salam

Isnin, 25 Mei 2015

Surah Al-Ikhlas

              




Surah Al-IkhlasAbu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa ALLAH SWT adalah Esa, Tunggal, ALLAH SWT adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa ALLAH SWT lah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan ALLAH SWT tempat bergantung, tempat berlindung, bukan ALLAH SWT yang mencari perlindungan kepada yang lain,ALLAH SWT tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak.”
Posted by Azman Mahat on Sunday, 24 May 2015


Surah Al-IkhlasSurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
Posted by Azman Mahat on Sunday, 24 May 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...