salam

Selasa, 21 Ogos 2018

Dr M: Apa jenis kebodohan ini! @ negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.



Dr M: Apa jenis kebodohan ini!: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan

Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan projek mega dengan syarikat China.

Menurut Dr Mahathir, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.

"Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dlaam sejarah Malaysia," katanya.

Mahathir
bercakap pada sidang akhbar di Beijing. Beliau dalam rangka lawatan
rasmi ke China bagi merundingkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur
(ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy
Resources (SSER).

Beliau berkata jumlah pampasan projek ECRL dan
SSER masih belum diputuskan lagi tetapi menjangkakannya sebagai “quite
substantial” (agak banyak).

"Kami perlu mencari jalan untuk
keluar daripada projek ini (ECRL) dan sebolehnya pada kos yang paling
sedikit dan kami perlu membayar pampasan.

"Tetapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kita tidak boleh salahkan China untuk hal ini," katanya lagi.

Mahathir
selanjutnya menempelak Najib kerana bersetuju menandatangani kontrak
seperti SSER, yang mana wang dibayar berdasarkan tempoh masa dan bukan
perkembangan kemajuan kerja-kerja penyiapan projek.

"Saya tidak
pernah mendengar kontrak yang mana kamu membayar pada masanya tanpa
kerja-kerja disiapkan. Selalunya, kami membayar berdasarkan kerja-kerja
yang telah dibuat. Kebebalan apakah ini?" Soal beliau.

Sebelum
ini, China menyatakan minat terhadap projek Kereta Api Laju Singapura-
Kuala Lumpur (HSR) tetapi Putrajaya juga sedang mengkaji untuk
menangguhkan projek berkenaan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/64914O74#wTwrMVJLIcoKo6F3.99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...