Rakaman Dr Fathul Bari mewakili Pergerakan Pemuda UMNO berucap di Persidangan Agung UMNO 2015 sebagai penyokong Usul Ucapan Dasar Presiden Parti. Barakallahufikum. #PAU2015
Pembetulan: Minit ke-19:06, Aisyah bukan dibunuh. Maafkan saya di atas keterlanjuran. Semoga Allah mengampunkan dosa saya di atas keterlajuran semasa berucap. Barakallahufikum.
Join DFB di Telegram! https://telegram.me/
BILA SI JAHIL JADI PENGERUSI TETAP TAK TAHU BEZAKAN ANTARA PENCERAHAN DAN MEMBURUKKAN PERIBADI AISYAH!!!
Dr Fathul Bari Dipaksa Berhenti Berucap Di #PAU2015
Akibat tidak boleh menerima nasihat, seorang veteran UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri
Mohamed Aziz memaksa Dr Fathul Bari memberhentikan ucapannya sesegera
mungkin dengan memberi helah DFB menghina keluarga Rasulullah.
Akibat dari tindakan veteran UMNO itu, mood DFB dan mood hadirin terus bertukar menjadi hambar.
Persoalannya siapa yang lebih faham tentang ucapan yang sedang disampaikan? DFB atau veteran UMNO tersebut?
Kenapa
sehingga memaksa menghentikan ucapan sebelum meminta pencerahan? Kan
korang berdepan je tu. Bukan jauh pun nak mintak pencerahan.
DFB menyatakan beliau bersangka baik yang veteran UMNO tersebut mungkin tersilap faham.
Ye
lah, DFB memang suka bersangka baik sahaja orangnya, tapi orang
terencat akal lihat pun boleh tahu veteran UMNO tersebut memang sengaja
mahu DFB memberhentikan ucapannya dengan segera.
Helah
veteran UMNO yang digunakan juga agak memalukan kerana menunjukkan
beliau agak jahil dalam agama. Agak tidak logik menggunakan alasan,
kisah Aisyah difitnah berzina jangan diceritakan kerana ianya aib.
Padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah di surah An Nur
ayat 11 hingga 26 dan juga dicertikan oleh Rasulnya di dalam hadis-hadis
sahih. Adakah Allah dan Rasul mengaibkan Aisya?
Adakah
setiap kali membaca Al-Quran, kita perlu skip apabila tiba surah An Nur
ayat 11 hingga 26 kerana jika kita membacanya maka kita akan mengaibkan
Aisya? Kebodohan apakah ini?
Tema
ucapan yang dibawa DFB adalah kesan fitnah dan perpaduan tetapi jika
sudah sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar nasihat, penjelasan dari
Al-Quran dan Hadis Nabi berkaitan tema ini pun dia tolak tanpa alasan
yang munasabah.
DFB
mengajak semua ahli UMNO jauhi fitnah dan bersatu tetapi malangnya
veteran UMNO lebih suka menolak ajakan tersebut. Bertambah malang lagi
beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.
Lebih
menghairankan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memaksa penyokong kepada
usul dasar Presiden UMNO berhenti berucap dengan segera. Apa sebenarnya
yang berlaku?
Versi Youtube: https://youtu.be/SbxID6lJKMw
Kredit video: Media UMNO Malaysia, Suara.TV
Video penuh ucapan DFB:https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1050799944964833/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan