salam

Selasa, 10 Julai 2018

Jual Kompleks Darul Barakah keputusan menyedihkan @ Dermawan UMNO diharapkan dapat membantu seperti membantu duit jamin DS Najib

Jual Kompleks Darul Barakah keputusan menyedihkan 



Kepada dermawan UMNO yg sanggup mengeluarkan wang dan emas untuk wang jamin DS Najib. Jika benar UMNO memperjuangan Agama Islam , jom kita bantu pula Ustaz Kazim dan keluarga untuk membantu Kompleks Darul Barakah daripada dijual. Di situ kan semua anak-anak org Islam bernaung dan menuntut ilmu. Ayuh, dermawan2 UMNO kita bantu pula Ustaz Kazim.



Kompleks Al Barakah untuk dijual?




IPOH - Sebahagian Kompleks Al Barakah yang sinonim diselia tokoh
pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias kini ditawarkan untuk dijual
melalui satu iklan laman sesawang Mudah.my, baru-baru ini.



Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks
Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz
Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim bagi melahirkan generasi
Al-Quran masa depan.



Melalui iklan dimuatkan dalam Mudah.my sejak 7 Julai lalu, sebahagian
kompleks itu yang dikenali sebagai Bangunan Tahfiz Darul Barakah di
Manjoi, di sini yang berkeluasan 1.7 ekar ditawarkan untuk dijual dengan
harga RM5 juta.



Berdasarkan butiran maklumat disertakan dalam iklan tersebut, bangunan
tahfiz tersebut dilengkapi dengan tiga blok kuarters guru, enam bilik
darjah, empat bilik dorm asrama, kantin, pondok pengawal, setor dan
surau.



Sementara itu, Mohd Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim melalui
kenyataan Facebooknya yang dimuat naik 4 Julai lalu memaklumkan Bangunan
Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar tahfiz dan sudah
beroperasi sejak enam tahun lalu.



Menurutnya, pihaknya memberikan alasan penjualan bangunan itu
disebabkan ‘penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak’ untuk
menampung kos pengurusan institusi itu.



“Saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata
memandang, sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di
sinilah tempat awal rakaman rancangan ‘Kalau Dah Jodoh’ (rancangan
disiarkan Astro).



“Namun, saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari
sesuatu yang boleh menampung...penat, uzur apatah lagi semakin sukar
bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.



“Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini, tetapi kalau
berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik,”
katanya.



Sementara itu, Ustaz Kazim sewaktu dihubungi menegaskan akan mengadakan
sidang media khas mengenai perkara itu di Pusat Pendidikan Al-Barakah
pada 9.30 pagi esok.



“Buat masa ini, saya mengakui keputusan mengiklankan dan menjual Bangunan Tahfiz Darul Barakah adalah sahih.



“Esok pagi saya akan menjelaskan segala-galanya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...