ISU:
Mohon penjelasan kedudukan jemaah tabligh menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
PENJELASAN:
Jamaah Tabligh ditubuhkan oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi di India pada 1926. Beliau menuruti Tarikat Chistiyyah. Walaupun bermula di India pengaruh gerakan ini tersebar luas ke seluruh dunia khususnya di kawasan Asia Selatan. Gerakan ini dinamakan Jamaah Tabligh atas sebab pendekatan mereka yang selalu keluar bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tempat lain. Mawlana Ilyas sendiri walau bagaimanapun menamakan gerakan yang beliau pelopori sebagai gerakan iman (harakah al-iman)
Dari segi kaedah, jamaah tabligh membawa pendekatan pembersihan jiwa
(tazkiyah ruhiyyah). Mereka mengajak ke arah memperkuatkan iman dan
mengamalkan amalan-amalan sunat .
Dari segi fiqh, jamaah tabligh tidak terikat dengan satu-satu mazhab fiqh Sunni dan memberikan kebebasan kepada pengikut untuk mengikut mana-mana mazhab.
Mereka berpegang dengan enam prinsip utama:
1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah)
2. Solat khusyu' dan khudu' (ketundukan)
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)
5. Tashih al-niyyah (membetulkan dan mengikhlaskan niat)
6. Dakwah dan tabligh (dengan cara keluar berdakwah[khuruj] dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga atau empat puluh hari atau empat bulan.
Berdasarkan keenam-enam prinsip ini, kesemuanya pada asasnya tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang dipegang oleh Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Cuma penekanan yang diberikan oleh jamaah tabligh adalah
lebih kepada aspek kerohanian dan kurang memberi penekanan kepada aspek
lain. Adapun perbezaan pendekatan yang dibawa oleh jemaah tabligh
seperti keluar dalam jumlah hari-hari tertentu termasuk dalam konteks
ijtihadi.
Wallahu a'lam.
Ihdinas Siraathal Mustaqim · University of Tableegh
Saya
sekadar menyuarakan pendapat sahaja...Statement yang menyatakan "Jamaah
Tabligh DITUBUHKAN oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi " saya rasa kurang
tepat , Almarhum Maulana Ilyas telah menghidupkan semula usaha yang
telah diwariskan oleh Baginda Nabi s.a.w , para sahabat, tabi'in dan
tabit tabi'in ...Disesuaikan dengan keadaan iman masyarakat dizaman
beliau sehingga saat ini.. Dimana hasil usaha yang mirip mirip usaha
baginda nabi ini telah menyegarkan kembali imaniyat masyarakat sehingga
masyarakat merasakan kerja dakwah ini adalah tanggung jawab yang tidak
boleh diabaikan. Hasilnya kita lihat sendiri sehingga hari tidak ada
satu negara pun didunia tidak terlibat dengan usaha jemaah tabligh.
Kebangkitan dan perkembangan usaha Dakwah ini sedikit sebanyak telah mencetuskan salah faham dan tentangan yang tidak wajar dikalangan ulama ulama dunia yang bersikap seperti ahlul kitab dizaman baginda nabi. Sebagai contoh di Malaysia ada Mufti Negeri negeri mengambil sikap yang drastik sehingga berani mengerluarkan fatwa gerakan Jemaah tabligh ini HARAM ( Negeri Sabah).. dan ini sedikit telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat masih berpegang kepada Fatwa yang masih lagi belum di tarik balik secara rasmi, Walaupun usaha penjernihan dan penerangan mengenai pendekatan dan kaedah yang dilaksanakan oleh JT ( seperti Fatwa yang dikeluarkan oleh e-fatwa ) .. Perkara ini kalau tidak dibetulkan boleh mengundang Kemurkaan Allah dan meletak masyarakat yang jahil jadi golongan Abu Jahal, Namrud,Firaun moden ( nauzubillah ). Maha benar lah Allah melalui keterangan berikut " Dengan Alquran (kalamullah) Allah memberikan hidayah dan dengan Alquran jugalah Allah menyesatkan manusia.." Wallahu aklam semuga tulisan dan komen ini sedikit sebanyak mencetuskan fikiran yang membina dan menzahirkan tindakan yang wajar...Demi menyelamatkan seluruh umat manusia terjerumus dalam perangkap Syaitan laknatullah...

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk
BalasPadamWeb: almawaddah.info
Salam
Kepada:
Redaksi, rektor dan para akademik
Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim mengenai sahabat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara.
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan