Kebelakangan ini jiwa-jiwa Melayu kian merasa resah diselubungi
keselumit sangsi terhadap penularan wabak Ah Jib Gong didalam
pentadbiran kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan.
Dengan apa yang telah berlaku sekarang ini, mungkin ramai yang mula
berfikir akan siapa Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun
Razak yang sebenarnya ? Adakah beliau seorang pemimpin Melayu tulen yang
membawa wadah perjuangan orang-orang Melayu atau hanya seorang pemimpin
berwajah Melayu yang telah di Ahjibgongkan ?
Umum menyedari sudah berapa banyak 'transformasi' yang diumumkan oleh
Najib namun setakat ini belum satu pun transformasi yang dilakukan itu
boleh dibanggakan oleh orang Melayu waima penyokong UmnoBN itu sendiri,
dan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai ahli Umno telah jemu
mendengar ungkapan transformasi retorik yang senantiasa didendangkan
oleh Najib.
Buktinya belum sempat untuk dihimpun dan dipersembahkan disini, namun sebahagiannya boleh dilihat semasa Najib membuat ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dimana rata-rata perwakilan dilihat kurang memberi sambutan positif seperti tepukkan dan sorokkan yang gemuruh disaat Najib mengucapkan kata-kata bersifat transformasi retorik yang memerlukan sambutan seperti itu.
Buktinya belum sempat untuk dihimpun dan dipersembahkan disini, namun sebahagiannya boleh dilihat semasa Najib membuat ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dimana rata-rata perwakilan dilihat kurang memberi sambutan positif seperti tepukkan dan sorokkan yang gemuruh disaat Najib mengucapkan kata-kata bersifat transformasi retorik yang memerlukan sambutan seperti itu.
Tidak dinafikan penularan wabak Ah Jib Gong makin membuatkan orang
Melayu tidak faham akan halatuju yang ingin dibawa oleh Najib yang
sekadar bercakapnya saja bergegar tapi perlaksanaannya semua gagal.
Kenkadang bila terlalu banyak sangat sesuatu perkara berlaku yang
bercanggah dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu, takkan
selamanya rakyat akan menyalahkan penasihat, adakah penasihat lebih
cerdik dan berkuasa dari Najib ? Kalau macam tu apa gunanya Najib ?
Takkan Najib ni cina, buta, pekak, bisu dan dayus ? Apa gunanya
smartphone ditangan Najib? Pegawai media? SB? kalau perkara yang berlaku
melibatkan kepentingan Melayu dan tersebar di alam maya pun Najib tak
tahu ?
Mustahil Najib tak tahu ? Tapi... kalau Najib tahu, apa tindakan Najib ? Tiada apa-apa tindakan! Jadi salahkah rakyat jika beranggapan bahawa transformasi Najib hanyalah retorik dan KPI Najib pula hanyalah gimik. Tak selamanya akan relevan dengan alasan menyalahkan penasihat, kerana bukan penasihat yang diundi oleh rakyat...
Mustahil Najib tak tahu ? Tapi... kalau Najib tahu, apa tindakan Najib ? Tiada apa-apa tindakan! Jadi salahkah rakyat jika beranggapan bahawa transformasi Najib hanyalah retorik dan KPI Najib pula hanyalah gimik. Tak selamanya akan relevan dengan alasan menyalahkan penasihat, kerana bukan penasihat yang diundi oleh rakyat...
Begitu juga dengan pelbagai aneka macam agensi, GLC, program, dan
konsultan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, berbagai-bagai
kementerian sampai bilangan Menteri seramai 36 orang, tu pun tak
termasuk penasihat bertaraf Menteri, mengalahkan Amerika yang hanya
punyai 15 saja Menteri.
Melihat dari kepelbagaian yang diwujudkan itu, adakalanya buatkan kita
terfikir apakah ia diwujudkan atas dasar kepentingan rakyat atau
diwujudkan semata-mata untuk bagi kerja dan projek pada kroni ?. Kerana
keberkesanan fungsinya sangat-sangat diragui. Sedangkan duit rakyat
berbillion digunakan untuk menampung kewujudan yang berbagai itu.
Hakikatnya rakyat tak kisah dengan apa yang nak diwujudkan atau
ditransformasikan itu, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP,
BO, AH, JIB, GOR dan berbagai lagi yang bunyinya sangat eksklusif dan
membayangkan kemajuan buat sebuah negara yang maju. Tapi yang tak
tahannya, rakyat juga yang kena....Subsidi juga jadi mangsa...
Apakah tujuannya itu mencapai matlamat sebenar sebagaimana yang
diumumkan. Sebagai contoh, wajarkah sebuah agensi yang ditubuhkan khas
bertujuan membantu usahawan bumiputra tapi bertindak sebaliknya dengan
memberi kontrak membekal komputer 1Malaysia kepada syarikat penyapu
cinabeng ? Kalau alasan tidak ada syarikat Melayu yang berdaya maju atau
tohmahan melayu malas, tiada merit dsbnya, buat apa ditubuhkan agensi
untuk bantu usahawan bumiputra ? Isunya bukan soal kualiti komputer yang
dibekalkan oleh syarikat penyapu cina, tapi FUNGSI agensi yang tidak
selari dengan tujuan ia ditubuhkan.
Kalau dengan cina boleh pula bertolak ansur sampai syarikat penyapu cina pun boleh lulus untuk bekal komputer, nasiblah Melayu.... |
Akhirnya rakyat terbeban menjadi mangsa kepada ketirisan, golongan
korporat keparat terus memonopoli perniagaan mengumpul kekayaan,
kepentingan korporat keparat terus menerus dijamin kerajaan, marhaen
dibawahan pula menangis, merintih mengenangkan nasib badan, kerana tidak
menyangka akan mengemis dibumi yang dulunya menjadi tuan.
Anda Mampu
Mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan