salam

Khamis, 9 Ogos 2018

Zahid harap Najib tidak terasa hati @ Walaupun dah terlewat, Satu langkah yang BIJAK


 

Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar  Datuk
Seri Najib Razak tidak terasa hati dengan kenyataan pemimpin Umno yang
menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai "beban".


Zahid juga menasihatkan agar bekas perdana menteri itu tidak terganggu dengan komen seperti itu.


“Saya harap Najib tak tersentak hati atau terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian.


“Saya juga tidak mengharapkan minda dan perasaannya terganggu dengan
komen yang sedemikian serta lalui proses perundangan yang sedang
dijalankan ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, hari ini.


Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan
pihaknya akan mengenakan tindakan kepada beberapa pemimpin Umno yang
dilihat tidak senang dengan pendekatan mempertahankan bekas perdana
menteri itu.


Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa  berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.


Beliau juga menyifatkan bekas presiden Umno itu - yang kini berdepan
tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang
haram - sebagai "beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.


Semalam, Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib ke Sungai Kandis untuk berkempen dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.


Johari berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya
kecil seterusnya memandangkan anggota parlimen Pekan itu berdepan
perbicaraan mahkamah.


Belum didapati bersalah


Mengulas lanjut, Zahid bagaimanapun berkata Umno tidak akan mengambil tindakan terhadap Johari dan Annuar.


Jelas Zahid, pendekatan parti itu adalah dengan mengadakan
perbincangan atau musyawarah, bukannya akur pendapat mana-mana pemimpin
atau individu.


“Kita tidak akan ambil pendekatan yang begitu (menghukum), tapi kita
mengambil pendekatan musyawarrah dan perbincangan baik,” katanya.


Selain itu, kata Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datok menasihatkan kepimpinan Umno agar saling menghormati.


“Saya mengambil pendekatan bahawa mana-mana pemimpin yang terdahulu
harus dihormati kerana tidak ada yang sekarang, tidak ada yang dahulu.


“Yang lama menyayangi yang baru dan yang baru harus menghormati yang lama.


“Soal beban atau perkara-perkara yang lain kita belum dapat keputusan
daripada mahkamah, dalam perlembagaan dan peraturan Umno selagi
seseorang itu belum didapati bersalah maka peraturan menentukan jawatan
itu masih dikekal di peringkat yang dipilih," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...