salam

Jumaat, 26 Oktober 2018

Terkini:Lokman Noor Adam-Mengama Asyraf Wajdi Minta Zahid Hamidi Bercuti


 
Rakyat lega lega lepas bebas dpd kezaliman kerajaan UMNO/BN. Kepimpinan UMNO masih tak berubah mendewakan ketua2 mereka.


Lokman Adam 'berapi-api' marahkan Asyraf cadang Zahid bercuti

2018-10-26 11:44:05


Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk
Lokman Noor Adam tidak menunggu lama untuk bangkit membidas cadangan
Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki supaya presiden parti Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti seketika daripada jawatan presiden
sementara menunggu perbicaraannya di mahkamah selesai.

Menerusi
sesi siaran langsung di Facebook, Lokman menyifatkan Asyraf tidak layak
memegang jawatan itu kerana gagal melaksanakan tugas sebagai ketua
pemuda.

"Ketua pemuda Umno sepatutnya menjadi kepala dalam
memperjuang nasib rakyat...Dalam mempertahankan agama Islam, hak Melayu,
bahasa Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

"Tetapi malangnya
ketika presiden kita ditindas dan ditekan oleh Mahathir, kita pula
menjadi bangsat dan meminta presiden untuk bercuti. Agenda siapa ini,
Asyraf?" katanya dengan nada keras.

Ketika ditemui pemberita
selepas mesyuarat pemuda Umno semalam, Asyraf berkata Zahid wajar
melepaskan sementara jawatan itu agar dapat memberi tumpuan kepada kes
pertuduhannya di mahkamah.

Read more at https://www.kinitv.com/video/66884O74#zJuOVcptlPoIoIBx.99
Read more at https://www.kinitv.com/video/66884O74#zJuOVcptlPoIoIBx.99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...