salam

Sabtu, 26 Oktober 2013

Jangan Terus Perbodohkan Diri Anda ! Just STOP IT ... Alasan Semakin Dangkal Hal Gula Naik!!


Biar betul berita Mkini ni ! Yalah saya faham Najib kaitkan kehidupan seks dengan pengambilan gula berlebihan dan Mkini pula kaitkan kehidupan seks dengan pemotongan subsidi gula sebab Najib yang kaitkan pemotongan subsidi gula dengan pengambilan gula berlebihan ....Logik Berkait gitu....


Tapi tidakkah anda rasa yang Najib sudah Over dalam usaha mempertahankan alasan pemotongan subsidi gulanya ?

Ni siapa punya idea paling tak boleh blah yang Najib ambil untuk dijadikan bahan lawak depan khalayak ramai ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang. - Mkini.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," 

Adeeeeh ...... Kalau nak buat promo untuk kempen Kurangkan Pengambilan Gula Untuk Kesihatan, ok la juga. Tapi apa kaitannya dengan pemotongan subsidi gula ? !

Tolonglah Najib .... Jangan terus perbodohkan diri anda ! Just STOP IT dengan alasan kesihatan demi menjustifikasikan tindakan potong subsidi gula.

Mengaku sajalah yang ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana RM. Tidak lebih dan tidak kurang.  Kerajaan tak cukup duit dan terpaksa potong subsidi mana2 produk yang boleh dipotong.

Bagaimana kalau ada orang yang kaitkan kenyataan seks itu dengan kenyataan  Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula  ! Amacam ... sapa nak jawab ?

Muhyiddin pula boleh kaitkan dengan penyakit kencing manis yang dihidapi oleh arwah Azizan Razak ! Alahai .....

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," - TMI.


Kalau benarlah bagai dikata, saya nak tengok kerajaan buat satu kempen besar2an lepas ini supaya rakyat kurangkan pengambilan gula demi menjaga kesihatan !


Najib dan Muhyiddin dah baca kenyataan dari pakar kesihatan ini dan dipersetujui oleh Menteri Kesihatan ? -

"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.

"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh. - TMI.


Sekali lagi saya mohon - STOP IT !  Sebelum anda menjadi bahan ketawa rakyat !

PS - Kalau pemimpin pembangkang yang kata begitu, saya gerenti dah teruk kena balun ! Kan ?

Saya tulis artikel ini supaya dapat orang Najib sampai kan pesan ini pada beliau. Saya takut esok lusa makin menjadi2 Najib dengan alasan bodohnya itu. Takkan nak diamkan ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...