salam

Jumaat, 25 Oktober 2013

Sejarah Kenaikan Harga Gula Naik Sejak 2010 Hingga 2013 (3 Tahun Lebih)

Bajet 2014 Harga Gula 

Sejarah Kenaikan Harga Gula Naik Sejak 2010 Hingga 2013 (3 Tahun Lebih)

  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen) Sumber : KLIK SINI
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta) Sumber : KLIK SINI
  5. 1 Oktober 2012 : RM2.50 (Kenaikan Harga gula sebanyak 20 sen) Sumber : KLIK SINI
  6. 10 Oktober 2013 : RM2.84 ( Harga guna naik 34 sen)

Faktor Kenaikan Harga Gula Naik 34 sen Bajet 2014  :

  • Kerajaan begitu risaukan kesihatan rakyat Malaysia termasuk anda semua di sini yang bakal terdedah dengan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong
  • Kerajaan semakin bimbang dengan fakta & bilangan pesakit diabetes di Malaysia (2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes).
  • Penyelesaian yang dilihat berkesan oleh kerajaan adalah potong subsidi rakyat Malaysia sekaligus membolehkan harga gula naik selepas ini
Akhirnya kerisauan seorang menteri (KLIK SINI) terhadap lonjakan pesakit diabates di Malaysia bagi membolehkan kenaikan harga gula naik telah pun “dihalalkan & diluluskan” sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia .
 
Bermula hari ini harga gula akan naik melonjak kepada RM2.84 sen sekilo apabila subsidi untuk rakyat Malaysia telah dipotong sejumlah 34 sen dan semua rakyat Malaysia sama-sama akan merasainya bahangnya….

Apa respon anda pula mengenai berita kenaikan harga gula naik 34 sen menjadi RM2.84 sekilo sempena pembentangan Bajet 2014?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...