salam

Rabu, 6 November 2013

HARUN TAIB MENGAMUK, JEMPUT KARPAL MASUK PAS!!!

Bodohnya....Karpal Harus Tarik Balik Kenyataan, Mohon Maaf - Dewan Pemuda PAS

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS mengenai cadangannya supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.

"Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas," kata Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kamaruzaman berkata Karpal tidak harus menyamakan PAS dengan parti politik berasaskan agama dan kaum lain atau badan profesional.

"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini jelas menggambarkan kenyataan pengerusi DAP itu," katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada Selasa menyelar Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Beliau berkata, pendaftaran persatuan seperti itu patut dibatalkan.

Karpal turut mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS," katanya.


Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti-parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama di negara ini dibatalkan pendaftarannya ditentang oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
Menurut Harun, asas penubuhan PAS bertunjangkan kepada kesucian agama Islam di mana nilai-nilai murni dalam ajaran tersebut mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Malah, beliau turut mengajak rakyat mengambil iktibar daripada perpecahan dan peperangan yang sehingga kini masih berlaku di negara-negara luar akibat salah faham dan ketidakserasian di antara pelbagai pihak.
"Islam memang diturunkan oleh Allah SWT untuk menyatukan manusia dari pelbagai agama, kabilah dan kaum. Sebab itu PAS berasaskan kepada Islam, maka Islam itu yang akan dijadikan asas dan panduan semua kaum dan agama di negara kita khususnya.
"Ia (Islam) mampu menyatu kembali perpecahan dunia hari ini. Dunia hari ini pecah kerana Amerika dan masalah agama. Amerika mengamalkan kapitalisme, China dan Rusia mengamalkan komunis. Begitu juga negara-negara lain. 
"Tapi ia menyebabkan dunia berpecah hari ini. Mari kita bersatu di bawah payung Islam yang diturunkan oleh Allah, Allah mencipta pelbagai kaum untuk bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya.
Harun berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan Karpal hari ini supaya mana-mana parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan atau diubahsuai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
Menjelaskan beliau tidak tahu apakah tujuan sebenar Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkenaan mengeluarkan pendapat sedemikian, namun tegas Harun, PAS tetap berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan mereka yang sebenar.
Bagaimanapun, beliau berkata PAS membuka peluang kepada bukan Islam untuk menyokong perjuangan parti itu, melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS bukan Islam yang diyakini mampu menyemai konsep perpaduan yang diamalkan di negara ini.
"Sekarang PAS bersedia dan membuka peluang kepada pelbagai bangsa dan agama untuk sama-sama menyertai PAS. Kita ada satu saluran untuk mereka yang bukan Islam dan Melayu untuk menyertai PAS di bawah Kelab Penyokong PAS daripada bukan Islam. Ia membuka peluang kepada bukan Islam sertai PAS," jelasnya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...