Ustaz Esbi Tazkirah Maghrib Surau Nurul Yaqin 30.05.2015
KEHEBATAN FADHILAT SURAH AL IKHLAS
Ketahuilah
betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun
begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia
merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan
membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan
sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca
surah ini secara terusan.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya
pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya
mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya
sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
Diriwayatkan
pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan
tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah
berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di
dunia dan akhirat. Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap
solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah;
Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani
/ Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya
Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11
kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan
kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai
solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari
tersebut.”
Membaca
surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan
Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan
Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi 10
kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali pada rakaat kedua,
mendapat keredaan Allah SWT dan Insyallah ada rezekinya pada hari itu.
Bacalah
Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan
hati mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51
kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia
tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang
memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh
50 tahun.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari
serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500
kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa
membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah
kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke
pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya
pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”
Sabda
Rasulullah SAW: Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya
dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca
Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus
dirinya dari neraka.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa
yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi
oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk
perang sabilillah.”
Bacalah
surah ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Dari Ubay
Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu
kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman
kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan
kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya,
terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya. Diriwayatkan
daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah
SAW tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda SAW:
“Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di
dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah
Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian
melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.
Sebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota
rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah
akan menyahut.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya
(kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut: (untuk
menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan
sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
Supaya
ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat
rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak
empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada
rakaat pertama: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada
rakaat kedua: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada
rakaat ketiga:Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada
rakaat keempat: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah
memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi
50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil
‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah
berhasil.
Untuk
mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian
dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah
segera sembuh.
Diriwayatkan
bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya
dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan
diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian
sirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah
SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq
dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh
tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.
Jika
dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang,
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah
Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Sesiapa
membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali
selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah
ke Jumaat yang berikutnya.
Kata
Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka
bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”
Daripada
Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada
setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Para
sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya
:”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” Beliau
melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad”
tertulis disayap Jibril A.S. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S .
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S . “Walam Yakun Lahu kufuan
Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca
“Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Herankah
kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau bersabda
:”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening
Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam
Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu
Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat
Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu
Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa
sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan
dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah
yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
Sebuah
kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.
Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu
dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam.
Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga.
Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat
engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab
si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah
Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat
saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda
Rasulullah SAW yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum
engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu
nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4.
Kerjakan Haji dan Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal
ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata: “Rasulullah, tebusanmu ibu
dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak
sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ”
Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau
telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada
semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat.
Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka
nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah,
Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah
mengerjakan Haji dan Umrah.”
Pada
suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang
rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi
untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya: ” Apakah mayat ini meninggalkan
hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4
dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang
meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang
seraya berkata: “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman :
“Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya.
Tegaklah, shalatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang
ikut mensolatkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw
pun bertanya: ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril
menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali
Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan
pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu
Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum
mati.
Hadis
Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya
dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia,
keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali,
dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka
dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan
darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan
kepadanya tempatnya dalam syurga.”
Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu? Jibril menjawab: ‘Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan