salam

Sabtu, 4 Ogos 2018

Indonesia serah Equanimity ke Malaysia minggu depan

Indonesia serah Equanimity ke Malaysia minggu depan: Polis republik itu terima arahan hantar kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan Low Tek Jho.



Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   
Equanimity, kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli
perniagaan Low Taek Jho akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia
minggu depan, kata polis Indonesia.


Timbalan pengarah jenayah khas dan ekonomi jabatan polis pusat republik itu, Daniel Silitonga memberitahu Malaysiakini pihaknya menerima arahan untuk menyerahkan kapal itu kira-kira dua minggu lalu.


"Mungkin Isnin atau Selasa," kata Silitonga ketika ditanya tarikh penghantaran itu.


"Kapal persiaran mewah itu akan diserahkan di sempadan perairan
Indonesia dan Malaysia," maklum beliau lagi berkata kapal yang disita di
Teluk Benoa, Bali itu sedang berada di perairan dekat dengan sempadan
Singapura dan Pulau Batam di republik itu.


Ditanya jika keputusan penyerahan berkenaan dibincangkan ketika
pertemuan di antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden
Indonesia Joko Widodo, Silitonga berkata: "Mungkin itu antara agenda
yang dibincangkan."


Bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini berkata kerajaan Barisan Nasional bukan pemilik Equanimity dan oleh itu tidak akan menuntut kapalitu daripada pihak berkuasa Indonesia.


Menurut Silitonga selepas penyerahan itu selesai, pihak berkuasa
Indonesia tidak ada sebarang urusan lagi dengan kapal persiaran mewah
bernilai AS$250 juta itu.


"Kami sudah letih," jelasnya.


Manakala itu, sumber memberitahu Malaysiakini, kapten dan anak kapal baru akan berada dalam Equanimity, menjelang penyerahan kepada pihak berkuasa Malaysia itu.


"Kapal itu mempunyai kapten dan anak kapal yang baru sejak dua minggu lalu.


"Kapten dan anak kapal lama telah pulang," kata sumber yang dekat dengan siasatan kes ini.


[Baca berita penuh]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...