DAP Kata Pemilihan Sayap UMNO Tidak Sah???
Penolong
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa pemilihan
sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 12 Oktober lalu tidak sah dan
perlu diadakan semula kerana melanggar peraturan Pendaftar Pertubuhan
(ROS).
Sehubungan itu,
beliau menggesa ROS mengarahkan UMNO supaya mengadakan semula pemilihan
tiga sayap parti berkenaan kerana banyak isu yang mencurigakan didakwa
berlaku dalam pemilihan itu pada Sabtu lalu.
“Antara isu tersebut adalah kehilangan kertas undi, perwakilan yang mengelirukan dan keengganan pengiraan semula undi.
“Persoalan
sekarang adakah ROS akan mengarahkan UMNO mengadakan pemilihan baharu.
Jika tidak ia menunjukkan bahawa ROS tidak profesional, adil dan bebas
kerana mengamalkan `double standard’,” dakwanya.
Beliau merujuk
kepada tindakan ROS mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini kerana
pemilihan CEC yang berlangsung pada tahun lalu dianggap tidak sah.
Nie Ching
seterusnya mendakwa, pada Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung Sabtu
lalu, terdapat 50 UMNO bahagian menghadapi masalah teknikal menyebabkan
proses pengiraan undi yang terlalu panjang.
Beliau juga
mendakwa dimaklumkan kononnya UMNO Bahagian Merbok dan UMNO Bahagian
Petaling Jaya Selatan menerima kertas undi berlebihan berbanding jumlah
perwakilan, enam cawangan UMNO di Seremban dibenarkan mengundi meskipun
telah dibatalkan pada bulan lalu.
Nie Ching juga
mendakwa pengundian di UMNO Bahagian Baling dan Sabak Bernam terpaksa
dilanjutkan disebabkan kehilangan kertas undi, malah keputusan undi
tidak dikeluarkan selepas lebih 24 jam proses pengundian tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan