salam

Khamis, 9 Ogos 2018

'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib' @ Apa yang dikesalkan mengapa baharu sekarang? setelah hati penyokong UMNO/BN terguris luka dan akhirnya menafikan UMNO/BN pada PRU14



Apa yang dikesalkan mengapa baharu sekarang? setelah hati penyokong UMNO/BN terguris luka dan akhirnya menafikan UMNO/BN pada PRU14. Terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa berani 'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib'. walaupun terguris luka ada parutnya, TAPI ianya tidak menjadi parah bernanah.



'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib': Tan Sri Annuar Musa berkata bekas perdana menteri adalah 'beban' yang tak mampu dipikul Umno.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   


Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak
boleh lagi membuang masa mempertahankan bekas presiden Datuk Seri Najib
Razak.

Beliau juga menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan
pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai
"beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib.

“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya (gambar) seperti dipetik The Malaysian Insight.

Kenyataan itu sehari selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Najib tetap perlu dihormati.

Zahid mengulas kenyataan bekas menteri Datuk Seri Johari Abdul Ghani
yang berkata Najib tidak seharusnya berkempen untuk BN di PRK Sungai
Kandis minggu lalu.

'Takkan kerana seorang'

Sementara itu, Annuar berkata Umno perlu menumpukan usaha membina
semula parti itu kerana ia lebih penting daripada mana-mana individu.

“Najib hanya satu orang, tidak ada orang yang amat diperlukan. Najib
bukan lagi presiden parti, bagi saya beliau hanya ahli parti. Sama ada
orang sokong dia atau tidak, ia tidak penting.

"Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Najib sudah
melepaskan semua jawatannya dan kini parti di bawah pentadbiran baru.
Kami akan buat dengan cara baru.

"Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” kata anggota parlimen Ketereh itu lagi.

Annuar merupakan pembela Najib paling lantang dalam berhubung skandal 1MDB sebelum kekalahan BN pada PRU ke-14.

Namun beliau kini nampaknya menjarakkan diri daripada isu itu kini.

Dulu pemimpin Umno bertanggungjawab mempertahankan Najib kerana beliau adalah perdana menteri dan presiden parti, katanya lagi.

"Saya fikir ia sangat mudah. Najib dulu perdana menteri dan presiden
parti. Bila ada kontroversi, kami ada etika asas tertentu, amalan dan
juga tradisi.

"Ada prinsip tanggungjawab kolektif dan kecenderungan untuk meragui kepimpinan tertinggi berkenaan perkara tertentu," katanya.

Bukan Umno undang Najib

Berhubung penglibatan Najib di Sungai Kandis, Annuar menyuarakan
perkara sama seperti Zahid iaitu kehadirannya atas jemputan calon BN
Datuk Lokman Noor Adam.

"Apabila kita semak, calon kita Lokman yang jemput dia. Kita tidak halang (Najib) kerana dia ahli parti.

"Hendak kata strategi utama kita ialah menjadikan Najib sebagai
jurukempen utama adalah salah. Itu saya boleh jamin, bukan strategi
kita. Keputusan kita ialah kempen di Sungai Kandis tanpa Najib,"
katanya.

Lokman tewas di tangan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan hanya mendapat 38 peratus daripada jumlah undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...