BANGI,
Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah mengkritik beberapa
program realiti keagamaan yang gagal memenuhi teori asas pengucapan
awam.
Selain
itu, beliau berkata, pengambilan peserta program itu juga dilakukan
tanpa mengambil kira ilmunya, sebaliknya lebih kepada kebolehan melawak
dan menyanyi.
“Apa
matlamat program realiti TV terutama yang berbentuk keagamaan?
Mencungkil bakat baharu? Mewarnakan dunia dakwah? Mencari glamor? Atau
mahu mencari keuntungan lumayan? Ini yang menjadi kebimbangan.
“Perlu
diingat, asas program realiti adalah ilmu dan dakwah. Kebolehan dan
kepintaran menyampaikan sesuatu dengan baik, itulah kehebatannya,”
katanya menerusi tulisan terbaru beliau disiarkan dalam Sinar Harian,
hari ini.
Beliau
menyarankan para peserta untuk belajar tiga konsep dalam ilmu pengucapan
awam iaitu ethos, pathos, dan logos yang telah dipelopori oleh Socrates
bagi memantapkan lagi dunia dakwah.
Di samping
itu perlu dipastikan juga apa yang disampaikan itu mudah difahami,
hujahnya konkrit, dan disertakan dengan bukti fakta serta statistik.
“Jika
tidak, cerita tidak masuk akal, maka tidak perlulah dijaja semata-mata
untuk menarik emosi seseorang. Misalnya, cerita-cerita Israeliyyat dan
hadis palsu.
“Amat malang sekali mendengar ceramah, tiba-tiba, belum apa-apa penceramah sudah menangis, seolah-olah dibuat.
“Sedangkan tangisan itu perlu datang dari hati, barulah kita boleh mempengaruhi penonton,” katanya.
Ridhuan
juga mengkritik para juri yang antaranya terdiri daripada artis yang
berlagak seperti malaikat apabila berada di dalam program tersebut, yang
hanya baik di hadapan kaca televisyen namun di luar tidak semenggah apa
yang dipaparkan.
“Apakah
Islam ini seperti cerita filem, adakalanya berlakon baik, adakalanya
jahat. Masuk masjid jadi mujahid, keluar masjid menjadi mujahat. Adakah
ini bentuk Islam yang ingin ditonjolkan? Tidakkah Islam itu way of
life?” katanya.
Beliau menyeru semua umat Islam untuk menginsafi diri dan kembali kepada jalan yang benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan