ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH SWT YANG MAHA ESA.
TUAN GURU NIK AZIZ SUDAH MENEGASKAN KALIMAH ALLAH KHAS UNTUK UMAT ISLAM.
AGAMA LAIN TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE
KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali
menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana
yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am
Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.
“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.
“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?
"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.
Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.
Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.
Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.
Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. SH

Satu
tamparan hebat kepada pihak dalam PAS yang menyokong penggunaan Kalimah
Allah oleh pihak Kristian apabila individu yang paling berpengaruh
dalam PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong keputusan Majlis Syura Ulama
PAS pada Januari tahun lepas yang TIDAK membenarkan Kalimah Allah
diterjemahkan kepada bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God
didalam Bible atau sebarang cetakan versi bahasa Melayu.
Mungkin ini satu kejayaan Allahyarham Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir Allahyarham semalam. Dalam hayat Allahyarham, Allahyarham tetap bertegas menentang penggunaan Kalimah Allah yang dituntut pihak Kristian didalam Bible atau cetakan versi bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God.
Semoga roh Allahyarham di rahmati Allah S.W.T dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Ayuh marilah Umat Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan Kalimah Allah dari diguna pakai pihak Kristian untuk diterjemahkan mengantikan perkataan God dalam versi bahasa Melayu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan