salam

Sabtu, 4 Ogos 2018

Harakah bawa api permusuhan 'dinyala syaitan', kata Husam

Harakah bawa api permusuhan 'dinyala syaitan', kata Husam: Husam juga sifatkan lidah rasmi PAS itu sanggup turunkan tarafnya menjadi 'sampah dunia akhirat'.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa berang terhadap lidah rasmi PAS, Harakah yang didakwa memfitnahnya berhubung isu royalti minyak di Kelantan.


"Saya tidak pernah terbayang Harakah sebagai lidah rasmi
parti ‘Islam’ sanggup menurunkan tarafnya menjadi sampah dunia akhirat,"
katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Husam merujuk laporan muka depan Harakah Jumaat lalu bertajuk "PH serupa BN", yang disusuli sub tajuk berbunyi "PM ulang silap lampau, Husam tiru perangai Umno".


Laporan itu memetik kenyataan Husam mencadangkan sebuah jawatankuasa
khas ditubuhkan di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menguruskan
dana royalti minyak yang akan disalurkan ke Kelantan.


Husam bagaimanapun berkata, laporan tersebut ternyata "seratus peratus fitnah".


Menurut Husam rencana di bahagian dalam akhbar itu pula menyiarkan
tajuk “Husam, LGBT, UEC dan Khazanah, ke mana Malaysia nak dibawa?".


"Api permusuhan yang dinyalakan syaitan nampaknya masih membara
menjadi anutan dan pengeliruan berbaur penghinaan adalah jalan dipilih Harakah untuk menuju keredaan tuhan.


"Bolehkah keredaan tuhan dicapai dengan kemungkaran yang terlarang?"soalnya.


Tambahnya, pada tajuk yang digunapakai, Harakah menampakkan
"kejijikannya" terhadap Umno, namun berbeza layanan pimpinan PAS
terhadap parti Melayu itu terutama pada pilihan raya kecil di Sungai
Kandis.


"Jika begitu, mengapa pula pimpinan PAS membesarkan laungan ahli PAS sunat/wajib mengundi calon Umno di Sg Kandis?" soalnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...