salam

Ahad, 27 Oktober 2013

Kenyataan Bercanggah Antara KDN & PPKKM

Guard Rompak & Bunuh - Kenyataan Bercanggah Antara KDN & PPKKM, Kenapa @Zahid_Hamidi Hanya Membisu ?

Sungguh menghairankan bilamana warga asing yang mempunyai kad pengenalan palsu boleh diterima berkerja dengan syarikat kawalan keselamatan bahkan turut diberikan senjata api. Isu ini merujuk kepada kejadian pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, kelmarin.
Sebelum itu dapat dirujuk dua kenyataan yang dibuat oleh pihak berkaitan berhubung isu tersebut antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim sebagai,

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

Kemudian kenyataan daripada Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib yang seolah-olah menafikan kenyataan yang dibuat oleh KDN sekaligus merasakan mustahil seorang pengawal keselamatan tanpa senjata mempunyai rekod jenayah, apatah lagi pengawal keselamatan yang bersenjata, kerana menurut beliau,
"Kawalan Prima told us the suspect has a gun licence,"

"You need to go through two rounds of police vetting before the KDN (home ministry) issues you a gun licence,"

To become an unarmed security guard, a person needs to go through police vetting to check for criminal records.

"It is impossible to have someone convicted for criminal offences to work as security guard.", "Kawalan Prima told us the suspect has a gun licence," - 

Melihat kepada kedua-dua kenyataan diatas ia menimbulkan pelbagai spekulasi, pihak KDN khasnya perlu lebih telus dalam merungkaikan beberapa perkara yang berbangkit, ini penting bagi mengelakkan KDN dilihat lebih rela menjadi kambing hitam kepada syarikat milik kroni.
AmBank merupakan sebuah institusi kewangan yang besar, agak tidak munasabah jika AmBank menggunakan perkhidmatan keselamatan dari syarikat-syarikat kecil seperti syarikat Kawalan Prima.
Menteri bertanggungjawab takkan diam jer?, bukankah sebelum pemilihan lalu Menteri berkenaan sangat popular dan dilihat sentiasa memberikan kenyataan panas lagi berkeyakinan ???,takkan kenyataan 'haprak' macam ni jer yang mampu dibuat selepas pemilihan ?
Soalnya sekarang bukan bersifat individu, ia melibatkan KDN, tak kiralah lesen tu diluluskan masa siapa jadi Menteri, pokok pangkalnya adalah KDN dan Menteri sebelum tu pun dari kerajaan BN bukan kerajaan PR, kalau Datuk Mukhriz bolehlah bagi jawapan macam tu kerana sebelum ni Kedah diperintah oleh Pas.
Respon berlepas tangan sebegini sangat tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Menteri yang baru saja dijulang rakyat, takkan Menteri tak marah bila syarikat keselamatan menggajikan serta memberi senjata api kepada penjenayah ? Ini kes yang serius, disebabkan ke'bengonggan' syarikat keselamatan, seorang ibu kepada dua anak mati ditembak kejam.
Namun takkanlah dalam isu tragis ini respon Menteri  hanya semudah "Lesen security diberi lama sebelum saya di KDN", atau KDN hanya bertindak menyatakan membatalkan lesen syarikat berkenaan, berbaloikah tindakan itu dengan kesalahan syarikat tersebut ? Mampukah tindakan itu memberi pengajaran kepada syarikat-syarikat lain ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...