salam

Jumaat, 24 Januari 2014

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada jam 12.17 awal pagi ini.


Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas ruh beliau, dan tempatkan bersama-sama para anbia,  para solihin dan syuhada ... amiin ya robbal aalamiin ..
KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada
jam 12.17 awal pagi ini.

Menurut Pengarah HSNZ Tengku Ramlah Tengku Senik, Allahyarham meninggal akibat sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ (MODS).

"Allahyarham meninggal jam 12.17 pagi ini akibat kegagalan fungsi organ dalaman (MODS)," katanya di sini.

Allahyarham pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir selama empat penggal bermula 1982 (Pilihan Raya Umum ke-6) sehingga 2004 pada PRU-11 dan sepanjang tempoh itu hanya sekali kalah pada PRU-7.

Allayarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham dikebumikan pagi ini di Markaz Tarbiah Kubang Lembik, Manir di sini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin Pas yang hadir. - Bernama




Satu kejayaan Allahyarham Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir Allahyarham semalam. Dalam hayat Allahyarham, Allahyarham tetap bertegas menentang penggunaan Kalimah Allah yang dituntut pihak Kristian didalam Bible atau cetakan versi bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God.



Semoga roh Allahyarham di rahmati Allah S.W.T dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.



Ayuh marilah Umat Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan Kalimah Allah dari diguna pakai pihak Kristian untuk diterjemahkan mengantikan perkataan God dalam versi bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...