabeliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...